apakah maksud dB dalam tetknologi Fiber optik? | dB dalam fiber optik adalah untuk desibel. | Istilah | 24.02.2008 |
SAYA INGIN MEMINTA BANTUAN UNTUK MENTERJEMAHKAN MAKSUD "MANUFACTURING OF FIBER-REINFORCED PLASTIC (FRP) COMPOSITE PRODUCTS AND REFURBISHMENT AND REPAIR OF BUOYANCY RISER MODULE" KEPADA BAHASA MALAYSIA. IANYA UNTUK DILETAKKAN PADA PAPAN TANDA KILANG. TERIMA KASIH | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Untuk mendapatkan khidmat terjemahan tuan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Tatabahasa | 24.10.2013 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah yang membezakan antara 'serat' dan 'serabut'? Apakah padanan yang paling tepat untuk konsep 'fiber' dalam teks teknikal. Terima kasih. | Perkataan serat, serabut dan gentian merupakan padanan bagi istilah fibre dalam bahasa Inggeris. Serat: Struktur seperti benang, seperti sel otot, serat saraf atau serat kolagen.Serabut: Bahan berselulosa yang tidak tercernakan oleh enzim gaster usus manusia.Gentian: Serat atau serabut pada sabut, daging manusia dan lain-lain. | Tatabahasa | 02.10.2013 |