Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Adakah penerangan di bawah betul? 1. Saya(subjek) tetap bermain(frasa kata kerja) dengan seronoknya(keterangan cara) ATAU Saya(subjek) tetap bermain dengan seronoknya(frasa kata kerja). 2. Kami(subjek) bermandi-manda frasa kata kerja) di laut(keterangan tempat) ATAU Kami(subjek) bermandi-manda di laut(frasa kata kerja).

Penerangan yang berikut merupakan penambahbaikan terhadap penerangan yang diberikan:

       i.       Saya (subjek) tetap bermain (frasa kata kerja) dengan seronoknya (frasa keterangan cara).

      ii.        Kami (subjek) bermandi-manda (kata kerja) di laut (frasa keterangan tempat).

Untuk mendapatkan penerangan dengan lengkap dan jelas berhubung dengan aspek tatabahasa yang berkaitan dengan soalan berkenaan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 57 – 575.

Tatabahasa14.05.2024
Salam sejahtera. Yang mana satukah betul? Dalam kalangan murid-murid atau dalam kalangan murid? Adakah penerangan berikut betul? Aku(subjek) dilahirkan di sebuah kilang alat tulis(frasa kata kerja) di Shah Alam(keterangan tempat). Aku(subjek) ditandakan dengan harga RM1.00(frasa kata kerja). Aku(subjek) telah berkenalan dengan banyak kawan baharu(frasa kata kerja) di sana(keterangan tempat). Ayah(subjek) membawa kami berkunjung ke dusun datuk(frasa kata kerja). Saya(subjek) tidak sabar-sabar untuk menikmati buah-buahan itu(frasa kata kerja). Kami(subjek) pun minta diri daripada datuk(frasa kata kerja). Datuk(subjek) memberi kami sedikit buah-buahan sebagai buah tangan(frasa kata kerja). Terima kasih.
  1. Frasa yang lebih tepat ialah dalam kalangan murid.
  2. Subjek bagi ayat-ayat yang dinyatakan oleh tuan/puan betul, namun penerangan yang tepat boleh dijelaskan melalui penggunaan rumus tatabahasa, iaitu rumus struktur frasa dan rumus transformasi. Contohnya, “Ayah membawa kami berkunjung ke dusun datuk” merupakan [Ayat Tunggal Subjek + Predikat + Frasa Keterangan]. Untuk memahami dengan lebih lanjut penggunaan rumus tersebut, tuan/puan boleh merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, DBP 2015, halaman 531 hingga 581.
Tatabahasa31.05.2024
Mohon semak penggunaan frasa kata dan susunan ayat ini:_ DILEMA KESELAMATAN MALAYSIA & SINGAPURA BERKAITAN PENAMBAKAN DAN PERTIKAIAN WILAYAHPenggunaan perkataan yang betul ialah "DILEMA KESELAMATAN MALAYSIA DAN SINGAPURA BERKAITAN DENGAN PENAMBAKAN DAN PERTIKAIAN WILAYAH."Lain-lain29.04.2022
Adakah menulis dalam apa-apa dokumen rasmi frasa kata "bertitik tolak daripada itu" termasuk dalam bahasa persuratan dan dibolehkan..Bertitik tolak membawa maksud 1. bermula: persoalan itu harus ~ dgn mengenal pasti punca masa­lahnya; 2. berasal atau berpunca (drpd). Oleh itu, "bertitik tolak daripada itu" tidak salah digunakan dalam dokumen rasmi.Lain-lain10.08.2019
Cikgu, samakah maksud "kata keterangan" dengan "kata adverba"? Jika sama maksud, mengapakah penulis-penulis Tatabahasa Dewan tidak menggunakan istilah "kata keterangan" berbanding dengan "kata adverba"? "Kata keterangan" frasa Melayu, manakala kata "adverba" dalam frasa "kata adverba" pinjaman daripada bahasa Inggeris. Sedangkan kita ada frasa Melayu sendiri, mengapakah Tatabahasa Dewan tidak memakai istilah frasa Melayu itu? Mengapakah mesti memilih frasa "kata adverba" yang merupakan pinjaman daripada bahasa Inggeris?Unsur keterangan tidak sama dengan kata adverba. Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja itu dengan lebih lanjut lagi dan unsur ini juga berfungsi sebagai frasa adverba. Unsur keterangan boleh terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverba. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 289 dan 399.Tatabahasa27.02.2015
Bolehkah perkataan "tumbuh-tumbuhan" disingkatkan kepada "tumbuhan". Tajuk "Alam Tumbuhan" adakah frasa kata ini gramatis?Penggunaan yang betul ialah tumbuh-tumbuhan, Alam Tumbuh-tumbuhan.Ejaan05.05.2017
Adakah penggunaan frasa kata kerja "meragut pucuk pokok"dalam ayat berikut betul? Kalau tidak, apakah kata kerja yang sesuai digunakan ? Contoh ayat : Zirafah meragut pucuk pokok di savana. Terima kasihMeragut bermaksud memakan rumput hidup dan sebagainya. Perkataan mergaut boleh digunakan dalam konteks yang tersebut.Tatabahasa17.07.2015
Salam sejahtera. Semasa di sekolah dulu, saya difahamkan bahawa kita seharusnya menggunakan "tidak" untuk menafikan kata/frasa kerja atau kata/frasa adjektif. Tetapi, baru-baru ini, saya terbaca sebuah buku yang mengatakan bahawa sekiranya sesebuah ayat itu mempunyai dua kata/frasa kerja atau dua kata/frasa adjektif yang bertentangan maksudnya, kita seharusnya menggunakan "bukan". Contohnya, "Ali rajin, bukan malas" atau "Dia menyanyi, bukan menari". Adakah ini betul?

Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Contohnya, Saya bukan tidak lalu makan, tetapi kenyang. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 262-263).

Tatabahasa23.03.2017
Salam, soalan berkenaan penggunaan frasa/kata sendi nama untuk ayat ini: "10 years of happy customers", adakah menjadi "10 tahun pelanggan gembira" ? betul atau salah? Bagaimana jika untuk kata nama khas seperti "10 tahun bangunan KLCC" ?Frasa "10 years of happy customers" tidak boleh diterjemahkan secara langsung ke bahasa Melayu, tetapi perlu diketahui makna dan konteks frasa bahasa sumber (bahasa Inggeris) dan bahasa sasaran (bahasa Melayu). Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk frasa "10 years of happy customers" ialah " 10 tahun bersama-sama anda". 

Untuk soalan "Bagaimana jika untuk kata nama khas seperti '10 tahun bangunan KLCC' ?", soalan tersebut kurang jelas dan mohon penjelasan tuan. Sekiranya ingin mengetahui tentang penggunaan frasa yang betul, kami mencadangkan "ulang tahun KLCC ke-10". 
Makna27.09.2023
Tuan DBP, mengapakah wujudnya frasa-frasa "hadirin sekalian"? Kata "sekalian" kata bilangan yang terletak di hadapan frasa nama kerana berguna sebagai penerang jumlah frasa nama. Sebagai contoh sekalian murid, sekalian hadirin, sekalian kawan, sekalian pencuri. Mengapakah dalam teks ucapan, tidak diperikan "sekalian hadirin"? Sebagai contoh: Sekalian hadirin, perpaduan amat mustahak untuk menjanakan negara yang maju....... . Natijahnya, soal inti saya: Mengapakah pegarinya bentuk frasa "hadirin sekalian", sedang kata bilangan berada di depan frasa nama?Frasa "hadirin sekalian" lewah namun banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Bagi menghasilkan ungkapan yang gramatis, ungkapan tersebut boleh ditukar kepada "Hadirin yang dihormati" dan "Murid-murid yang disayangi".Tatabahasa15.08.2015
12345678910...

Kembali ke atas