| Saya ingin menterjemah ayat ini bagi satu laman web. Boleh saya tahu jika ianya betul? This page seems to be broken... Refresh to fix it or try another page. Terjemahan: Halaman ini nampaknya rosak... Muat semula untuk memperbaikinya atau cuba halaman lain. Terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi This page seems to be broken... Refresh to fix it or try another page ialah "Halaman ini sedang mengalami masalah ... Muat semula untuk membaiki atau cuba halaman yang lain." | Makna | 04.10.2022 |
| a file in TXT format is attached. Please help me to fix the melayu version of my thesis abstract. Thank you | Salam Sejahtera Tuan. Berdasarkan penyemakan awal, teks abstrak yang diberikan telah diterjemahkan secara langsung menggunakan perisian terjemahan. Untuk makluman tuan, terjemahan ke dalam bahasa Melayu tidak sewajarnya menggunakan perisian terjemahan kerana tidak mencapai maksud terjemahan yang sebenarnya. Mohon pihak tuan untuk menghantar terjemahan ini terlebih dahulu kepada penterjemah mengikut bidang sebelum disemak aspek bahasa oleh pihak kami. Kami memohon maaf tidak dapat menyemak aspek bahasa abstrak ini. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.05.2014 |

| Kitty Wong JUM 9.13 PAGI the website is not working. please fix it. | Kami mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Laman PRPM boleh dilayari semula mulai 21 Mei 2017. | Lain-lain | 19.05.2017 |
| Saya gunakan laman web ini sebagai rujukan setiap hari dalam pekerjaan harian saya. Please fix your server problem. Kerap kali berlaku, laman web ini langsung tidak dapat dibuka. Mohon lakukan sesuatu. | Aduan tuan telah kami panjangkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP. Kami berharap masalah ini dapat dipulihkan dengan kadar yang segera demi manfaat kita bersama. | Lain-lain | 15.05.2015 |
| saya ingin bertanya apakah perkataan yang sesuai untuk "ladder" dan "staircase? "ladder" boleh jadi tangga lipat tetapi ada juga yang tidak di lipat "staircase" juga tangga tetap tetapi tidak termasuk "fix ladder" | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, ladder dan staircase dipadankan sebagai "tangga". Merujuk kepada bahasa sumber, ladder merupakan tangga yang boleh diangkat atau diubah, manakala staircase merujuk kepada tangga kekal pada bangunan. | Makna | 27.12.2021 |
| Jalanraya merupakan salah satu bentuk perhubungan yang amat penting dalam sistem pengangkutan di Malaysia. Dengan peningkatan kenderaan di Malaysia, sistem lampu isyarat sering ditingkatkan operasinya bagi member kelancaran pada aliran trafik. Terdapat dua system yang sering diaplikasikan di Malaysia iaitu sistem digerakkan kenderaan ( ‘ Vehicle Actuated ‘ ) dan sistem had masa (‘ Fix Time ‘ ). Dalam penggunaan system Digerakkan Kenderaaan aliran trafik dijalan dengan lancar dengan kitaran fasa yang berkesan dan selamat. Manakala sistem had masa adalah mengikut kitaran jadual yang telah ditetapkan masanya dan sukar untuk menjalankan pengubahsuaian dalam jadual mengikut keadaaan lalulintas. Berdasarkan kajian pergerakan di persimpangan Jalan Sungai Pari pergerakan kenderaan ini mempengaruhi perjalanan system lampu isyarat. Dimana kelancaran trafik dapat dilihat dari kelewatan data yang diambil manakala system had masa pula mempengaruhi alian lalulintasn, secara tidak langsung mengakibatkan kelewatan yang amat ketara daripada Sistem Digerakan Kenderaaan. | Sila jelaskan soalan saudara. Bagi padanan istilah vehicle actuated ialah digerak kenderaan dan fix time ialah masa ditetapkan atau had masa mengikut konteks dan situasi. | Lain-lain | 09.04.2010 |