Apakah istilahnya dalam bahasa melayu bagi 1) fenomena 'microburst' 2) dan 'grave robber' 3) downdraft (berkenaan udara) | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1) fenomena microburst - fenomena mikroletusan 2) grave robber - perompak kubur 3) downdraft - alir bebas bawah | Istilah | 06.03.2017 |
Apakah maksud fenomena.? | Menurut Kamus Dewan, fenomena ialah sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diperhatikan. Contohnya seperti alam semulajadi, atau sejarah. Fenomena juga dapat didefinisikan sebagai sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diberikan dan dijelaskan secara saintifik. | Makna | 11.09.2006 |
Apakah istilahnya dalam bahasa melayu bagi 1) fenomena 'microburst' 2) dan 'grave robber' | Untuk makluman, istilah "fenomena microburst" dan "grave robber" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah fenomena mikroletusan dan perompak kubur. | Istilah | 06.03.2017 |
Assalamualaikum, saya mohon bantuan, apakah definisi Dunia Fenomena atau Phenomenal World? Terima kasih dengan bantuan. | Waalaikumsalam, terjemahan bagi Phenomenal World ialah Fenomena Dunia yang bermaksud sesuatu kenyataan atau kejadian yg dapat diperhatikan: ~ alam semula jadi; ~ sejarah; . Fenomena juga dapat didefinisikan sebagai sesuatu kenyataan atau kejadian yg dapat diberikan dan dijelaskan secara saintifik yang berlaku di dalam dunia. | Istilah | 18.04.2018 |
Terdapat 2 fenomena menarik berkaitan bahasa minggu ini. i. Pada 22 Februari 2014, TV3 mengadakan program "Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur". Saya berpendapat mengikut tatabahasa yang betul sepatutnya. "ANUGERAH FESTIVAL DRAMA KUALA LUMPUR". ii. Pada 23 Februari 2014, tersiar dalam Berita Perdana di TV 1, RTM dan Berita Harian akan menyiarkan kembali rancangan `Mini Parlimen' yang popular pada era 1980-an. Mengikut hukum DM, sepatutnya 'PARLIMEN MINI'. Sekiranya berlaku ketidaktepatan atau kesilapan tatabahasa ini, apakah tindakan susulan Jabatan Pengembangan Bahasa DBP. Kalau tidak dibetulkan dengan SEGERA, pasti kesilapan ini akan berterusan dan menjadi contoh tidak baik kepada pengguna bahasa. | Terima kasih atas makluman daripada pihak tuan. Pihak kami akan menyiasat perkara ini dan akan menghubungi pihak yang berkenaan untuk memaklumkan kesilapan ini. Terima kasih sekali lagi. | Lain-lain | 24.02.2014 |
Mohon dapatkan istilah bahasa Melayu kepada fenomena 'super moon'... | Tuan, setakat ini tidak ada istilah khusus untuk merujuk kepada fenomena "Super Moon", walau bagaimanapun, tuan boleh menguna istilah "bulan purnama" atau "bulan penuh". | Istilah | 10.01.2014 |
Bagaimana hendak menulis Bibliografi untuk artikel yang dipeti daripada internet? Sebagai contoh: Ana Ghoib. (Jan 8, 2015). Fenomena suhu sejuk melampau akan berulang. Berita Terkini. Diambil daripada: malaysiareview.com/97047/fenomena-suhu-sejuk-melampau-akan-berulang/ | Berikut diberikan format penulisan bibliografi untuk artikel daripada Internet: (a) Nama pengarang. (b) Tarikh data dalam tanda kurung. (c) Tajuk bahan. (d) Nama penerbit. (e) Alamat laman sesawang. (f) Tarikh melayari laman sesawang dalam tanda kurung. CONTOH: Taylor, Todd. (15 Mei 2002). “The Elements of Citation: Basic CGOS Style”. Columbia University Press. http://www.columbia.edu/cu/cup/cgos/idx_basic.html (23 Mei 2002). Ana Ghoib. (8 Januari 2015). “Fenomena Suhu Sejuk Melampau akan Berulang”. Berita Terkini. http malaysiareview.com/97047/fenomena-suhu-sejuk-melampau-akan-berulang/ ( ? ) | Lain-lain | 08.07.2015 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan berkenaan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah "sprite". "Sprite" ini merujuk kepada fenomena elektrik mesosfera yang berlaku di atas awan ribut (kumulunimbus); ia berupa seperti kilat yang berkelompok dan berbentuk seperti lobak, obor-obor atau tiang. Dalam PRPM, ada terjemahan bagi "sprite" (pari-pari, peri atau peperi). Adakah terjemahan yang sama boleh digunakan untuk fenomena ini? Terima kasih. | Melalui semakan di internet, sprite merujuk tiga perkara/makna yang berbeza. Perkara pertama dan kedua (seperti yang tuan maklumi) ada terjemahannya dalam data kami, namun perkara yang ketiga belum ada padanannya. Perkara ini perlu dikemukakan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP; dan untuk sementara waktu, penggunaan sprite bagi konteks yang tersebut hendaklah diitalikkan ejaannya atau diberi huraiannya dalam bahasa Melayu bagi memahamkan khalayak. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.12.2014 |
Assalammualaikum tuan/puan. Saya ingin bertanya mengenai fenomena ramai warga Malaysia kini tidak dapat menguasai Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) dengan baik. Apakah perancangan pihak DBP bagi mengatasi ini dari aspek sistem pendidikan, komunikasi, penyiaran, pengiklanan, sosial? | Untuk makluman tuan, pihak DBP telah menyediakan kursus tentang bahasa Melayu kepada pihak yang memerlukan dan juga kepada masyarakat awam bagi memantapkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. Selain itu, pihak DBP juga telah menyediakan kuanter pengesahan bahasa DBP bagi memastikan penggunaan bahasa melayu yang betul pada papan iklan dan juga media penyiaran elektronik dan cetak. | Lain-lain | 28.01.2019 |
Apakah padanan yang sesuai bagi "coastal hazard"? Ia bermaksud fenomena fizikal yang mempunyai risiko untuk menyebabkan kerosakan, kehilangan nyawa dsb. Adakah "ancaman pantai" padanan yang baik? Terima kasih. | “Ancaman pantai” boleh diterima sebagai padanan bahasa Melayu untuk coastal hazard. | Istilah | 13.12.2018 |