financial forecasting sila cadangkan buku untuk saya buat rujukan. terima kasih | Encik Nazri, Padanan bahasa Melayu bagi frasa tersebut ialah peramalan kewangan. | Istilah | 22.02.2010 |
Salam sejahtera. Saya ingin tahu padanan dalam BM untuk "financial crocodiles". Contoh ayat seperti berikut: Some international financial crocodiles will soon come to Hong Kong to cause damage to our financial system. Terima kasih! | Kami mencadangkan "jerung kewangan" sebagai padanan bahasa Melayu untuk financial crocodiles. | Istilah | 10.12.2018 |
apa "Commercial Financial Sector" dalam BM? Sektor Kewangan Perdagangan atau Sektor Kewangan Komersil | Puan Noryeen, Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah sektor kewangan perdagangan. | Istilah | 13.01.2010 |
Salam, Apa istilah sesuai untuk 'financial inclusion product' dalam BM? Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/Financial_inclusion Terima kasih. | Cadangan kami bagi istilah “financial inclusion product” ialah produk rangkuman kewangan. | Istilah | 08.10.2019 |
Apakah terjemahan kepada Bahasa Malaysia bagi perkataan seperti di bawah: INTERNAL SURVEY FOR FINANCIAL LITERACY BASELINE (FLB) Contoh: A. Kajiselidik dalaman untuk garis dasar celik kewangan B. Kajiselidik dalaman untuk asas celik kewangan tq | Terjemahan yang dicadangkan untuk "Internal Survey for Financial Literacy Baseline (FLB) ialah Kaji Selidik Dalaman untuk Garis Dasar Celik Kewangan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.10.2016 |
ADEKUASI : ADEQUACY Mohon nasihat DBP adakah sesuai penggunaan perkataan di atas untuk digunakan dalam ekonomi? Saya agak keliru apabila menggunakan kecukupan : adequacy, memandangkan ianya (kecukupan) agak terlalu luas dan mengelirukan, terutama dengan penggunaan istilah financial adequacy = kecukupan kewangan. Serupa dengan penggunaan literasi bagi literacy, dan sesuai digunakan untuk financial literacy berbanding kecelikan kewangan. Mohon pencerahan DBP. Terima kasih. | Untuk makluman, "adekuasi" tidak terdapat dalam pangkalan data istilah DBP. Istilah bahasa Melayu untuk "adequacy" ialah kecukupan (kecukupan kewangan). Untuk istilah "literacy", kedua-dua istilah bahasa Melayu, iaitu literasi dan kecelikan boleh digunakan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kecelikan kewangan atau literasi kewangan. | Istilah | 09.08.2016 |
Terima kasih atas respons tuan/puan. Berikut adalah teks asal dalam Bahasa Inggeris dan cubaan terjemahan saya dalam Bahasa Melayu: English: Certified Deemed Compliant Foreign Financial Institution (“DCFFI”) includes non-registering local bank, FFI with low value accounts, sponsored closely held investment vehicles, or limited life debt investment entities. Bahasa: Institusi Kewangan Asing Diperakui sebagai Patuh (“DCFFI”) termasuk bank tempatan berlesen, FFI dengan akaun nilai rendah, instrumen pelaburan pegangan rapat ditaja, atau entiti pelaburan hutang hidup terhad. Mohon pandangan tuan/puan tentang terjemahan istilah-istilah saya itu. Terima kasih. | Dalam data kami deemed interest dan deemed derived diterjemahkan kepada anggap patuh dan anggap peroleh, kami mencadangkan certified Deemed Compliant Foreign Financial Institution (“DCFFI”) diterjemahkan kepada Institusi Kewangan Asing Anggap Patuh diperakui. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.01.2015 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai istilah Bahasa Melayu bagi terma-terma ini: 'financial inclusion' , 'accessible', 'marketplace'. Terima kasih. | Sila beri contoh dalam ayat penuh supaya pihak kami dapat memberi terjemahan yang tepat. | Makna | 27.03.2019 |
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang sesuai bagi ayat berikut: A key aspiration of retail banking in the last financial year was to build new customer value segment proposition for small business. Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk value segment proposition? | Untuk makluman tuan kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil terjemahan tuan, maka tuan hendaklah menterjemahkannya terlebih dahulu dan kemukakan kepada kami salinan terjemahan untuk kami bantu menyemak penggunaan bahasa Melayu dalam teks tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.07.2015 |
Tuan, Saya ingin bertanya apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai untuk "forward asset purchase". Forward asset purchase: A financial term. It refers to purchase of assets (e.g. bonds) of which the settlement date is a future date. Sekian. Terima kasih. | Terjemahan forward asset purchase belum ada dalam sumber rujukan kami. Kami mencadangkan belian aset ke hadapan sebagai padanan terjemahan frasa tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.09.2010 |