Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fo.rum] | فوروم

Definisi : 1. perjumpaan utk perbincangan terbuka tentang perkara yg menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis ~ dlm bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan utk perbincangan terbuka, mis majalah; 3. tempat perjumpaan umum utk perbincangan terbuka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fo.rum] | فوروم

Definisi : majlis perbincangan (bertukar-tukar pendapat) ttg sesuatu perkara dan terbuka kpd orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata forum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa itu forum dan jenis-jenisnya,definisi, huraian, ciri-ciri dan bentuk forumFurom ialah perjumpaan utk perbincangan terbuka tentang perkara yg menjadi kepentingan awam. jenis-jenis forum antaranya melibatkan pelajar, golongan dewasa dan ia bergantung kepada penganjuran forum tersebut. Harap maklumMakna17.08.2007
format penulisan forum,hendak tahu definisi,tujuan,siapa yang menggunakan,cara membuat,format dan contoh forumSekiranya saudara ingin mengetahui secara terperinci tentang  forum , saudara dinasihatkan agar mendapatkan buku-buku tentang komunikasi yang menjelaskan penulisannya dalam skop pengucapan awam.  Sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau Perpustakaan Negara untuk tujuan tersebut. Lain-lain24.07.2010
APAKAH MAKSUD KONVENSYEN BELIA DAN BAGAIMANA HENDAKLAH MENGANJURKAN SESUATU KONVENSYEN.ADAKAH SAMA DENGAN FORUM ATAU DIALOGKonvensyen belia ialah satu persidangan yang diadakan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan belia dan melibatkan pembentangan kertas kerja. Persediaan untuk menganjurkannya sama juga dengan persediaan untuk menganjurkan forum atau dialog. Forum dan dialog biasanya tidak melibatkan pembentangan kertas kerja.Lain-lain26.09.2008
Salam. Saya berkhidmat sebagai Pegawai Khas Koakademik iaitu mengelolakan Pertandingan Bahas Ala Parlimen, Pidato, Forum Remaja dan juga Pesta Pantun di kalangan murid-murid Daerah Petaling. Diharap pihak Tuan boleh mencadangkan saya tajuk-tajuk yang sesuai untuk diperbahaskan dan di pidatokan. Terima kasih. Nuraini bt Abd. RahmanUntuk makluman puan, bagi Pertandingan Forum Remaja, tajuk Pertandingan Forum Remaja akan disediakan oleh pihak penganjur dan akan dimaklumkan kepada pegawai JPN (JK Induk Pertandingan Forum Remaja) yang terlibat.  Bagi pertandingan yang lain seperti bahas, pidato, pantun dan lain-lain,  puan boleh berhubung dengan  pihak penganjur untuk mengetahui statusnya. Lazimya tajuk sesuatu pertandingan dibina berdasarkan tema tertentu yang telah ditetapkan oleh penganjur pertandingan. Terima kasih. Lain-lain11.02.2009
apakah definisi forum?Makna bagi perkataan forum ialah perjumpaan utk perbincangan terbuka tentang perkara yg menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis ~ dlm bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan utk perbincangan terbuka, mis majalah; 3. tempat perjumpaan umum utk perbincangan terbuka. Harap maklum.Makna19.08.2007
Pengertian ' forum' dan sejarah perkembangannya di Malaysia

 

Maksud FORUM 

  • 1. perjumpaan utk perbincangan terbuka tentang perkara yg menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis ~ dlm bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan utk perbincangan terbuka, mis majalah; 3. tempat perjumpaan umum utk perbincangan terbuka.
  • Lain-lain11.02.2008
    salam sejahtera: adakah sesuai jika saya menggunakan kosa kata yang baru dikeluarkan untuk disematkan dalam teks forum pasukan sekolah kami? untuk makluman tuan, pasukan kami telah menjuarai pertandingan forum remaja peringkat bahagian dan saya mendapati bahawa masih ada kekurangan dalam teks yang saya olah...tajuk: keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar dan remaja,di mana penyelesaiannya? saya ingin mendapatkan tips daripada tuan dan saya berharap ada tips yang berguna untuk kami supaya dapat menjuarai sekali lagi pertandingan forum remaja peringkat negeri sarawak pada tahun ini.. salam hormat, frederick..Pihak panel penilai semasa mengadili pertandingan sentiasa mematuhi peraturan pemarkahan dari setiap aspek yang ditetapkan pihak penganjur. Penggunaan kosa kata yang betul semasa bertanding akan diambil kira dalam pemberian markah. Pihak tuan digalakkkan banyak merujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan untuk memastikan ketepatan sesuatu perkataan dan ayat.Istilah29.04.2009
    Adakah betul tajuk surat berikut: JEMPUTAN SEBAGAI PANEL FORUM BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN WARGA TERATAI?Ayat ini betul "JEMPUTAN SEBAGAI PANEL FORUM BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN WARGA TERATAI". Jika digunakan sebagai tajuk surat, tanda "?" hendaklah dibuang.Tatabahasa09.04.2013
    Apakah yang dimaksudkan dengan wawancara? Apakah perbezaan antara wawancara dengan forum dan dialog?

    Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat wawancara bermaksud soal jawab antara wartawan dsb.dengan orang yang terkemuka dll. untuk mendapatkan keterangan atau pandangan untuk disiarkan.  

    Forum bermaksud perjumpaan untuk perbincangan terbuka tentang perkara yang menjadi kepentingan awam.

    Dialog bermaksud perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingannya.

    Daripada keterangan di atas diharap saudara dapat melihat perbezaan antara ketiga-tiga perkataan tersebut. Wawancara melibatkan dua orang, iaitu wartawan dan orang yang diwawancara. Forum dan dialog melibatkan sekumpulan orang atau panel.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat .  

    Makna30.01.2008
    Contoh ayat: Dalam forum itu, ahli panel memfokuskan kepada isu-isu pemartabatan bahasa kebangsaan. Saya dan rakan-rakan biasa menggunakan ayat seperti ini. Mohon penjelasan pihak tuan sama ada ayat ini mengandungi kesilapan bahasa ataupun tidak. Terima kasih.Ayat yang betul ialah: "Dalam forum itu, ahli panel memfokuskan isu-isu pemartabatan bahasa kebangsaan." memfokuskan bermaksud memberi tumpuan kepada. Tatabahasa25.11.2009
    123456

    Kembali ke atas