Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata football


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah padanan perkataan american football?Padanan bahasa Melayu bagi istilah American football ialah bola sepak Amerika. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah08.07.2023
Salam. Apakah terjemahan untuk American Football? Terima kasih.Wsalam. Terjemahannya ialah "bola sepak Amerika"Penyemakan dan penterjemahan01.06.2015
Di Malaysia, nama permainan association football adalah "bolasepak". Menurut pemahaman saya, ini adalah kerana menepati Hukum DM, iaitu Diterangkan = bola, Menerangkan = sepak. Tetapi kenapa permainan sepak takraw dinamakan begitu, dan bukannya "takraw sepak" untuk menepati Hukum DM?Untuk makluman tuan, permainan sepak takraw/raga merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Perkataan tersebut telah digunakan dan banyak terakam dalam hikayat lama atau sejarah lama masyarakat Melayu. Penggunaannya telah mantap dan gramatis dan diterima umum oleh masyarakat Melayu. Dalam korpus bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga digunakan.

Dalam bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga tidak menepati Hukum DM kerana perkataan tersebut termasuk dalam kekecualian sama seperti perkataan perdana menteri, naib canselor, ibu pejabat dan lain-lain. Contoh lain permainan tradisional Melayu yang tidak menepati hukum D-M ialah gasing pangkah.  Kekecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan.

Tatabahasa23.09.2013
Salam satu Malaysia Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Assist" dalam konteks bola sepak (sukan)? Contoh ayat - Penalty & Free Kick: NO ASSIST for the player who was fouled. Maksud: http://www.en.wikipedia.org/wiki/Assist_(football) Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "assist" dalam bidang Sukan. Padanan bahasa Melayu untuk "assist" yang terdapat dalam pangkalan data kami ialah bantu atau bantuan.Istilah11.10.2013
Salam sejahtera tuan/puan, saya ada beberapa soalan berkaitan dengan nama acara sukan Paralimpik: 1) Kebanyakan nama bagi acara sukan Paralimpik mempunyai "prefix" para- di hadapan namanya (cth: Paracanoe, Para-badminton, Para taekwondo). Adakah "prefix" tersebut dikekalkan? (sbg imbuhan?) 2) Adakah terjemahan istilah yang berikut betul? - Wheelchair basketball - bola keranjang berkerusi roda - Sitting volleyball - bola tampar duduk - Blind football - bola sepak buta 3) Saya mendapati beberapa akhbar yang menggunakan istilah bahasa Inggeris (cth: goalball, powerlifting, bola sepak 5-a-side), adakah ini bermaksud istilah tersebut tidak mempunyai padanan kata yang sesuai dalam bahasa Melayu?Waalaikumussalam ...
1. Perkataan “Paralympic” berasal dari Yunani,  iaitu perkataan "para" digabungkan dengan perkataan "Olympic". Dalam bahasa Melayu pula, padanan "paralympic" diserap terus menjadi paralimpik mengikut ejaan dan sebutan dalam bahasa Melayu. 


2. Merujuk tatabahasa dalam bahasa Melayu, imbuhan 'para' merujuk kepada kata (yang mendahului kata-kata lain) yang menyatakan ramai seperti para bom, para pelakon, atau para pelajar. Namun dalam penamaan dalam acara paralimpik pula, perkataan para dikekalkan seperti konsep ejaan paralimpik.   


3. Cadangan padanan bagi nama sukan dalam acara paralimpik ialah:
'para canoe' - para kanu,
'para taekwondo' - para tae kwan do 
'para-badminton' -  para badminton.


4. Cadangan padanan bagi istilah yang diberikan, iaitu:
'Wheelchair basketball' - bola keranjang kerusi roda
'sitting volleyball' - bola tampar duduk
'blind football' - bola sepak buta.


5. Jika ingin menggunakan istilah dalam bahasa Inggeris yang masih belum ada padanan dalam bahasa Melayu yang sesuai, perkataan seperti "goalball" atau "powerlifting" boleh digunakan dengan mengitalikkan perkataan tersebut atau meletakkan tanda kurungan tetapi jika acara sukan ini merupakan nama khas dalam acara paralimpik tersebut boleh sahaja dikekalkan perkataan tersebut. Jika perkataan bahasa Inggeris seperti  "five-a-side football" boleh sahaja diterjemahkan dalam bahasa Melayu, iaitu bola sepak 5 sebelah
Makna24.08.2021

Kembali ke atas