Apakah bidang-bidang fonetik? | Mengikut buku Pengenalan Fonetik dan Fonologi, oleh Paitoon M. Chaiyanara terbitan DBP bidang fonetik dapat dipecahkan kepada dua cabang, iaitu fonetik fisiologi dan fonetik akustik. | Tatabahasa | 05.09.2007 |
Apakah yang boleh diterangkan mengenai bidang-bidang fonetik dan fonologi? | Soalan anda terlalu luas. Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang fonetik dan fonologi. Saya cadangkan anda mendapatkan buku "Asas-asas Fonetik" tulisan Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin, dan juga buku "Asas-asas Fonologi" tulisan Prof. Dr. Zaharani Ahmad. Itu antara buku terbaik tentang fonetik dan fonologi yang boleh anda rujuk. | Lain-lain | 04.09.2007 |
INGIN MENGETAHUI PERBEZAAN ANTARA FONETIK DENGAN FONOLOGI | Fonologi merupakan bidang linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Fonetik bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. | Makna | 06.09.2006 |
Keterangan : Perbezaan peringkat analisis fonetik dan fonologi (Pasangan Minimal, kekangan urutan fonologi, kesejagatan fonologi, pemerolehan bahasa, dan suprasegmental) | Fonetik merupakan ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. Fonologi pula merupakan kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi karya Arbak Othman. | Tatabahasa | 06.08.2007 |
Dalam ilmu fonetik dan fonologi terdapat istilah approximant dalam bahasa Inggeris. Saya tidak berjumpa istilah padanan bagi istilah tersebut. Dapatkah saya menterjemahkan istilah approximant menjadi aproksiman sebagai istilah lingustik padanan dalam bahasa Melayu? Harap dapat penjelasan tentang hal ini. | Istilah bahasa Melayu untuk "approximant" dalam bidang Linguistik ialah malaran tak bergeser atau aproksiman. | Istilah | 26.01.2013 |
saya mahukan simbol fonetik vokal Bahasa Melayu untu tugasan saya. | Simbol fonetik bahasa Melayu boleh diperoleh dengan merujuk buku-buku tentang ilmu Linguistik. Untuk makluman saudara tidak semua komputer kami dibekalkan dengan kemudahan untuk menaip simbol-simbol berkenaan. | Lain-lain | 22.06.2009 |
huraikan apa yang terkandung dalam carta fonetik dan cara wacana? | Fonetik - Ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Wacana - Keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertuukaran idea secara lisan. . untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, saudara boleh merujuk maklumat lengkap daripada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Terima Kasih. | Makna | 20.07.2006 |
minta tolong beri penjelasan tentang perbezaan antara fonetik dan fonemik...terima kasih | Fonetik merupakan ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Fonemik ialah berkenaan fonem; dan kajian linguistik tentang fonem. Fonem bermaksud unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan makna kata. | Tatabahasa | 30.11.2013 |
Persamaan dan perbezaan antara fonetik dan fonologi. | Untuk melihat persamaan atau perbezaan makna antara keduanya rujuk makna dalam kamus Fonetik bermaksud ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. Fonologi bermaksud (Lin) kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. | Makna | 12.08.2008 |
Salam , saya ingin mengetahui perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-riau mengikut kaedah fonetik | Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Sebutan Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung. Sebutan ini merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dua jenis sebutan ini dari segi fonetik, sila rujuk buku-buku yang berkenaan atau pusat bahasa di IPTA/IPTS. | Makna | 09.06.2010 |