Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ st up, (price), (act.) menyebabkan [harga] naik, menaikkan [harga]; (pass.) [harga] naik: the government ~d up the price of tobacco, kerajaan menaikkan harga tembakau; petrol prices were ~d up by the crisis in the Middle East, harga minyak naik krn krisis di Timur Tengah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ /so., st /out, a. see vt (sense 2.); b. cause st close down, memaksa sst ditutup: stiff competition ~d the small companies out, persaingan yg hebat telah memaksa syarikat-syarikat kecil ditutup; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ st (opinion, duty, etc) on so., memaksakan sst pd sso, memaksa sso + approp v: he likes to ~ his views on others, dia suka memaksakan pandangannya pd orang lain; she tried to ~ some more lasagna on me but I was full, dia mencuba memaksa saya makan lasagna lagi, tetapi saya sudah kenyang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ st back, menahan sst: she ~d back her tears, dia menahan air matanya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ a smile, /menggagahi, memaksa/ diri utk senyum; ~ o’s way in, through, etc, merempuh + approp v: a group of students ~d their way into the faculty’s offices, sekumpulan penuntut merempuh masuk ke pejabat fakulti; the army unit ~d its way through the jungle, pasukan tentera itu merempuh melalui hutan rimba; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. strain, memaksa-maksa: don’t ~ your voice, jangan dipaksa-paksa suara kamu; 5. cause to mature early, memaksa pertumbuhan sst: we usually ~ rhubarb by placing a pipe over the plant, biasanya kami memaksa pertumbuhan rhubarb dgn menempatkan paip di atas tanaman itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. push, drive with effort, approp v + dgn paksa, memaksa + approp v: he tried to ~ the key into the lock, dia mencuba memasukkan anak kunci itu dgn paksa ke dlm mangganya; we will have to ~ this suitcase open, kita harus membuka beg ini dgn paksa; the police ~d everyone out of the room, polis memaksa semua orang keluar dr bilik itu; he ~d the gun from Azizah’s hand, dia memaksa Azizah melepaskan pistolnya; 3. (lock, door, window) mengopak; (by breaking it) memecahkan: the thieves ~d the door, pencuri-pencuri mengopak pintu itu; he ~d the lock, dia memecahkan mangga itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. compel, (act.) memaksa; (pass.) deliberately, dipaksa; (otherwise) terpaksa: hunger ~d him to steal, kelaparan memaksanya mencuri or dia terpaksa mencuri krn kelaparan; circumstances ~ me to resign, keadaan memaksa saya meletakkan jawatan or saya terpaksa meletakkan jawatan krn keadaan; she ~d the child to eat, dia memaksa budak itu makan; the bad weather ~d the pilot to land his plane in Canberra, krn cuaca buruk juruterbang itu terpaksa mendaratkan kapal terbangnya di Canberra; the hijackers ~d the pilot to land in Canberra, juruterbang itu dipaksa oleh perampas-perampas tersebut supaya mendarat di Canberra; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : the ~s, angkatan bersenjata; /by, from /~ of habit, terbiasa: by sheer ~ of habit he switched off the light as he went out, semata-mata krn terbiasa dia mematikan lampu sewaktu keluar; come into ~, dikuatkuasakan: the new law will come into ~ in June, undang-undang baru itu akan dikuatkuasakan dlm bulan Jun; in ~, a. in large numbers, dlm bilangan yg /ramai, banyak/: the enemy invaded in ~, musuh menyerbu dlm bilangan yg banyak; b. (leg.) berkuatkuasa: the 1850 law is still in ~, undang-undang 1850 itu masih berkuatkuasa; in full ~, seluruh + approp n: the Johnsons attended the wedding in full ~, seluruh keluarga Johnson menghadiri majlis perkahwinan itu; join ~s, bergabung, /bersatu, berpadu/ tenaga; to use ~ on so., menggunakan kekerasan thdp sso, mengerasi sso; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. so., st that exerts influence, kuasa: religion is a powerful ~ in shaping society, agama ialah kuasa yg kuat dlm membentuk masyarakat; ~s of nature, kuasa-kuasa alam; 4. (phys) daya: ~ of gravity, daya graviti; magnetic ~, daya magnet; 5. (mil, police) pasukan: police ~, pasukan polis; 6. legal power of binding, kuatkuasa: the ~ of an agreement, kuatkuasa perjanjian; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. strength, might, kekuatan; (exerted by blow, wind, etc) kuatnya, kekuatan: he used all his ~ to break open the door, dia menggunakan seluruh kekuatannya utk memecahkan pintu itu; the ~ of her personality, kekuatan keperibadiannya; the ~ of his arguments, kekuatan hujah-hujahnya; the ~ of the gale ripped tiles off the roof, kuatnya ribut menerbangkan genting dr bumbung; 2. coercion, violence, kekerasan: the riot was quelled by ~, rusuhan itu ditumpaskan dgn kekerasan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata force


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan / Puan, Salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan istilah sains dalam BM yang setara dengan istilah sains BI yang berikut: 1) Contact force 2) Non-contact force Sekain, terima kasih.Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk contact force dan non-contact force. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk contact ialah sentuh atau sentuhan dan non-contact ialah tanpa sentuh. Istilah bahasa Melayu untuk force ialah daya dan kuasa. Cadangan padanan istilah bahasa Melayu ialah daya sentuh dan daya tanpa sentuhIstilah14.11.2011
Apa itu Hurricane Force WindPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "hurricane force wind" ialah angin kuasa taufan.Istilah16.08.2016
Apakah padanan yang sesuai bagi 'task force'?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'task force' ialah pasukan petugas. Contoh ayat, satu pasukan petugas utk mengkaji projek-projek perumahan baru di bandar raya itu.Lain-lain23.04.2010
Apakah terjemahan bagi perkataan ini? Nurses : A Force for Change Care Effective : Cost Effective Improving Health and Well-BeingTidak maklumat tentang penterjemahan ayat dalam pangkalan data kami. Kami hanya dapat membantu terjemahan perkataan atau istilah dengan merujuk data yang ada dalam kamus atau buku istilah.Penyemakan dan penterjemahan08.05.2015
Salam tuan/puan, Soalan saya berkenaan penggunaan perkataan condong. Adakah Malayan People's Anti Japanese Army, Malayan Union, Force 136 perlu dicondongkan (italic)? Setahu saya tidak perlu tapi ada sesetengah buku termasuk buku DBP tidak standard penggunaan "italic" ini. Mohon pencerahan. Terima kasih.Huruf condong digunakan untuk menunjukkan terdapat sesuatu yang berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang berkenaan. Antara yang perlu dicondongkan ialah judul karya seni dan penerbitan, nama Sains, karya undang-undang, kata atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama.

Jika dilihat kepada apa yang tuan/puan berikan, perkataan-perkataan tersebut perlu dicondongkan kerana menggunakan bahasa Inggeris.

Untuk lebih jelas, mohon rujuk Buku Tatabahasa Dewan, halaman 83.
Tatabahasa23.03.2017
Apakah terjemahan bagi perkataan "review stand" atau "reviewing stand" iaitu "a stand from which a parade or military force can be reviewed". Saya sertakan gambar supaya lebih jelas maksudnya. Terima kasih.Untik makluman tidak terdapat istilah khusus untuk "review stand" atau "reviewing stand" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu untuk "stand" ialah pentas atau astaka dan padanan bahasa Melayu untuk "review" ialah tinjauan atau pemeriksaan barisan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pentas tinjauan atau pentas pemeriksaan barisan.Istilah25.04.2016
Mohon penjelasan pihak Tuan/Puan berkenaan padanan perkataan “within” diterjemah sebagai “dalam” atau “di dalam” dalam konteks ayat seperti yang berikut: 1. Any cause or matter within its jurisdiction shall have full force and effect and may be served and executed anywhere within Malaysia; 2. A Sessions Court shall have jurisdiction to hear and determine any civil or criminal cause or matter arising within the local limits of jurisdiction assigned to it; dan 3. if issued or made by a Magistrates’ Court, be signed by a Magistrate of either class within the local limits of whose jurisdiction the Court is situate.

Penggunaan kata sendi nama di dalam digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Perkataan seperti sebab (cause), perkara (matter) atau had (limit) tidak mempunyai ruang atau jarak yang dapat ditentukan. Oleh itu, penggunaan perkataan yang betul ialah dalam.
Tatabahasa13.03.2020
Tuan/Puan, Mohon penjelasan pihak Tuan/Puan berkenaan dengan padanan perkataan “within” diterjemah sebagai “dalam” atau “di dalam” dalam konteks ayat di bawah: 1. Any cause or matter within its jurisdiction shall have full force and effect and may be served and executed anywhere within Malaysia; 2. A Sessions Court shall have jurisdiction to hear and determine any civil or criminal cause or matter arising within the local limits of jurisdiction assigned to it; dan 3. If issued or made by a Magistrates’ Court, be signed by a Magistrate of either class within the local limits of whose jurisdiction the Court is situate. Sekian, terima kasih.Sila berikan terjemahan bahasa Melayu yang lengkap bagi ayat yang dinyatakan untuk kami bantu.Lain-lain03.03.2020
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "within" dalam konteks had tempatan (local limit) dan dalam konteks bidang kuasa (jurisdiction). Contoh ayat seperti yang berikut: 1. Any cause or matter within its jurisdiction shall have full force and effect and may be served and executed anywhere within Malaysia; 2. A Sessions Court shall have jurisdiction to hear and determine any civil or criminal cause or matter arising within the local limits of jurisdiction assigned to it; dan 3. if issued or made by a Magistrates’ Court, be signed by a Magistrate of either class within the local limits of whose jurisdiction the Court is situate. Mohon penjelasan pihak Tuan/Puan berkenaan dengan padanan perkataan “within” sewajarnya diterjemahkan sebagai “dalam” atau “di dalam” mengikut konteks ayat di atas.
Penggunaan kata sendi nama di dalam digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Perkataan seperti sebab (cause), perkara (matter) atau had (limit) tidak mempunyai ruang atau jarak yang dapat ditentukan. Oleh itu, penggunaan perkataan yang betul ialah dalam.
Tatabahasa13.03.2020
Saya hendak mencari buku.Tajuk buku-buku yang hendak saya cari itu ialah Detik Sejarah Rundingan Baling(Wan Hamzah Awang 1985),Pentadbiran Tentera Jepun dan Thailand di Terengganu 1942-1945(Abdullah Zakaria 1996),Perang Gerila Force 136(Dr.Wan Hashim Haji Wan Teh) dan Darurat di Terengganu1948-1960(Osman Mamat).Tolong bagi cadangan di mana saya boleh dapatkan buku-buku ini.Terima Kasih.

Terima kasih atas soalan anda.

Anda boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan (ahli perpustakaan). Buku tersebut ada di lokasi pinjaman. Saudara boleh datang untuk membuat rujukan dan pinjaman bahan di Pusta Dokumentasi Melayu. 

 

Lain-lain05.08.2010
12

Kembali ke atas