Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. act of piloting an aircraft, memandu kapal terbang: night ~ needs special skill, memandu kapal terbang pd waktu malam memerlukan kemahiran khas; 2. act of travelling in aircraft, naik kapal terbang; (attrib) penerbangan: she enjoys ~, dia suka naik kapal terbang; the ~ time between Kuala Lumpur and Sydney, masa penerbangan antara Kuala Lumpur dan Sydney. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj capable of flight, terbang: ~ insects, serangga terbang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata flying


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
flying feather adakah tepat terjemahannya anak panah lastik?flying feather adakah tepat terjemahannya anak panah lastik?
"Anak panah lastik' merupakan padanan yang digunakan untuk 'Flying feather' bergantung kepada konteks penggunaannya.
Istilah26.08.2013
Saya ingin bertanya jika ada padanan Bahasa Malaysia untuk perkataan flying fox atau Zip Line( di Amerika)?Tidak ada maklumat berkaitan flying fox atau zip line dalam data DBP. Mengambil kira bungee jumping diberikan padanan ‘terjun lelabah’, kami mencadangkan flying fox diberikan padanan  ‘terbang kelawar’. Pada peringkat permulaan memperkenalkan istilah ini, puan boleh menulis menggunakan ‘terbang kelawar’ dan flying fox dalam kurungan, terbang kelawar (flying fox).Istilah03.12.2014
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Puas sudah saya mencari padanan dalam bahasa kebangsaan istilah "flying fox". Sudi bantu saya? Terima kasih....Tidak ada maklumat berkaitan flying fox atau zip line dalam data DBP. Mengambil kira bungee jumping diberikan padanan ‘terjun lelabah’, kami mencadangkan flying fox diberikan padanan  ‘terbang kelawar’. Pada peringkat permulaan memperkenalkan istilah ini, tuan boleh menulis menggunakan ‘terbang kelawar’ dan flying Fox dalam kurungan, terbang kelawar (flying fox).Istilah09.12.2014
Apakah terjemahan bagi flying feather?Untuk makluman, istilah "flying feather " tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan maksud atau konsep istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah22.08.2013
Tuan, Kementerian menerbitkan buku dwi-bahasa mengenai burung di Malaysia dengan tajuk Flying Wonders of Malaysia. Mohon terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi perkara berikut: 1. Flying wonders of Malaysia 2. Naturally occuring bird species 3. Vagrant bird species Terima kasih Naim 0173177207Untuk makluman, DBP tidak mempunyai khidmat terjemahan. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar kepada kami untuk penyemakan bahasa Melayu dari segi ejaan, istilah dan tatabahasa.Penyemakan dan penterjemahan12.08.2016
Salam sejahtera Tuan/Puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat mencadangkan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1) Forward Swept Wing Aircraft 2) Flying Wing Aircraft 3) Fan Wing Aircraft 4) Gull Wing Aircraft 5) Monoplane 6) Shoulder Wing Monoplane 7) Optionally Piloted Vehicle Bantuan pihak tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1) Forward Swept Wing Aircraft - Pesawat Sayap Sapu ke Hadapan
2) Flying Wing Aircraft - Pesawat Sayap Terbang
3) Fan Wing Aircraft - Pesawat Sayap Kipas
4) Gull Wing Aircraft -Pesawat Sayap Burung Camar
5) Monoplane - Kapal Terbang Ekasayap
6) Shoulder Wing Monoplane - Kapal Terbang Ekasayap Tinggi
7) Optionally Piloted Vehicle - Pesawat Kawalan Pilihan
Istilah16.01.2016
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Diespotting presses 2. Draw presses 3. Electroforming presses 4. Fixed Frame Straightening Presses 5. Flying Cut Off Presses 6. Four Post Guided Platen Presses Sekian, terima kasih.

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Diespotting Presses – Penekan Penumpuan Acuan
2. Draw Presses – Penekan Tarik
3. Electroforming Presses – Penekan Pengelektrobentukan
4. Fixed Frame Straightening Presses - Penekan Pelurusan Kerangka Tetap
5. Flying Cut Off Presses – Penekan Potongan Tepat
6. Four Post Guided Platen Presses – Penekan Platen Berpandu Empat Tiang

Istilah05.04.2016
Saya selalu menggunakan laman http://prpm.dbp.gov.my/ untuk mencari maksud perkataan. Hari ini, saya dapati ada kesilapan peribahasa Bahasa Inggeris - Peribahasa 276 - di bahagian kanan, "Don't jump from the flying pan into the fire" adalah salah. Sepatutna, "don't jump from the FRYING pan into the fire". http://en.wikipedia.org/wiki/Jumping_from_the_frying_pan_into_the_fire Harap pihak DBP akan membuat pembetulan.Terima kasih atas kepekaan dan maklumat saudara.  Pihak kami akan memaklumkan kesilapan ini untuk diperbetulkan oleh pihak yang berkenaan.Ejaan12.02.2014

Kembali ke atas