| Pihak kami memerlukan bantuan tafsiran slogan di bawah ke dalam Bahasa Melayu, untuk digunakan sebagai slogan korporat kami. "Your Mobility, Your Freedom, Our Signature" Pihak kami telah mencuba beberapa tafsiran, namun didapati perkataan yang dipilih tidak sesuai. Pihak kami juga telah merujuk Carian Kata di dalam laman web ini tapi masih gagal mencari perkataan sinonim yang sesuai. Diharap pihak tuan dapat membantu. | Untuk makluman, DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan. Slogan biasanya mempunyai konsep dan maksud tersendiri danĀ pihak kami tidak mengetahui konsep yang ingin disampaikan oleh slogan tersebut. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar kepada kami untuk penyemakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.04.2014 |
| saya ingin mendapatkan terjemahan untuk frasa dibawah yang berkaitan tentang produk kecantikan dan kesihatan: 1) life enhancing product 2)This is what we do best 3)metabolism maintenance 4) Financial freedom 5) shellfish allergies 6) transformation From the inside out 7) start living your healthy life today 8) Joint comfort 9) highly bioavailable 10) powerful | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan ayat, kecuali perkataan/istilah yang belum mempunyai padanan dalam bahasa Melayu. Sila terjemahkan ayat tersebut terlebih dahulu dan kami akan menyemak penggunaannya dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.05.2015 |