Fokus pada amal ibadat atau Fokus kepada amal ibadat? | Fokus kepada amal ibadat. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Panaskan badan dan fokus di / pada bahagian kaki? | Panaskan badan dan fokus pada bahagian kaki. | Tatabahasa | 18.04.2012 |
1. Boleh berikan maksud 'pola-pola bahasa yang diulang dlm cerita?kalau boleh berikan contoh yang sesuai. 2.apakah maksud Perspektif dan fokus cerita dalam sastera | Soalan pertama saudari tidak jelas. Berkenaan dengan soalan kedua pula, maksud perspektif dan fokus dalam cerita ialah tema atau motif pengarang. Bahasa Jiwa Bangsa. | Lain-lain | 16.03.2009 |
Dalam laras bahasa iklan, bolehkah saya menggunakan ayat "Kembali ke 100." 100 di sini merujuk kepada minuman 100 PLUS dan maksud ayat ini adalah untuk kembalikan motivasi/fokus anda ke tahap 100 peratus. Terima kasih. | Kami mencadangkan “Kembali fokus 100% dengan 100 PLUS”. Namun untuk penggunaan slogan "Kembali 100 dengan 100 PLUS" dalam laras bahasa iklan boleh dipertimbangkan bergantung pada keseluruhan visual yang digunakan. Jika tuan/puan mempunyai visual yang berkaitan frasa tersebut untuk tujuan pengiklanan sila kemukakannya melalui https://dbpsahbahasa.my untuk pengesahan. | Lain-lain | 18.08.2022 |
adakah perlu tanda koma, atau noktah selepas dialog, contohnya; 1. “Macam mana? Puas tak? Boleh fokus beribadat?”, soalan suami sebaik menyambut ketibaan saya di Balai Ketibaan Dalam Negeri, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). | Dalam dialog, “tanda koma”, “noktah” atau “tanda seru” perlu diletakkan sebelum tanda petik, bergantung kepada jenis dialog sama ada ayat tanya atau sebaliknya. Contohnya, “Awak sudah makan?” tanya Ahmad kepada Aminah. Walau bagaimanapun, tanda-tanda tersebut tidak perlu diletakkan selepas tanda petik. Contohnya, “Macam mana? Puas tak? Boleh fokus beribadat?” soal suami sebaik menyambut ketibaan saya di Balai Ketibaan Dalam Negeri, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). | Tatabahasa | 03.02.2022 |
tolong beri takrif atau definisi perkataan berikut: 1.alternatif 2. autentik 3.kesedaran kendiri 4.Ingin tahu(curiosity) 5.fokus 6. Inisiatif 7.Minda kelas Pertama 8.Pentaksiran 9.Jati diri | 1. Alternatif = 1. pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); 2. satu pilihan antara dua kemungkinan. 2. Autentik bermaksud dapat dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan benar. 3. Kesedaran kendiri bermaksud kesedaran sendiri. 4. Ingin tahu bermaksud sifat ingin tahu. 5. Fokus bermaksud tumpuan perbincangan, perhatian dan sebagainya. 6. Inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula. 7. Minda Kelas Pertama minda iaitu mempunyai minda tahap tertinggi, eksklusif dan terbaik. 8. Penaksiran bermaksud perihal mengira atau menghitung banyaknya sesuatu, menyangka, menelah, mengagak, mengira. 9. Jati diri ialah identiti. | Makna | 16.09.2008 |
Adakah penggunaan pemain individu bersesuaian dengan fokus risalah kepada umum? | Cadangan jawapan pertama ialah Keselamatan makanan perlu merangkumi aspek kebajikan petani, nelayan dan penternak. Cadangan jawapan kedua ialah penggunaan frasa “pemain industri tani” bagi menggantikan frasa “pemain individu” dalam konteks ayat tersebut, seperti contoh yang berikut: Keselamatan makanan perlu merangkumi aspek kebajikan pemain industri tani, seperti petani, nelayan dan penternak.
| Tatabahasa | 03.11.2024 |
Memohon atas nama pusat nama: Pusat Perkembangan Minda Interaktif (Fokus Lambang Yakin FLY) | Sila nyatakan soalan saudara dengan jelas. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 14.05.2013 |
1.Bolehkah 'Awan itu menyelubungi gunung yang akan kita daki itu" fokus kepada pengguna kata menyelubungi 2.Terangkan penggunaan imbuhan per pada apa-apa pekerjaan seperti pertukangan | 1.Perkataan menyelubungi boleh digunakan dalam ayat tersebut. 2. Imbuhan apitan per-an ialah apitan kata nama. Apabila menerima kata dasar seperti tukang, akan menjadi pertukangan. Sila layari laman prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 29.08.2013 |
Apakah maksud dan huraian beserta contoh bagi ayat: Melestarikan penyelidikan dengan memberi fokus kepada ... | Melestarikan bermaksud menetapkan dan mengekalkan/memelihara sesuatu supaya kekal. Ayat tersebut bermaksud Mengekalkan penyelidikan dengan memberi focus kepada .... | Makna | 08.10.2018 |