Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 3. (instance of) destructive burning, kebakaran: the house was destroyed by ~, rumah itu musnah akibat kebakaran; forest ~, kebakaran hutan; most people died not in the earthquake but in the ensuing ~, kebanyakan orang mati bukan akibat gempa bumi tetapi dlm kebakaran yg terjadi kemudiannya; fire! fire!, (exclamatory), (warning that a building is burning) api !api!: I heard someone shout “~! ~!”, saya terdengar orang menjerit “api! api!”; 4. device for heating a room etc, (fixed) perapian; (portable) alat pemanas: the dining room felt cold, so I fetched the electric ~ from the sitting room and switched it on, terasa sejuk di bilik makan jadi saya mengambil alat pemanas elektrik dr bilik tamu dan menghidupkannya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ st up, start an engine, menghidupkan enjin; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ away, a. shoot continuously, menembak tdk henti-henti: the soldiers ~d away during target practice, askar-askar itu menembak tdk henti-henti semasa latihan menembak; b. (colloq), (go ahead and ask) tanyalah; (go ahead and talk) cakaplah; ~ st away, expend st by firing, menembakkan sst hingga habis: they had ~d away all their ammunition, mereka telah menembakkan semua peluru mereka hingga habis; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ at, menembaki: the rebels ~d at the approaching government troops, pemberontak-pemberontak itu menembaki tentera kerajaan yg sedang mara; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : d. (missile from other device) melepaskan, [various translations]: the boy ~d a stone from the catapult, budak itu melepaskan batu dr lastik; to ~ an arrow, memanah; to ~ a dart, menyumpit; 4. bake, membakar: the bricks are ~d in a kiln, bata-bata itu dibakar dlm tanur; 5. (colloq) dismiss, membuang; (because of wrongdoing) memecat, membuang: he ~d twenty employees, dia membuang dua puluh orang pekerja; be ~d, kena buang kerja; 6. stimulate, inflame, memarakkan, membuat [sso] berkobar-kobar: his speech ~d the crowd’s imagination, ucapannya memarakkan imaginasi orang ramai; the film ~d me with a desire to visit China, filem itu membuat saya berkobar-kobar hendak melawat ke negeri China; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi 1. a. (of explosive etc) meledak: damp gunpowder will not ~, serbuk bedil yg lembap tdk akan meledak; b. (of engine) membakar: the cylinders are not firing properly, silinder-silinder itu tdk membakar dgn baik; 2. shoot, menembak: don’t ~ until they have crossed the stream, jangan tembak sebelum mereka menyeberangi sungai itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : running ~, a. tembakan yg bertubi-tubi: the enemy kept up a running ~, pihak musuh terus melepaskan tembakan yg bertubi-tubi; b. (fig.), /pertanyaan, kritik, dll/ yg /bertubi-tubi, bertalu-talu/: the government faced a running ~ of criticism, pihak kerajaan menghadapi kritik yg bertubi-tubi; set the /Thames, the world/ on ~, membuat sst yg cemerlang; be under ~, a. ditembak; b. (fig.) diselar, dikecam, dibidas; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : between two ~s, ditembaki dr kiri kanan; come under ~, a. mula ditembaki; b. (fig.) diselar, dikecam, dibidas; covering ~, tembakan pelindung; draw so’s ~, mengalih perhatian sso dgn menembak; fight ~ with ~, melawan api dgn api; go through ~ and water, mengharungi lautan api; hang ~, tergantung; hold o’s ~, menahan drpd menembak; (imper) jangan tembak dulu; be in the line of ~, berada dlm kawasan tembakan; open ~, mula menembak; play with ~, bermain api; return (so’s) ~, membalas tembakan sso; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 5. shooting, tembakan: the artillery ~ was heavy, hebat benar tembakan artileri itu; 6. intense passion, ardour, semangat yg berkobar-kobar: the audience was enthused by the ~ in his speech, para pendengar terangsang oleh semangat yg berkobar-kobar dlm ucapannya; full of ~, penuh semangat, berapi-api, berkobar-kobar; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. condition of burning, combustion, api: the ~ blazed brightly, api itu memarak dgn terang; he stole ~ from the god, dia mencuri api drpd dewa; /catch, take/ ~, terbakar: her dress caught ~ but she managed to put out the flames, bajunya terbakar tetapi dia dapat memadamkan api itu; be on ~, sedang terbakar; set st on ~, set ~ to st, membakar sst: he tried to set ~ to the paper but it was too damp, dia mencuba membakar kertas itu tetapi kertas itu terlalu lembap; 2. (for cooking) api (dapur); (for burning rubbish etc) unggun api: put some more wood on the ~, tambahkan kayu pd api dapur itu; we always make a ~ when we go camping, kami selalu membuat unggun api apabila pergi berkhemah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. set fire to, membakar: someone has deliberately ~d the haystack, ada orang yg sengaja membakar timbunan rumput kering itu; 2. discharge, a. (firearm) menembakkan: during the war I never ~d my gun, semasa perang, saya tdk pernah menembakkan pistol saya; b. (salute, volley, etc) melepaskan: the troops ~d a salute, tentera itu melepaskan tembakan hormat; the police ~d a volley into the air, polis melepaskan tembakan bertalu-talu ke udara; c. (missile from firearm) menembakkan: he ~d his last bullet, dia menembakkan pelurunya yg terakhir; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fire


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Fire Marshal merupakan individu yang bertanggungjawap bagi memastikan pengosongan bangunan ketika berlakunya kebakaran. Boleh saya tahu apakah perkataan "Fire Marshal" dalam bahasa untuk saya gunakan?Salam sejahtera,

Fire marshal dikenali sebagai Marsyal kebakaran dalam bahasa Melayu.

Sekian. Terima kasih. 
Istilah14.02.2018
salam sejahtera. apakah padanan terjemahan bagi "fire basket"? bolehkah diterjemahkan sebagai "bakul api"? ia digunakan untuk menyalakan unggun api didalamnya. gambar seperti yang disertakan.Untuk makluman, istilah "fire basket" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Oleh itu, istilah yang dicadangkan, iaitu bakul api boleh digunakan.Istilah07.05.2013
Saya selalu menggunakan laman http://prpm.dbp.gov.my/ untuk mencari maksud perkataan. Hari ini, saya dapati ada kesilapan peribahasa Bahasa Inggeris - Peribahasa 276 - di bahagian kanan, "Don't jump from the flying pan into the fire" adalah salah. Sepatutna, "don't jump from the FRYING pan into the fire". http://en.wikipedia.org/wiki/Jumping_from_the_frying_pan_into_the_fire Harap pihak DBP akan membuat pembetulan.Terima kasih atas kepekaan dan maklumat saudara.  Pihak kami akan memaklumkan kesilapan ini untuk diperbetulkan oleh pihak yang berkenaan.Ejaan12.02.2014
Saya hendak tanya terjemahan untuk perkataan "SIGIL"(contohnya, "fire sigil". Terima kasihSalam sejahtera,

Dalam data sistem kami, tidak wujud istilah bahasa Inggeris "SIGIL". Walau bagaimanapun, merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan segel yang bermaksud:
 
1. cap (sbg. tanda), tera, meterai; ~ tempel segel yang dilekatkan pada surat tanda pembayaran dll
2. kupon (untuk membeli barang-barang);
menyegel 1. mengecap (degan tera, meterai); 2. membubuh cap (pd. surat-surat penting dll.)

Sekian untuk makluman.

Makna28.11.2017
Tuan, Adakah nama jawatan dalam Bahasa Inggeris yang ditulis dalam artikel yang berikut perlu dicondongkan (italic)? ..........Pada tahun 1946, iaitu selepas Perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Services' (MUS) telah ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumandi sebagai Director of Malayan Union Fire Services. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.Nama jawatan dalam bahasa Inggeris tidak ditulis dengan huruf miring (italik) tetapi mesti diterjemahkan dalam bahasa Melayu.  Ayat yang betul ialah…Pada tahun 1946, iaitu selepas Perang Dunia Kedua, pasukan Malayan Union Services (MUS) telah ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumandi sebagai Pengarah Malayan Union Fire Services. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.Tatabahasa21.03.2014
maksud interpretasi lagu dan triftongLagu bermaksud gubahan muzik biasanya dengan seni kata, manakala triftong ialah gabungan tiga bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah, mis [aie] dlm fire.Makna17.10.2011
Saya perlukan bantuan untuk menterjemahkan istilah-istilah berikut dalam usaha saya untuk menukar semua label-label bahasa Inggeris yang ada di bilik kawalan di tempat kerja saya. 1. PAGER STATION 2. STATIONARY CABINET 3. TOOLS CABINET 4. FIRE FIGHTING SAFETY GEARS 5. LOBBY WORKSTATION 6. 5S CABINET 7. RECYCLE PAPER

Untuk perhatian saudara kami hanya akan menyemak cadangan terjemahan yang telah dibuat dalam bahasa Melayu. Untuk khidmat penterjemahan sila rujuk Persatuan Penterjemah Malaysia di talian: 03-21424381.

Lain-lain16.05.2009
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan pillarPillar menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, pillar ialah  st resembling a pillar, (of rock) berceracak; (of smoke) tegak menjulang; (of fire) menjulang: ~s of granite rock, batuan granit yang berceracak; a ~ of black smoke rose from the factory, asap hitam yang tegak menjulang naik dari serombong asap kilang tersebut; 3. strong supporter, active member, tunggak, penunjang: he is one of the ~s of the Labour Party, dia adalah salah seorang tunggak Parti Buruh; people were shocked to find out that such a ~ of society was involved, orang ramai terkejut apabila mendapati tunggak masyarakat seperti itu telah terlibat. 

Saudara boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pillar&d=1
Penyemakan dan penterjemahan30.07.2015
Apakah perkataan Bahasa Malaysia yang paling sesuai untuk perkataan BI "Pillar"? Rukun, Prinsip, Teras atau ada perkataan lain yang lebih sesuai?Pillar menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, pillar ialah  st resembling a pillar, (of rock) berceracak; (of smoke) tegak menjulang; (of fire) menjulang: ~s of granite rock, batuan granit yang berceracak; a ~ of black smoke rose from the factory, asap hitam yang tegak menjulang naik dari serombong asap kilang tersebut; 3. strong supporter, active member, tunggak, penunjang: he is one of the ~s of the Labour Party, dia adalah salah seorang tunggak Parti Buruh; people were shocked to find out that such a ~ of society was involved, orang ramai terkejut apabila mendapati tunggak masyarakat seperti itu telah terlibat. 

Saudara boleh melayari 
Makna01.06.2017
Mahu ubah ayat 3 pillars ke BM. Mahu perkataan bersesuaian selain daripada tiang, asas, dan rukunSelain daripada perkataan tiang, asas dan rukun, dalam data PRPM, terdapat istilah pillar box. Padanan bahasa Melayu untuk pillar box ialah peti surat.

Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, pillar ialah  st resembling a pillar, (of rock) berceracak; (of smoke) tegak menjulang; (of fire) menjulang: ~s of granite rock, batuan granit yang berceracak; a ~ of black smoke rose from the factory, asap hitam yang tegak menjulang naik dari serombong asap kilang tersebut; 3. strong supporter, active member, tunggak, penunjang: he is one of the ~s of the Labour Party, dia adalah salah seorang tunggak Parti Buruh; people were shocked to find out that such a ~ of society was involved, orang ramai terkejut apabila mendapati tunggak masyarakat seperti itu telah terlibat. 

Saudara boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pillar untuk lebih lanjut.
Tatabahasa02.07.2013
12

Kembali ke atas