Manakah satu ayat yang Betul? 1.Pegawai daripada Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. 2. Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. | Ayat yang betul ialah Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. | Tatabahasa | 15.02.2010 |
Manakah satu ayat yang betul dari segi penggunaan kata sendi? 1. Pegawai daripada Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. 2. Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. | Ayat yang betul ialah Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. | Tatabahasa | 15.02.2010 |
maksud kota metropolitan, meningkatkan stamina, menyusuri kaki lima jalan, memori indah, mengecap keindahan, tapak warisan, flora dan fauna, bernostalgia dan kenangan yang terpahat di hati. | Maksud metropolitan ialah 1. berkaitan dengan atau mempunyai ciri metropolis2. terdiri daripada bandar raya dan kawasan pinggir bandar. Kota metropolitan ialah kota yang mempunyai ciri-ciri seperti makna di atas. Stamina bermaksud daya tahan membolehkan sesorang itu bekerja kuat. Meningkatkan stamina bermaksud menambahkan stamina. Bagi maksud perkataan dan frasa seterusnya sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 07.07.2008 |
Sila tolong terjemahkan "Safety First!" ke Bahasa Malaysia. Terima Kasih. | Saudari Flora, Terjemahan untuk "Safety First!" ialah Utamakan Keselamatan | Lain-lain | 02.10.2012 |
Dari Kuala Lipis ke Jerantut, Bera dan Kuala Rompin, mampu memajukan bidang ekopelancongan kerana kaya dengan keindahan sumber semula jadinya, dengan flora, fauna, sungai, tasik dan pantai yang tinggi [nilai eksotikanya (atau nilai eksotiknya).. yg mana betul?] | Puan Rahemah, Perkataan yang betul ialah eksotik yang bermaksud luar biasa atau keistimewaan. | Ejaan | 10.03.2010 |
Terima kasih kerana menjawab soalan terdahulu. Namun saya perlukan penjelasan lagi. Saya diberitahu dalam buku rujukan tatabahasa, sekiranya sesuatu itu menunjukkan sumber atau mewakili institusi manusia seperti sekolah,pejabat dan sebagainya kita harus menggunakan kata sendi daripada. Alam Flora menunjukkan bukan tempat tetapi institusi manusia yang diwakili. Sila jelaskan. | Saudara Robert, Apabila merujuk institusi kata sendi nama daripada digunakan. Oleh yang demikian, ayat yang betul ialah pegawai daripada Alam Flora. | Tatabahasa | 20.02.2010 |
adakah perkataan ekolancong dan apa maksudnya terima kasih | Ekolancong atau ekopelancongan ialah pelancongan yg berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi spt flora, fauna, pantai, tasik dan sungai. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua. | Makna | 31.03.2010 |
Assalamualaikum wrht..wbrkth Saya inginkan maklumat: 1.Tentang unsur alam dalam peribahasa melayu. 2. Peranan alam dalam peribahasa melayu masyarakat dahulu. Terima kasih | Sila rujuk bahan ini : 1. Flora Sebagai Analogi dalam Peribahasa Melayu dan Cina oleh Tan Lai Chan Pelita Bahasa 01/11/2000 2. Fungsi leksikal "bunga" dalam simpulan bahasa dan peribahasa bahasa Melayu oleh Salinah Jaafar Jurnal Bahasa 01/12/2005 3. Pengajaran di sebalik peribahasa Melayu oleh Norliza Meor Mohd. Zin Dewan Siswa 01/12/1987 4. Peribahasa dalam pantun pemikiran Melayu klasik yang kemas dan indah oleh Aripin Said Pelita Bahasa 01/10/1992 | Lain-lain | 29.10.2007 |
bagaimanakah cara untuk menghasilkan sebuah pantun yang berkualiti dan bagaimanakah cara termudah untuk kita mengenal pasti ayat pasif dengan ayat aktif? | Sebuah pantun yang baik haruslah menepati ciri-ciri pantun yang baik termasuklah rimanya (abab), jumlah suku kata (antara 8 - 12 suku kata untuk setiap baris), ciri-ciri yang perlu ada pada pembayang (alam, flora dan fauna), dan maksudnya iaitu maksud yang hendak diampaikan. Untuk lebih mendalami sila ruijuk buku yan berkaitan seperti Alam Pantun Melayu (Daillie), Kajian Pantun Melayu (Omardin Haji Asha'ri) dan Kumpulan Pantun Melayu (DBP). Dalam susunan Ayat Aktif pelaku dipentingkan (Ali), contohnya; "Ali menendang bola", manakala dalam Ayat Pasif objek dipentingkan (bola) "Bola ditendang oleh Ali". | Tatabahasa | 25.06.2009 |
1) Apakah perbezaan antara eko-pelancongan dan agro-pelancongan 2) dari segi ejaan adakah dieja dengan satu perkataan, dua perkataan atau ada tanda sempang. terima kasih. Rusli Kamaruddin PA YB Dato' Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang | Encik Rusli,
Perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut dapat dilihat daripada makna yang diberikan. Ekopelancongan bermaksud pelancongan yg berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi spt. flora, fauna, pantai, tasik dan sungai: Kajian dijalankan utk menjadikan tasik itu sbg. pusat penyelidikan dan ~. Agropelancongan bermaksud aktiviti pelancongan yang berasaskan pertanian seperti lawatan ke ladang kelapa sawit, kawasan ternakan atau dusun buah-buahan. Kedua-dua perkataan ini dieja sebagai satu perkataan. | Makna | 07.01.2010 |