FOLDER | FOLDER | Istilah | 15.11.2010 |
Apa terjemahan ke dalam bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "folder", selain daripada "fail"? | Perkataan folder boleh diterjemahkan kepada folder, selongsong dan pelipat mengikut konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang. Untuk maklumat lanjut, klik folder">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=folder. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.06.2015 |
Assalamualaikum. Merujuk kepada perkara berikut: 'Di dalam' digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. 'Dalam' pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Bolehkah kata sendi 'di dalam' digunakan untuk ruang dalam komputer, contohnya folder. Contoh ayat: Sila simpan fail itu di dalam folder baharu. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Penggunaan kata sendi nama di dalam digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Komputer adalah sebahagian daripada alat yang tidak mempunyai ruang atau jarak yang dapat ditentukan. Oleh itu, penggunaan ayat yang betul ialah, Sila simpan fail itu dalam folder baharu. Sekian, terima kasih. | Pengembangan | 29.01.2020 |