Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fir.man] | فرمان

Definisi : amaran, kata perintah (terutamanya Tuhan): ~ Allah kita ingatkan; berfirman bersabda, bertitah memberi amaran: Tuhan telah ~ “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku istijabkan.”; difirmankan diberi amaran, disabdakan, dititahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fir.man] | فرمان

Definisi : kata-kata atau perintah Allah. berfirman bersabda; bertitah. difirmankan disabdakan (Allah); diperintahkan (Allah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata firman


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam..perkataan "firman Allah" perlu ditulis dengan huruf keci atau atau besar dalam ayat?Ejaan yang betul ialah firman Allah (firman ditulis dengan huruf kecil).Ejaan23.02.2012
Kata singkat ku pada awal boleh ditulis sebagai kumakan, kusanjung dan lain-lain. Bagaimanakah Ku-firman untuk Tuhan, perlu disusuli tanda sempang seperti dalam contoh Ku-firman? Harap dapat memberikan penjelasan. Terima kasih Dr S. NathesanDalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, firman bermaksud kata-kata atau perintah Allah. berfirman bersabda; bertitah. difirmankan disabdakan (Allah); diperintahkan (Allah).

Kata ganti singkat yang ditulis dengan permulaan huruf besar, iaitu -Ku, -Mu dan -Nya ialah kata ganti nama diri bagi Allah dan Tuhan dan lazimnya  terletak di hujung perkataan seperti hidayah-Nya, rahmat-Nya dan balasan-Ku. 
Sekiranya diletakkan di hadapan, lazimnya menggunakan seperti Allah SWT berfirman...
 
Tatabahasa23.08.2017
ASSALAMUALAIKUM Soalan Manakah yang betul? 1. "Bertakwalah" atau "Takwalah" 2. "Firmannya" atau " Firman-Nya" atau FirmanNya" Terima kasih.Perkataan yang betul ialah 1. Bertakwalah dan 2. Firman-NyaTatabahasa24.12.2018
dalam penulisan novel, surat khabar, artikel dan rencana, untuk memasukkan perumpamaan, peribahasa, kata-kata hikmat, hadis dan firman Allah s.w.t dalam penulisan yang dinyatakan diatas, perlukah diletakkan penutup kata? atau mungkin perlu diletakkan simbol lain?Penulisan perumpamaan, peribahasa, kata-kata hikmat, hadis dan firman Allah SWT dalam penulisan novel, surat khabar, artikel dan rencana perlu diletakkan tanda petik (" ").Lain-lain08.02.2011
SAYA INGIN MENGETAHUI DEFINISI WAHYUMaknanya ialah firman (kalam) Allah yg dibacakan kpd nabi dan rasul-Nya yg disampaikan sama ada melalui malaikat (Jibril) ataupun tanpa melaluinya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna23.11.2009
"Hukuman zina kepada yang bukan muhsan adalah dijilid seratus kali dan dibuang negeri sebagimana firman Allah yang bermaksud" Adakah perkataan jilid dalam ayat di atas sesuai dengan konteks ayat ataupun tiada perkataan jilid yang membawa maksud yang sesuai dalam konteks ayat?Dalam data PRPM kami, maksud perkataan "jilid" merujuk buku yang dijahit dalam proses penerbitan dan tiada maksud lain.  Oleh itu perkataan "jilid" tidak sesuai untuk konteks ayat tersebut. Makna22.04.2016
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya perihal tanda baca noktah. Contohnya pada hujung ayat: Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t.: Ataupun adakah cukup dengan titik seperti dalam ayat: Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. (Selepas perkataan s.w.t. itu terdapat terjemahan ayat Al-Quran)Ayat yang betul adalah seperti berikut:
Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku istijabkan."
Tatabahasa25.03.2014

Kembali ke atas