Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n budaya rakyat. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata folklore


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perkataa "folklore" dalam bahasa malayuBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, folklore ialah budaya rakyat.Istilah09.06.2009
Assalamualaikum. Apakah terjemahan bahasa Melayu yang tepat untuk istilah bahasa Inggeris ini: "Islamic folklore"? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "Islamic folklore" ialah cerita rakyat Islam atau cerita rakyat berunsurkan Islam.Istilah13.11.2013
Assalamualaikum wrt, Saya hendak bertanya adakah dalam bahasa melayu bagi perkataan "Folkloristic"? Contoh ayat dalam bahasa inggeris: In examining the possibility of extrapolating features of worldview from folkloristic data, the author considers the allegation that Americans are future oriented in the light of various examples of American folklore.

Untuk makluman tuan, tiada padanan khusus dalam bahasa Melayu bagi perkataan folkloristic. Berdasarkan  carian kami, folkloristic juga dikenali sebagai Folklore Studies. Cadangan kami bagi perkataan folkloristic ialah pengajian cerita rakyat.

Penyemakan dan penterjemahan20.12.2017
apakah Sastera Rakyat tulung jawabkan

Sastera rakyat atau sastera lisan ialah sastera yang bukan bercorak tulisan. Hasil sastera ini tersebar dari mulut ke mulut dan diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Sastera lisan berkembang dalam masyarakat yang mempunyai kebudayaan pinggiran yang bertamadun. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada budaya rakyat (folklore) yang merangkum semua aspek kehidupan sesuatu masyarakat.

Sastera rakyat mempunyai beberapa cirinya yang tersendiri, iaitu:

i) Sastera itu diucapkan melalui perantaraan mulut.

ii) Sastera rakyat itu lahir dalam masyarakat yang belum mencapai taraf kehidupan yang maju atau bercorak bandaran.

iii) Sifat sastera rakyat itu menggambarkan ciri-ciri budaya satu-satu kumpulan masyarakat.

iv) Hasul sastera rakyat itu dianggap sebagai milik masyarakat tanpa diketahui siapa pengarangnya.

v) Sastera rakyat tidak mementingkan fakta dan kebenaran.

Antara yang termasuk dalam sastera rakyat ialah seperti:

a) Cerita hantu atau makhluk halus seperti hantu Pocong

b) Cerita binatang seperti cerita Sang Kancil

c) Cerita jenaka seperti cerita Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai.

d) Cerita Lipur Lara seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Malim Deman, Hikayat Terung Pipit, Hikayat Raja Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal.

Lain-lain01.09.2009

Kembali ke atas