Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fizikal;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(Orang ramai di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani.) ATAU (Ramai orang di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani.) Antara yang manakah betul dan mengapa jawapan tersebut betul?Orang ramai sama maksudnya dengan masyarakat atau orang awam. Ramai orang merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang. Merujuk ayat saudara, ayat pertama adalah betul, iaitu Orang ramai (masyarakat) di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani. Ayat kedua kurang tepat kecuali jika ditukarkan menjadi, Banyak orang (bukan ramai orang) di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani.Tatabahasa17.01.2011
Projek itu hendaklah (sesuai/bersesuaian) dengan keupayaan fizikal.Jawapan mana satu yang betul?Jawapan yang betul ialah Projek itu hendaklah sesuai dengan keupayaan fizikal.Tatabahasa27.01.2012
Salam tuan di talian. Soalan saya ialah adakah istilah selain bergaduh/ bertengkar untuk menunjukkan pergaduhan secara fizikal dalam bahasa melayu? Soalan saya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris iaitu, fight yang bermaksud pergaduhan yang melibatkan fizikal. Terima kasih.Menurut takrifan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Fight ditakrifkan sebagai ; vt 1. do battle with, bertempur dengan: America fought Japan for three years, Amerika bertempur dengan Jepun selama tiga tahun; 2. contend with in physical combat, berlawan: my father fought the burglar with his bare hands, bapa saya berlawan dengan pencuri itu dengan tangan saja; 3. oppose, menentang: the senator fought the bill with determination, senator itu menentang rang undang-undang tersebut dengan penuh keazaman; we are going to ~ the action, kami akan menentang tindakan itu; 4. strive to overcome; a. (disease, social evil) berusaha /menghapuskan, membasmi/, (berusaha) membanteras; b. (fire) melawan; c. (fear, pain) melawan; 5. (in boxing) berlawan (tinju) dgn: he fought the champion until the third round, dia berlawan dengan jaguh itu sehingga pusingan ketiga;.

Berdasarkan takrifan tersebut, berlawan dan bertempur boleh digunakan selain bertengkar dan bergaduh.
Tatabahasa23.04.2013
Assalammualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan 2 ayat di bawah ini. Soalan: Adakah kedua ayat tersebuat ayat tunggal atau ayat majmuk? 1. Aktiviti fizikal ini dilakukan untuk pelbagai tujuan. 2. Semua jenis sukan yang dipertandingkan mempunyai peraturan. Sekian, terima kasih.Ayat "Aktiviti fizikal ini dilakukan untuk pelbagai tujuan." merupakan ayat tunggal manakala ayat "Semua jenis sukan yang dipertandingkan mempunyai peraturan." merupakan ayat majmuk.Tatabahasa16.05.2013
Apakah perkataan lain untuk olahragaOlahraga bermaksud latihan atau sukan yg memerlukan kekuatan fizikal, ketangkasan atau stamina (mis berlari, melompat, dll).Makna05.09.2007
Apakah maksud "alam sekitar" menurut Kamus Dewan?Maksud alam sekitar dalam istilah ialah alam sekitar fizikal sebuah kawasan. (2) Persekitaran sebuah sistem kebudayaan, kestabilan politik dan ekonomi yang mempengaruhi perkembangan dan kehidupan seseorang. Merujuk Kamus Dewan alam ialah dunia, bumi. Sekitar pula ialah sekeliling. Harap maklum.Makna04.08.2008
Boleh saya tahu apakah yang di maksudkan dengan "pegantungan"? Adakah ayat ini betul sekiranya; - Dadah membawa pegantungan fizikal dan psikologi ? Jika betul... Boleh tolong huraikan atau terangkan ayat tersebut? Terima kasihEjaan yang betul ialah pergantungan  yang bermaksud  1. alat atau tempat utk menggantung; 2. tempat bergantung (mis orang yg dipercayai atau yg boleh memberikan pertolongan), tempat bersandar, tempat mengharapkan pertolongan; 3. perihal (perbuatan, sikap) bergantung (pd sesuatu): jelaslah ~ pd beberapa barangan utama akan terus menjejaskan ekonomi negara. Ayat yang betul ialah Pesalah itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim kerana mengedar dadah.Tatabahasa07.02.2010
maksud pejabat mayaPejabat maya bermaksud tempat menyimpan atau pejabat yang menguruskan sesuatu yang tidak nampak secara fizikal.Makna06.11.2007
bagaimanakah perbezaan antara penggunaan dalam dan di dalam?Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.Tatabahasa09.09.2013
APAKAH MAKNA MENGARUSPERDANAKANDalam Kamus Dewan arus perdana bermaksud perkembangan semasa yang sedang giat berlaku dari segi pembangunan (fizikal, men­tal, kebudayaan, kehidupan dsb). Walau bagaimanapun tidak ada kata mengarusperdanakan dalam sumber rujukan kami. Dalam proses pembentukan kata kata terbitan yang terhasil daripada apitan meN-...-kan lazimnya membawa maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata dasar itu atau membawa maksud menyebabkan. Tidak dapat dipastikan apakah yang dimaksudkan dengan kata mengarusperdanakan (jika ada), iaitu membuat + perkembangan semasa yang sedang giat berlaku dari segi pembangunan.Makna05.01.2012
1234567

Kembali ke atas