Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[for.mat] | فورمت

Definisi : 1. bentuk dan rupa serta ukuran (saiz) tertentu sesebuah naskhah yg dicetak; 2. gaya atau susunan sesuatu rancangan penerbitan (mis siri TV) yg dipersembahkan; memformatkan menyediakan (mengatur dsb) mengikut sesuatu format: teks juga boleh diformatkan supaya lebih tersusun; pemformatan perihal (proses, perbuatan dsb) memformatkan: para penterjemah banyak menghabiskan masa membuat kerja penyuntingan, ~ dokumen, dan kerja yg berkaitan dgn leksikografi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[for.mat] | فورمت

Definisi : 1 bentuk, rupa dan ukuran (saiz) sesebuah buku, akhbar dsb. 2 gaya atau susunan persembahan sesuatu rancangan penerbitan, mis siri televisyen. 3 gaya persembahan sesuatu rencana, tugasan dsb. 4 ist susun atur data atau atur cara komputer. memformatkan membuat atau mengurus sesuatu supaya mengikut format: Dia ~ karangannya mengikut sebagaimana yg dikehendaki. pemformatan perbuatan atau proses memformatkan: Dia membuat kerja penterjemahan dan ~ dokumen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata format


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tentang fomat-fomat soalan Bahasa Melayu kertas 1 dan 2 SPM. Saya nak tau tentang format-format terkini mengenainya.

Sdr dicadangkan berhubung terus dengan pihak yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Lain-lain20.05.2010
Assalamualaikum. Saya ingin tahu kiranya ada jabatan yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan dengan tulisan jawi dimana mereka mempunyai format-format atau peraturan-peraturan tertentu untuk penerbitan didalam tulisan jawi. Diharap tuan dapat menasihati saya dalam hal ini. Terima kasih.

DBP ada menerbitkan buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu yang menyentuh tentang ejaan Jawi dalam Bab Tiga "Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Di dalamnya terkandung latar belakang, tulisan, penulisan, pelambangan, pengejaan kata dasar/ kata serapan (Arab/Inggeris), kekecualian, penulisan kata terbitan/ kata sendi/ kata ganti, partikel, gabungan kata, akronim dan singkatan. Selain itu, DBP juga menerbitkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (2 jilid).

Saudara juga digalakkan menghubungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tentang hal ini.

Ejaan25.02.2009
Apakah format sumber rujukan untuk tulisan ilmiah di sekolah? Adakah guna format APA atau format DBP? Di mana saya boleh dapat format DBP?Untuk makluman pihak tuan, DBP mempunyai format tersendiri dalam penulisan ilmiah. Namun begitu, pemilihan tulisan ilmiah di sekolah bergantung kepada pihak tuan untuk mengikut sama ada format APA atau format DBP (Gaya Dewan).Lain-lain06.10.2019
Saya hendak bertanya tentang format karangan catatan. Format 1 tepat atau format 2. Terima kasih. 1. 6.30 pagi Hari ini hari pertama persekolahan. 2. 6.30 pagi : Hari ini hari pertama persekolahan.

1. Untuk mendapatkan format karangan catatan atau jenis karangan yang lain rujuk buku rujukan Bahasa Melayu.

Soalan kedua tidak jelas, sila hubungi kami semula.

Tatabahasa22.07.2011
Apakah format yang betul untuk format RM? RM2.00 atau RM 2.00? Adakah penggunaan ruang selepas "RM" diperlukan atau tidak dari segi tatabahasa dan apakah implikasinya jika ditulis dalam format yang salah?Format yang betul ialah RM ditulis rapat dengan 2.00, iaitu RM2.00.  Jika tidak mengikut format, akan berlaku ketidakselarasan.Lain-lain13.11.2016
Terdapat beberapa pencanggahan format tentang surat rasmi kerajaan. Mohon dbp kemukakan format yang sebenar.Sila rujuk format surat rasmi oleh INTAN dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan format Jabatan Perkhidmatan Awam yang disesuaikan dengan format DBP, iaitu format "modified block letter". Sila berhubung dengan Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu DBP untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain25.09.2007
Salam tuan di talian, Yang manakah tajuk yang sesuai bagi tajuk buku di bawah? 1. Aktual Format Kertas UPSR atau 2. Kertas Aktual Format UPSR? Semoga mendapat jawapan dengan kadar segera. Sekian, terima kasih.Kertas Aktual Format UPSR bererti kertas sebenar format UPSR; Kertas Format Aktual UPSR bererti kertas format sebenar UPSR.Tatabahasa22.09.2011
Bolehkah saya tahu istilah "round robin format", "peer review" dan "double-blind peer review" dalam istilah BM?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

i.  round robin format - format pusingan robin (dalam bidang Sukan, istilah bahasa Melayu yang digunakan untuk "round robin" ialah tanding padan gilir)

ii. peer review - kajian semula setara/tinjauan semula setara

iii. double-blind peer review - kajian semula setara dua pihak/tinjauan semula setara dua pihak (istilah bahasa Melayu yang lain untuk "double-blind" ialah dwibuta dan buta duaan)

Istilah28.11.2016
Saya ingin mengetahui format menulis minit mesyuarat yang terbaru?Format penulisan minit mesyuarat  adalah bergantung pada jenis mesyuarat yang diadakan. Format minit bagi setiap  mesyuarat  masih sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Format yang biasa digunakan ialah bentuk bebas (tanpa kotak) dan dalam kotak. Apabila menggunakan bentuk dalam kotak, tajuk setiap lajur adalah bergantung pada keperluan sesebuah organisasi. Lazimnya bentuk kotak menggunakan tiga lajur, iaitu Bilangan, Perkara/Keputusan, dan Tindakan. Sesetengah jabatan pula menambah satu lagi lajur, iaitu Status Semasa. Sebagai panduan, sila rujuk Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993 untuk penjelasan lanjut mengenai Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.Lain-lain19.11.2010
ADAKAH FORMAT BARU UNTUK PENULISAN MINIT MESYUARAT DAN SURAT KIRIMAN RASMI?

Format penulisan minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Bentuk ini dipilih bergantung pada jenis mesyuarat yang diadakan. Misalnya, mesyuarat berkala lazimnya menggunakan format  kotak, manakala mesyuarat agung menggunakan format tanpa kotak. Bagi penulisan surat rasmi pula, format yang diguna pakai umumnya berbentuk santak kiri. Untuk penjelasan lanjut, sila berhubung dengan pihak INTAN atau  Jabatan Perkhidmatan Awam.

Lain-lain02.07.2009
12345678910...

Kembali ke atas