Salam sejahtera, HEINEKEN Malaysia berhasrat untuk memaparkan 6 buah filem pendek di LinkedIn untuk memperkenalkan tugasan ahli-ahli rantaian bekalan. Justeru, kami ingin mendapat perkhidmatan terjemahan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima Kasih. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.08.2022 |
Assalamualaikum.. Saya ingin memohon surat kebenaran untuk mengadaptasi Cerpen karya Hamzah Hussin bertajuk MISKIN didalam buku PAGAR BUKAN PENJARA ISDN : 983-62-5333-5 bagi tujuan Adaptasi Cerpen ke Filem Pendek. | Tuan/Puan yang dihormati, Mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan surat permohonan rasmi kepada pihak kami ke alamat e-mel mohd_rusdi@dbp.gov.my Untuk sebarang pertanyaan lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi Encik Mohd Rusdi bin Mat Rakib, pegawai di Bahagian Harta Intelek DBP di talian 03-21479522. | Lain-lain | 28.02.2020 |
Salam, Komersialisasi dan Pengkomersialan 1. Adakah kedua-dua perkataan di atas diterima pakai buat masa ini? 2. Harap jelas penggolongan kata bagi perkataan-perkataan di atas. 3. Harap beri contoh frasa-frasa pendek bagi membezakan pembinaan ayat untuk perkataan-perkataan tersebut. Ribuan TK. | Perkataan komersialisasi dan pengkomersialan ialah padanan commercialization dalam bahasa Melayu. Dalam penggunaannya dalam bahasa Melayu komersialisasi bermaksud proses atau perbuatan menjadikan sesuatu mempunyai sifat perdagangan, manakala pengkomersialan ialah perihal mengkomersialkan, iaitu menjadikan sesuatu sebagai barang dagangan. Contoh ayat: Perubahan struktural ini nantinya akan selari dengan proses komersialisasi sektor pertanian dan Pengkomersialan filem Hang Tuah telah mencetuskan kritikan. | Tatabahasa | 21.10.2011 |