"Dalam kajian ini, masalah semasa akan ditimbangtarakan dari sudut fiqah dengan asal hukum". Betulkah penggunaan perkataan ditimbangtarakan dalam ayat ini? Saya ingin menggambarkan dalam bahasa Arabnya al-takyif al-fiqhi. Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan timbang tara bermaksud cara penyelesaian pertelingkahan di luar mahkamah melalui pihak ketiga yang telah dipersetujui oleh pihak yang bertelingkah. Berdasarkan makna tersebut penggunaan kata timbang tara tidak tepat dalam konteks ayat "Dalam kajian ini, masalah semasa akan ditimbangtarakan dari sudut fiqah dengan asal hukum", perkataan yang lebih tepat ialah diselaraskan atau disesuaikan. | Tatabahasa | 09.02.2011 |
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan i) tajdid ii) islah Apakah pula maksud gabungan antara perkataan tajdid dan islah dari sudut bahasa dan keagamaan? terima kasih.. | tajdid - pembaharuan (yg menurut ulama fiqah bererti menghidupkan kembali ajaran Rasulullah yg semakin ditinggalkan akibat amalan bidaah). islah - usaha utk mengembalikan sesuatu keadaan kpd suatu keadaan yg betul, tepat dan sesuai; 2. penyelesaian perbalahan dgn jalan baik atau dgn jalan damai. | Makna | 09.10.2008 |
Salam, Saya keliru mengenai ejaan samada huruf besar atau kecil digunapakai bagi matapelajaran-matapelajaran. contoh di bawah ini adalah keratan artikel dari PTS: Peraturan Huruf Kecil dan Huruf Besar Salah satu kesilapan yang lazim dilakukan oleh penulis adalah penggunaan huruf kecil dan huruf besar. Ini menyebabkan proses editing menjadi lebih panjang. Berikut adalah panduan penggunaan kedua-dua jenis huruf itu: Huruf kecil untuk nama bidang ilmu. Saya memasuki kursus Matematik, Fizik dan Mekatronik. (SALAH) Saya memasuki kursus matematik, fizik dan mekatronik. (BETUL) Imam Shafie adalah pakar bidang Usul Fiqh. (SALAH) Imam Shafie adalah pakar bidang usul fiqh. (BETUL) Buku-buku bidang Sirah dan Hadith banyak terdapat dalam pasaran. (SALAH) Buku-buku bidang sirah dan hadith banyak terdapat dalam pasaran. (BETUL) | Asalnya contoh yang diberi seperti matematik, kimia fiqah dan sebagainya ialah kata nama am. Kami juga bersetuju jika senarai tersebut merujuk bidang secara umum masih dikategorikan sebagai kata nama am. Walau bagaimanapun merujuk contoh yang diberi kami menganggap subjek tersebut sebagai kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 23.11.2008 |