Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.bu.la] | فيبولا

Definisi : (Bio) tulang betis yg terletak di sebelah luar (tulang) tibia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi.bu.la] | فيبولا

Definisi : ist tulang betis yg terletak di bahagian luar (tulang) tibia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fibula


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan KEPATAHAN wujud dalam kamus Dewan Bahasa dan boleh digunakan? Contoh ayat: 1. Pesakit telah didiagnosis mengalami kepatahan tulang fibula akibat insiden tersebut. 2. Panel berpendapat bahawa kepatahan tulang tersebut disebabkan oleh kesilapan pakar bedah ortopedik ketika mengendalikan plat dan skru. Rujukan dalam PRPM menunjukkan carian kata tiadadalam kamus talian. Tetapi terma ditemukan dalam Istilah Bahasa Melayu.

Kami mencadangkan “patah tulang” kerana frasa ini merupakan bentuk lazim yang digunakan dan kerap muncul dalam korpus. Walaupun “kepatahan” wujud dalam istilah, namun ia bersifat khusus untuk bidang tertentu.

 1. Pesakit telah didiagnosis mengalami “patah tulang” fibula akibat insiden tersebut.

2. Panel berpendapat bahawa “patah tulang” tersebut disebabkan oleh kesilapan pakar bedah ortopedik ketika mengendalikan plat dan skru.

Lain-lain25.08.2022

Kembali ke atas