apakah terjemahan bagi istilah 'fine-dining' dan 'fine-dining restaurant". Adakah 'makan beradab' dan 'restoran mewah' boleh digunakan? | Belum ada lagi padanan bagi istilah fine-dining dan fine-dining restaurant dalam sumber rujukan kami. Tidak ada terjemahan makan beradab ke bahasa Inggeris kerana makan beradab diketahui wujud dalam budaya Melayu dan lazimbnya bentuk-bentuk budaya ini dikekalkan penggunaannya. Satu contoh penggunaan restoran mewah yang terdapat dalam Kamus Inggeris Dewan ialah posh restaurant bukan fine-dining restaurant. | Istilah | 17.09.2010 |
Adakahs udah ada terjemahan untuk "fine dining". Yang saya lihat, pada tahun 2014, tiada terjemahan lagi (rujukan: https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=fine+dining&d=175768LIHATSINI). Sekarang sudah tahun 2021, diharapkan sudah ada terjemahan untuk istilah ini. Terima kasih. | Padanan istilah dalam bahasa Melayu bagi fine dining ialah hidangan pesona. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 21.07.2021 |
Salam sejahtera. Tuan, boleh berikan terjemahan yang tepat ke dalam Bahasa Melayu untuk perkataan "fine dining". Konteksnya - My husband and I will be celebrating our 20th anniversary with fine dining. Terima kasih. | Belum ada lagi padanan bagi istilah fine-dining dalam sumber rujukan kami. Daripada carian kami, istilah ini bukan budaya di Malaysia. Sukacita kami mencadangkan salah satu terjemahan bagi ayat ini ialah “Saya dan suami akan meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-20 di restoran mewah”. | Istilah | 28.08.2014 |
Apakah maksud "casual dining" dan "fine dining" dalam bahasa melayu? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah casual dining ialah hidangan kasual dan fine dining ialah hidangan pesona. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 21.09.2023 |
Mohon semak istilah atau frasa dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang telah di terjemahkan. Soalan: 1. Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release) 2. Buka Penutup (Open the Cover) 3. Putar Pemegang ke "1" dan tunggu ART berhenti (Turn handle to "1" and wait for ART to stop) 4. Putar Pemegang ke "2" dan tolak pintu untuk membuka (Turn handle to "2" and push door to open) 5. Jika tidak dapat putar pemegang ke "2". tunggu sebentar dan cuba sekali lagi (If handle does not turn to "2", wait and then try again) 6. Denda akan dikenakan diatas sebarang penyalahgunaan (Any misuse will be subject to a fine) | Cadangan terjemahan yang bersesuaian adalah seperti yang berikut: 1. Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release) 2. Buka Penutup (Open the Cover) 3. Denda akan dikenakan terhadap sebarang penyalahgunaan. (Any misuse will be subject to a fine) 4. Putar pemegang ke arah angka "1" dan tunggu ART berhenti. (Turn handle to "1" and wait for ART to stop) 5. Putar pemegang ke arah angka "2" dan tolak pintu untuk membuka. (Turn handle to "2" and push door to open) 6. Jika tidak dapat memutar pemegang ke arah angka "2", tunggu sebentar dan cuba sekali lagi. (If handle does not turn to "2", wait and then try again) Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan di atas hendaklah bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam bidang yang dimaksudkan. | Lain-lain | 19.08.2024 |
Mohon semak istilah atau frasa dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang telah diterjemahkan. Soalan 1: Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release) Soalan 2: Pintu Dibolehkan Membuka (Door Unlocked) Soalan 3: Buka Penutup (Open the Cover) Soalan 4: Putar pemegang ke arah "Pintu Dibolehkan Membuka" (Turn handle to "Door Unlocked" position) Soalan 5: Tunggu ART berhenti sepenuhnya (Wait for ART to come to a complete stop) Soalan 6: Tolak pintu untuk membuka (Push door to open) Soalan 7: Berhati-hati dengan kenderaan lalu lintas semasa menurun (Be aware of oncoming traffic when alighting) Soalan 8: Denda akan dikenakan sekiranya berlaku penyalahgunaan (Any misuse will be subject to a fine) | Berikut merupakan senarai frasa yang telah diberikan penambahbaikan: - Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release)
- Pintu Dibuka (Door Unlocked)
- Buka Penutup (Open the Cover)
- Putar Pemegang untuk Membuka Pintu (Turn handle to "Door Unlocked" position)
- Tunggu ART Berhenti Sepenuhnya (Wait for ART to come to a complete stop)
- Tolak Pintu untuk Membuka (Push door to open)
- Berhati-Hati dengan Kenderaan Lalu Lintas Semasa Turun (Be aware of oncoming traffic when alighting)
- Denda akan Dikenakan Sekiranya Berlaku Penyalahgunaan (Any misuse will be subject to a fine)
Walau bagaimanapun, penggunaan frasa bahasa Melayu tersebut haruslah bersesuaian dengan konteks dan bidang yang dilambanginaya. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.09.2024 |