Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fo.ya] | فويا

Definisi : ; berfoya-foya, foya-foya bersuka-suka, beria-ria, berpesta-pesta (dgn menghabiskan masa dan wang): bekerja itu dapat membendung hawa nafsu ~ yg timbul jua sesekali dlm hatinya;kefoya-foyaan keadaan bersuka ria atau bersenang-senang: pemerintahan tidak seharusnya berorientasikan kemewahan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fo.ya] | فويا

Definisi : ; berfoya-foya bersuka-suka; bersenang-senang (dgn menghabiskan masa, wang dsb): Dia asyik ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata foya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan , berfoya-foya di pusat kafe siber Boleh bermaksud berpelisiran di pusat kafe siber?Berfoya-foya dan berpelesiran mempunyai maksud yang sama, iaitu bersuka-suka.Tatabahasa28.05.2015
I Rumah itu binasa selepas ribut kencang malam. II Kebahagiaan rumah tangganya binasa akibat daripada sikapnya yang suka berfoya-foya. III Dadah yang bersifat binasa jangan dicuba agar diri kita tidak menanggung kerugian. Iv Bajunya binasa kerana baru sahaja dicuci dengan bahan peluntur warna. Munsyi, penggunaan binasa dalam keempat-empat ayat ini , yang mana satukah yang betul? TKBinasa bermaksud habis rosak atau hancur sama sekali, atau disebut juga musnah. Dalam bentuk kiasan binasa bermaksud mengalami bencana atau keburukan seperti mendapat kesusahan besar, penyakit, dan lain-lain. Berdasarkan makna tersebut ayat I, II dan IV betul tetapi ayat I dibetulkan menjadi semalam.Tatabahasa08.04.2012
(1)Masalah remaja yang berlaku pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibu bapa.(2) Ibu bapa sekarang tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup. (3)Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan. (4)Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan anak-anak tersebut tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk. (5) Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan membandingkan antara halal dengan haram. (6) Oleh sebab itu, anak-anak tersebut membabitkan diri dalam kegiatan yang tidak berfaedah.(7) Misalnya, anak yang tidak memupunyai didiak agama akan berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah. (8) Sepatutnya, masa ini digunakan untuk menunaikan solat dan membaca buku-buku agama. (9)Pendek kata, kecetekan didikan agama dalam kalangan anak-anak merupakan salah satu faktor masalah remaja. AYAT 4,5- saya tidak dapat pasti sama ada ayat itu betul atau salah. DBP, SAYA MENGGUNAKAN SEMINGGU UNTUK MELATIH KARANGAN INI. Tolong semak peranggan ini.

1. Masalah dalam kalangan remaja pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibu bapa.

2. Ibu bapa kini tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup.

3. Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan daripada mendidik anak-anak.

4. Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk.

5. Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan antara halal dengan haram.

6. Oleh sebab itu, anak-anak mudah terdorong melakukan kegiatan yang tidak berfaedah.

7. Anak yang mempunyai kurang didikan agama lebih gemar berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah.

8. Sepatutnya, kesempatan ini digunakan untuk menunaikan solat dan melakukan kegiatan berfaedah seperti membaca buku.

9. Pendek kata, kecetekan didikan agama merupakan salah satu faktor masalah dalam kalangan remaja.

Tatabahasa14.04.2011

Kembali ke atas