Mohon terjemahan atas kata berikut: Corporate Governance 1. Board Of Independence 2. CEO duality Capital Structure 1. Short Term to Total Debt 2. Long Term to Total Debt 3. Total Debt to Total Asset 4. Leverage 5. Short Term Leverage 6. Long Term Leverage 7. Divident Policy Firm Characteristic 1. Firm Size 2. Leverage 3. Age Firm 4. Liquidity 5. Board Size Terima kasih | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Corporate Governance – Tadbir Urus Korporat 2. Board of Independence – Lembaga Bebas 3. CEO duality – Kedualan KPE atau Kedualan CEO 4. Capital Structure – Struktur Modal 5. Short Term to Total Debt- Hutang Jangka Pendek kepada Jumlah Hutang 6. Long Term to Total Debt - Hutang Jangka Panjang kepada Jumlah Hutang 7. Total Debt to Total Asset - Jumlah Hutang kepada Jumlah Aset 8. Leverage – Leveraj 9. Short Term Leverage – Leveraj Jangka Pendek 10. Long Term Leverage – Leveraj Jangka Panjang 11. Divident Policy – Dasar Dividen 12. Firm Characteristic – Ciri-Ciri Firma 13. Firm Size – Saiz Firma 14. Leverage - Leveraj 15. Age Firm – Usia Firma 16. Liquidity - Kecairan 17. Board Size – Jumlah Ahli Lembaga Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2017 |
Tuan, Apa terjemahan yang tepat untuk perkataan berikut: 1. Social Exchange Theory; 2. Rational Action Theory ; 3. Knowledge-Based Theory of the Firm; 4. Social Cognitive Theory; 5. Social Capital Theory; dan 6. Resource Based View of the Firm Terima kaih. | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Social Exchange Theory - Teori Pertukaran Sosial 2. Rational Action Theory - Teori Tindakan Rasional 3. Knowledge-Based Theory of the Firm - Teori Berasaskan Pengetahuan Firma tersebut 4. Social Cognitive Theory - Teori Kognitif Sosial 5. Social Capital Theory - Teori Modal Sosial 6. Resource Based View of the Firm - Pandangan Berasaskan Sumber Firma tersebut | Istilah | 30.09.2013 |
Apakah terjemahan bagi istilah berikut 'firm specific advantage' dan 'location-specific advantage' yang digunakan dalam bidang ekonomi? | Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi istilah firm specific advantage dan location specific advantange. Pihak kami akan mengemukakan istilah tersebut kepada Bahagian Peristilahan dan akan memaklumkan kepada pihak puan. Puan juga boleh menghubungi Institut Terjemahan dan Buku Negara untuk mendapatkan terjemahan istilah tersebut dengan melayari www.itbm.gov.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.07.2014 |
Saya sedang menyiapkan disertasi bagi program DBA dalam bahasa Malaysia. Sukacita jika dapat dinasihatkan istilah yang sesuai bagi: 1) investee company; 2) deal origination; 3) business venture; 4) asymmetry(ic) information; 5) venture capital firm. Sekian, terima kasih. | Cadangan kami: 1. syarikat penerima pelaburan 2. pengasalan urus janji 3. usaha niaga 4. maklumat asimetri 5. firma modal urus niaga. | Istilah | 24.03.2009 |