Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. construct a floor in, melantai: they have ~ed the rooms with teak, mereka telah melantai bilik-bilik itu dgn kayu jati; 2. knock to the floor, menumbangkan, menjatuhkan, merebahkan: he ~ed his opponent with one blow, dia menumbangkan lawannya dgn satu tumbukan; 3. (colloq) bewilder, (act.) membingungkan; (pass.) bingung, kebingungan: the question ~ed him, pertanyaan itu membingungkannya; I’m completely ~ed, saya betul-betul bingung; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : the ~, (Parl) ahli-ahli Dewan; (otherwise) para hadirin: are there any questions from the ~?, ada soalan drpd para hadirin?; the ~ is yours, saudara boleh bercakap sekarang; cross the ~, menyebelahi pihak lawan; have the ~, telah diberi izin utk berucap; be given the ~, diberi izin utk berucap; hold the ~, bercakap terus-menerus: once Sofia started talking about clothes, she held the ~ for more than an hour and no one could stop her, apabila Sofia mula bercakap ttg pakaian, dia bercakap terus-menerus selama satu jam lebih, dan tdk ada sesiapa pun yg dapat membuat dia berhenti; on the ~ of the House, di dlm Dewan; take the ~, a. begin dancing, mula menari; b. start speaking in a debate, mula berucap; wipe the ~ with so., (colloq) menumpaskan sso; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. lower surface of room, bridge, vehicle, etc, lantai: the ~s are of marble, lantainya dibuat drpd marmar; the ~ of my jeep is rusty, lantai jip saya berkarat; 2. bottom surface of, (cave, forest) lantai; (river, lake, valley, etc) dasar: the ocean ~, dasar lautan; 3. storey of a building, tingkat, lantai: the building has three ~s, bangunan itu tiga tingkat; on the first ~, (UK) di tingkat pertama; (US) di tingkat bawah; 4. dance floor, tempat menari: there is nobody left on the ~, tdk ada lagi orang di tempat menari; 5. (of stock exchange) ruang niaga; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata floor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terjemahan untuk: 1. Lower Ground Floor 2. Ground Floor Terima kasih.1. ground floor- tingkat bawah  2. lower ground floor- tingkat bawah bahagian bawahPenyemakan dan penterjemahan25.04.2008
Apakah terjemahan dan penerangan tentang Ground Floor dan Basement dalam bahasa melayu? Ground floor sebenarnya tingkat berapa? Selepas Ground floor tingkat 1 atau 2? Bagaimana pula dengan basement?

Perkataan ground floor bermaksud bahagian bangunan yang separas dengan tanah. Perkataan basement pula merujuk bahagian bangunan paling bawah yang sebahagiannya atau keseluruhannya terletak di bawah tanah atau tingkat bawah tanah.

Pada kebiasaannya, kebanyakan bangunan bermula dengan tingkat/aras bawah, diikuti tingkat satu, tingkat dua dan seterusnya. Walau bagaimanapun, tidak ada ketetapan khusus dalam penamaan atau penomboran tingkat bagi sesuatu bangunan. Penamaan dan penomboran tersebut bergantung pada konsep sesuatu bangunan atau pemilik bangunan.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu Edisi Kedua (DBP, 2002),  halaman 95 dan 524.
Makna02.08.2024
floor managerpengurus pentasLain-lain21.11.2008
Mohon terjemahan bagi frasa dalam bidang hartanah: 1. gross area 2. gross floor area 3. nett floor areaKami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut:

1. Gross area: luas kasar.

2. Gross floor area: luas lantai kasar.

3. Net floor area: luas lantai bersih.

Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah03.05.2021
1. Apakah perkataan yang sesuai untuk "Ground Floor"? Aras 1 atau Aras Bawah? 2. Bagaimana dengan Aras di bawah Ground Floor? Sesuaikah "Aras B1"?Ground floor- Dicadangkan penggunaan tingkat bawah. Namun demikian, bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Inggeris Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain06.08.2007
Salam sejahtera, Terjemahan bagi "floor level" yang sesuai adalah "tingkat aras" atau "tingkat bawah"? Penggunaan dalam bidang teknologi maklumat dan kejuruteraan. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih.Tuan,

Untuk makluman, terjemahan bagi perkataan"floor level" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, mengikut istilah DBP, perkataan one-floor level diterjemahkan kepada aras satu tingkat.
Penyemakan dan penterjemahan05.06.2019
Asalamualaikum Saya ingin dapatkan terjemahan bagi perkataan-perkataan di bawah. Ia dalam konteks produk kelengkapan rumah dan perabot. 1. floor standing (attached to the wall) 2. floor standing (under washbasin) 3. free standing (pada perabot) 4. wash stand (sangga sink - adakah ini tepat? Ia kaki untuk menompang sink) 5. stand (seperti cake stand, clothes stand, mirror stand) 6. open wash stand 7. side mounted 8. top-mounted 9. wall-mounted (lekap dinding) 10. under mounted 11. washbasin mounted 12. surface mounted 13. self-cleaning (pembersihan sendiri untuk ketuhar) 14. table stand (sangga meja) 14. over-the-door 15. manual clean 16. hand-woven (untuk pemaidani/ambal) 17. hand-knotted (untuk permaidani/ambal) 1 18. hand-tufted (untuk permaidani/ambal) Terima kasihTerjemahan yang sesuai bagi perkataan berikut ialah:
1. floor standing (attached to the wall) - Barangan boleh berdiri
2. floor standing (under washbasin)  - Sinki boleh berdiri
3. free standing (pada perabot) - Perabot boleh berdiri
4. wash stand - Penyokong Sinki
5. stand (seperti cake stand, clothes stand, mirror stand) - Penyokong Barang atau Penyokong Perabot
6. open wash stand - Penyokong Sinki Terbuka
7. side mounted - Sisi Bingkai
8. top-mounted - Permukaan Bingkai
9. wall-mounted (lekap dinding) - Perabot lekap
10. under mounted -  Bawah Dinding
11. washbasin mounted - Sinki lekap
12. surface mounted - barangan siling 
13. self-cleaning - Penyucian Sendiri
14. table stand - Penyokong Meja
14. over-the-door - Sila berikan contoh dalam ayat 
15. manual clean - Penyucian Secara Manual
16. hand-woven (untuk pemaidani/ambal) - Permaidani Tenunan Tangan
17. hand-knotted (untuk permaidani/ambal) - Permaidani  Simpul Tangan
18. hand-tufted (untuk permaidani/ambal) - Permaidani Tuf Tangan
Terima kasih
Makna01.09.2020
"floor and ceiling effect" dalam bidang penyelidikan pendidikan, apakah istilah yg sesuai? terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "floor and ceiling effect". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kesan menaik dan menurun.Istilah03.12.2013
Sesebuah majlis akan diurustadbirkan oleh event manager manakala beliau juga akan dibantu oleh floor manager. Perkataan ini sudah biasa kita gunakan. Apakah perkataan yang paling sesuai bagi menggantikan kedua-dua perkataan bahasa inggeris itu? event manager & floor manager? Terima kasih.
Istilah yang digunakan dalam bahasa Melayu ialah:

1. Event Manager = Pengurus Acara
2. Floor Manager = Pengurus Pentas

Terima kasih.
Istilah07.09.2017
Asalamualaikum Apakah istilah dalam bahasa melayu yang sesuai dengan perkataan-perkataan berikut: 1. floor standing (attached to the wall) 2. floor standing (under washbasin 3. free standing (pada perabot) 3. wash stand (sangga sink - adakah ini tepat? Ia kaki untuk menompang sink) 4. stand (seperti cake stand, clothes stand, mirror stand) 5. open wash stand 6. side mounted 7. top-mounted 8. wall-mounted (lekap dinding) 9. under mounted 10. washbasin mounted 11. surface mounted 12. self-cleaning (pembersihan sendiri untuk ketuhar) 13. table stand (sangga meja) 14. over-the-door 15. manual clean 16. hand-woven (untuk pemaidani/ambal) 16. hand-knotted (untuk permaidani/ambal) 17. hand-tufted (untuk permaidani/ambal) Terima kasihWaalaikumussalam...
Mohon berikan perkataaan yang hendak diterjemahkan bersama-sama contoh ayat supaya kami dapat memberikan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayat yang diberikan.
Sekian terima kasih 
Makna27.08.2020
123

Kembali ke atas