Assalamualakum. Boleh tak tolong jelaskan maksud 'dasar fiskal'?TQ | Dasar fiskal ialah dasar atau peraturan yang berkenaan dengan cukai yang dikenakan oleh sesebuah kerajaan. | Makna | 21.03.2007 |
Saya ingin menulis tajuk bagi satu jadual seperti berikut: Dasar Fiskal Di bawah Kadar Tukaran Tetap Betulkah perkataan "Di bawah" dieja sedemikian? Terima kasih. | Dasar Fiskal di Bawah Kadar Tukaran Tetap - di Bawah dieja dalam dua perkataan dan kata sendinya (di) huruf kecil. | Tatabahasa | 28.01.2011 |
Adakah terdapat terjemahan untuk frasa "fiscal cliff"? Frasa ini merujuk kepada keadaan fiskal di Amerika pada awal tahun ini. Terima kasih. | Untuk makluman, belum terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "fiscal cliff". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah jurang fiskal. | Istilah | 02.10.2013 |
selamat tengah hari.saya nak tanya maksud bagi; 1.dasar 2.fiskal 3.kaitan kedua-duanya terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dasar bermaksud bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll), manakala fiskal pula ialah 1. pegawai kehakiman (lebih rendah drpd jaksa); 2. bkn kewangan atau hasil pendapatan kerajaan (spt cukai dll). Walau bagaimanapun, padanan bagi perkataan dasar fiskal ialah dasar belanjawan, dasar kewangan. | Lain-lain | 16.03.2010 |
Selamat malam.Apakah maksud dasar dan analisis fiskal?tq | Pertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan yang terperinci. Sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk mendapatkan maklumat tersebut. | Lain-lain | 05.03.2010 |
Mohon bantuan untuk memberi istilah Bahasa Malaysia bagi istilah Bahasa Inggeris "fiscal impulse". | Padanan "fiscal impulse" dalam bahasa Melayu ialah "dorongan fiskal". | Istilah | 08.06.2009 |