Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fran.cais] | فرنچاءيس

Definisi : hak atau kebenaran istimewa yg diberikan (dgn syarat dan bayaran tertentu) oleh syarikat induk (pemilik) kpd pengusaha utk memasarkan sesuatu barangan atau perkhidmatan; memfrancaiskan memberikan francais sesuatu barangan atau perkhidmatan kpd seseorang, syarikat dsb: syarikat itu merancang utk ~ produk keluarannya kpd individu atau syarikat yg berminat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fran.cais] | فرنچاءيس

Definisi : hak atau kebenaran yg diberikan oleh pengeluar atau sesebuah syarikat kpd pengusaha utk memasarkan barangannya atau perkhidmatan yg diasaskannya. memfrancaiskan memberikan hak atau kebenaran terhadap barangan keluaran atau perkhidmatan yg diasaskan oleh pengeluar atau syarikat asal kpd pengusaha utk dipasarkan: Syarikat itu ~ hasil pengeluarannya kpd individu yg berminat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata francais


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah terjemahan bagi 'franchisee' dan 'franchisor'?Istilah bahasa Melayu "franchisee" ialah penerima francais dan "franchisor" ialah pemberi francais.Istilah17.07.2014
Selamat pagi, Baru-baru ini, sebuah pengusaha makanan francais menggunakan “Sensasi Delight” sebagai nama bagi promosi resipi terbaru mereka. Soalan saya, adakah nama ini dibenarkan penggunaannya untuk tujuan pengiklanan? Adakah penggunaan bahasa campuran menjadikan ianya tidak sah digunakan bagi tujuan pengiklanan? Berbangkit daripada soalan diatas, syarikat kami pula ada mencadangkan nama “Rasalicious Roaster” bagi sebuah pengusaha makanan francais yang lain yang mempromosikan ayam panggang sebagai menu utama. Rasalicious – Gabungan “Rasa” + cedokan “licious” dari Delicious = Sedap Roaster – Panggang Soalan saya, adakah “Rasalicious Roaster” sah digunakan sebagai nama produk bagi tujuan pengiklanan kami? Harap pihak Tuan dapat membantu menjawab persoalan saya ini. Terima kasih.Kedua-dua perkataan ini tidak boleh diterima kerana kedua-duanya mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan menjadi bahasa rojak. Perkataan sensasi delight boleh digantikan dengan hidangan sensasi dan rasalicious digantikan dengan rasa enak.    Tatabahasa20.06.2008
Tuan/ Puan Harap boleh nasihatkan perkara seperti berikut:- 1) Kalau kedai francais berada di Majlis Perbandaran yang sama. Sijil Pengesahan Bahasa boleh digunakan berulang kali untuk kedai-kedai selagi sijil pengesahan belum luput? 2) Pada 5/8/19, saya ada hantar Bahasa Jawi untuk menyemak kegunaan Bahasa Jawi sama ada betul. Tetapi saya belum dapat apa jawapan. Boleh Tuan/ Puan tolong semak perkara ini? Terima kasih.Jawapan bagi soalan yang pertama ialah sijil pengesahan bahasa boleh digunakan sekali sahaja untuk satu kedai walaupun dalam perbandaran yang sama.

Jawapan bagi soalan kedua ialah sila lampirkan semula teks jawi tersebut untuk disemak oleh pihak kami. Pastikan visual dalam format jpeg. atau gif.
Lain-lain15.08.2019

Kembali ke atas