hi, good days. I just need the help for the short forms like: ttg, dsb, tsb, Kd, bp. May I know where is the reference for these short forms? many thanks | Untuk makluman saudara, kependekan tersebut terdapat di halaman li di dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Kependekan tersebut terakam di dalam semua Kamus Dewan terbitan DBP. Saudara disarankan menggunakan bahasa Melayu dengan betul dalam pertanyaan Khidmat Bahasa DBP. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
Terdapat banyak terjemahan bagi "International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination" (ICERD) dalam media tempatan termasuk pihak kerajaan. Apakah terjemahan sesuai bagi istilah ini bagi pendapat pihak DBP? | Terjemahan untuk nama konvensyen merupakan nama khas yang telah dipersetujui oleh pihak yang berautoriti. Dari sudut bahasa, kami mencadangkan Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum memandangkan setiap perkataan bahasa Inggeris ICERD mempunyai padanan dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 23.11.2018 |
Ini adalah susulan daripada soalan pertama. Berikut adalah capaian yang dimaksudkan. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfhtpBJFnL-U2_p4vDs4OyOHQua64HErMhBU6c3B5X6hVYN2Q/viewform Di dalam borang tersebut, pihak sekolah menggunakan sepenuh huruf besar. Adakah amalan ini betul dan dibenarkan dalam penulisan? Borang tersebut juga saya lampirkan dalam format PDF. Terima kasih. | Seperti dalam jawapan kami sebelum ini, penggunaan huruf kecil atau besar dalam dokumen bergantung pada ketetapan pihak penganjur/pemilik. Yang diberikan penekanan ialah penggunaan bahasa dan ejaannya, hendaklah menggunakan bahasa Melayu baku. Huruf kecil atau besar boleh digunakan , namun pada kebiasaannya yang banyak ditemukan ialah penulisan seperti dalam ayat, iaitu huruf pertama pada awal ayat dan kata nama khas sahaja ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 12.03.2021 |
Pihak kami memohon kerjasama pihak tuan untuk mengisi link g.form. Adakah ayat ini benar? | Ayat tersebut telah diberikan penambahbaikan seperti yang berikut: Pihak kami memohon kerjasama tuan untuk mengisi pautan Google Forms. | Tatabahasa | 23.03.2025 |
saya memerlukan khidmat menterjemah rencana ini dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Saya ucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan. Most people know that the theory of evolution did not appear amongst us like a bolt from blue with the publication of Charles Darwin’s The Origin Of Species in 1859. But not many people are aware that the idea has been around in various forms for at least two and a half thousands years. Like us, the ancient Greeks failed to agree about the origins of life. Their cosmologies were profoundly different from our own. There were no heresy laws or inquisitions to fear or a dominant creation story to side-step. Ancient Greek cosmologies were wildly variant : some believed that life had been shaped by gods ; others that had come into being through atoms colliding chaotically. Empedocles – poet, healer, magician and controller of storms as well as a philosopher – produced a surreal foreshadowing of natural selection two and a half thousand years ago on the island that we now call Sicily. He proposed that life had started out as random body parts – eyes, necks, arms, teeth – suspended in primeval soup. Collisions had produced random combinations – men with the heads of cattle ; animals with brances for limbs. Some of these combinations had proved viable, others not. | DBP hanya memyediakan kdimat penyemakan penterjemahan. Puan boleh menghantar rencana berkenaan dalam bahasa Melayu dan kami akan membantu menyemak terjemahan puan. | Lain-lain | 30.01.2014 |
Ada kamus untuk menyemak terjemahan sama ada dari B. Malaysia ke B. Inggeris dan sebaliknya untuk terma-terma politik, serta pangkat dan darjat, dan gelaran untuk orang kenamaan dan Keluarga DiRaja. Terima kasih. | Untuk merujuk protokol di Malaysia termasuklah gelaran pangkat dan sebagainya kami mencadangkan saudara merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisidan Amalan (Mokhtar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri) dan Malaysian Protocol: and Correct Forms of Address (Abdullah Ali). | Lain-lain | 26.03.2009 |
Assalamualaikum, Saya ada 2 soalan: 1. Adakah DBP menerbitkan buku yang bekait dengan susunan protokol dalam uca[an sesuatu majlis dan buku yang berikaitan surat rasmi yang diterima pakai oleh jabatan-jabatan kerajaan. Jika ada, saya ingin mendapat maklumat berkaitan judulnya. 2. Saya pernah bertnya tuan berkaitan apitan pemer-...-an dalam BM. Tuan menjelaskan bahawa apitan itu wujud dan meminta saya menyemak Pe;ita Bahasa terbitan 2003. Saya mengajar BM pada peringkat pelajar dewasa dan ada antaranya kalangan bukan Melayu. Dalam Tatabahasa Dewan yang menjadi rujukan utama tatabahsa, tidak pula dinyatakan keujudan apitan ini. Bagaimana saya hendak menjelaskannya kepada pelajar saya? | 1. Untuk merujuk protokol di Malaysia termasuklah gelaran pangkat dan sebagainya kami mencadangkan saudara merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan (Mokhtar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri) dan Malaysian Protocol: and Correct Forms of Address (Abdullah Ali). Sudara juga boleh merujuk buku Kesantunan Bahasa, Dr. Awang bin Sariyan dan Bahasa Laporan, Asmah Haji Omar, kesemuanya terbitan DBP. 2. Apitan pemer-...-an wujud dalam bahasa Melayu, seperti dalam contoh perkataan; pemersatuan, pemerolehan, pemerbadanan dan pemelajaran. Walau bagaimanapun bentuk apitan ini tidak produktif dalam bahasa Melayu dan tidak ada penerangan tentang apitan tersebut dalam buku Tatabahasa. Hal ini telah kami kemukakan kepada editor buku Tatabahasa Dewan untuk dibincangkan dalam mesyuarat sidang editor. | Tatabahasa | 27.10.2010 |