Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[for.mal] | فورمل

Definisi : menurut peraturan (bentuk, ciri-ciri, cara, dsb) tertentu (yg sudah diterima atau yg dianggap wajar dsb), menurut aturan, menurut adat kebiasaan, rasmi: berpakaian ~; mengajar nahu secara ~; memformalkan menjadikan formal; keformalan perihal (keadaan, sifat dsb) formal: laras ialah penggunaan bahasa yg ditentukan oleh beberapa faktor sosial, antaranya ialah taraf ~ situasi sewaktu bahasa digunakan; pemformalan perbuatan (proses) memformalkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[for.mal] | فورمل

Definisi : menurut peraturan yg rasmi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata formal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin pencerahan tentang penggunaan "awak" dan "anda". Adakah "anda" sesuai digunakan dalam dialog percakapan? Adakah "awak" boleh digunakan dalam dialog bagi kedua-dua kegunaan formal dan tidak formal? Contoh, seperti dialog antara seorang individu bersama dengan penemuduga. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih.Salam sejahtera,

Anda dan awak merupakan kata ganti nama diri kedua dan boleh digunakan dalam urusan formal dan tidak formal.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa14.06.2019
Salam. Saya memerlukan penerangan mengenai bahasa dan format teks taklimat yang dibuat untuk majlis formal dan kombinasi atau tidak formal. Apa yang saya paham, penyediaan teks taklimat bergantung kepada taraf para khalayak yang hadir untuk sesebuah majlis. Tetapi tidak banyak rujukan yang menerangkan perbezaan format dan bahasa yang digunakan untuk teks taklimat sesuatu majlis formal dan tidak formal. Sekian . Terima kasih.Bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Panduan Pengucapan Awam karya Dr. Zamri @ Muati, Pidato Berpidato, karya Rahmat Ismail atau buku-buku panduan pengucapan awam yang lain atau melayari laman sesawang DBP, klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan boleh mendapatkan tajuk-tajuk buku berkaitan perkara ini melalui carian pada Katalog Awam tersebut.Lain-lain26.07.2007
Salam sejahtera masitah, Soalan : Berkenaan penggunaan partikel "-lah", adakah penggunaannya wujud untuk penulisan formal? Atau penggunaannya lebih hanya untuk penulisan tidak formal. Terima kasih. Jawapan : Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya.Penggunaan partikel lah wujud dalam penulisan formal. Contoh; Makanlah kuih itu. Janganlah kamu berasa segan. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam jawapan di atas, contoh yang diberikan merujuk kepada perbualan. Contoh lain yang dapat saya fikirkan ialah seperti berikut: -Tidurlah wahai anakku -Belilah perisian yang original -Sayulah hatinya mengenangkan nasib yang menimpa keluarganya. -Marilah pergi mengundi -Terimalah hadiah ini Adakah perbualan dan penulisan kreatif dianggap penulisan formal. Pada pemahaman saya, penulisan formal seperti menulis surat rasmi atau laporan. Harap dapat maklum balas dengan kadar segera.Penulisan formal seperti surat rasmi dan laporan juga terdapat penggunaan partikel lah. Misalnya perkataan "hendaklah" yang lazim digunakan dalam surat rasmi mahupun pekeliling rasmi.Tatabahasa15.01.2013
Merujuk Khidmat Nasihat DBP, 'Dynamic Equivalence' diterjemahkan sebagai Kesepadanan Dinamik. Mengapa bukan 'Kesetaraan Dinamik' seperti mana yang terakam dalam terjemahan PRPM?. Bagaimana pula terjemahan bagi istilah 'Formal Correspondence' dalam 'Theory of Formal Correspondence and Dynamic Equivalence Nida' adakah Kesepadanan Formal? Terima Kasih.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'equivalence' ialah kesamaan atau kesetaraan, maka terjemahan yang sesuai bagi 'Dynamic Equivalence' ialah kesetaraan dinamik atau kesamaan dinamik. Bagi maksud 'correspondence' ialah kecocokan atau persamaan, maka terjemahan yang sesuai bagi 'Formal Correspondence' ialah persamaan formalMakna05.07.2020
Berkenaan penggunaan partikel "-lah", adakah penggunaannya wujud untuk penulisan formal? Atau penggunaannya lebih hanya untuk penulisan tidak formal. Terima kasih.Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya.Penggunaan partikel lah wujud dalam penulisan formal.

Contoh;
Makanlah kuih itu. Janganlah kamu berasa segan.
Tatabahasa10.01.2013
Tuan/Puan, apakah term paling sesuai untuk blended learning yang diterima pakai sekarang? TQ.Dalam data rujukan kami, istilah blended learning dipadankan sebagai pembelajaran teradun. Pembelajaran teradun merupakan kaedah pembelajaran secara formal dan tidak formal yang menggabungkan media digital dalam talian dengan kaedah tradisional. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=blended+learning+&d=69812&#LIHATSINI.Penyemakan dan penterjemahan09.01.2019
apakah yang dimaksudkan dengan keseragaman bahasa? dan adakah keseragaman bahasa membawa maksud yang sama dengan ragam bahasa?Ragam bahasa bermaksud kepelbagaian penggunaan bahasa menurut konteks. Terdapat dua jenis ragam bahasa, iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Keseragaman bahasa berkaitan dgn standard bahasa yang digunakan. Bahasa baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa, menurut ahli linguistik Einar Haugen. Ia dikatakan sebagai "loghat yang paling betul" bagi sesuatu bahasa.Tatabahasa26.09.2007
saya, pelajar asing yang mengambil kelas Bahasa Melayu 1, untuk keperluan akademik. soalan saya : bagaimanakah kita dapat menulis bahasa melayu dengan betul, dalam penulisan laporan, thesis dan sebagainya. kedua pembentangan kertas kerja menggunakan bahasa melayu formal atau tak formal? misalnya: saya atau saye ( dalam pengucapan ). terima kasih

Misinem terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

 Untuk soalan pertama Sdr. sepatutnya  lebih banyak membuat rujukan daripada hasil tulisan pakar dalam bidang bahasa/. Buku rujukan mengenai bahasa dan penulisan memang banyak terdapat di kedai-kedai buku. Bagi soalan kedua sama ada saya atau saye bukanlah menjadi suatu masalah yang besar. Sekira Sdr. lebih selesa menggunakan sebutan baku maka sudah tentulah bunyi saya, akan tetapi jika hendaka bercakap mengikut gaya sebutan rakyat tempatan - tujuan perbualan , boleh sahaja kita sebut saye. Terima kasih 

 

Lain-lain15.10.2009
Adakah perkataan informal dan non-formal diterima dlm BM?..perlukan sy menterjemahkan ke dalam BM/ sekiranya perlu apakah perkataan yang tepat utk kedua2 istilah..terima kasihPerkataan informal telah diterima dalam bahasa Melayu, manakala perkataan nonformal diterjemahkan kepada tidak formal.Istilah26.11.2016
Salam, Saya ingin bertanya apakah perbezaan di antara "berdekatan" dan "berhampiran"? Adakah perbezaannya hanya terletak pada kesedapan ayat atau konteks kasual/formal sahaja? Adakah benar berdekatan adalah lebih formal berbanding berhampiran? Antara yang berikut, yang manakah lebih sesuai/lebih sedap didengar? "Kunjungi cawangan pusat jualan X berdekatan anda" atau "Kunjungi cawangan pusat jualan X berhampiran anda" Terima kasih :)Istilah berdekatan merujuk kepada berhampiran dengan. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud berdekatan ialah berhampiran dengan atau tidak berjauhan. Manakala berhampiran pula bermaksud tidak berapa jauh dari atau berdekatan. Maka kedua-dua istilah merupakan sinonim dan boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat.Makna28.12.2016
123456789

Kembali ke atas