Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fros] | فروس

Definisi : (Geog) 1. keadaan yg wujud apabila suhu permukaan bumi jatuh di bawah takat beku (0°C atau 32°F) sehingga terbentuknya hablur air yg halus-halus, ibun; 2. hablur ais yg halus-halus berwarna putih yg melitupi permukaan tanah, objek dsb, yg terbentuk drpd embun atau wap air yg beku, terutamanya pd waktu malam, ibun beku; berfros dilitupi atau diselaputi fros: cermin tingkap rumahnya ~ kerana cuaca di luar sangat sejuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fros] | فروس

Definisi : ist 1 keadaan cuaca yg suhunya berada di bawah takat beku. 2 lapisan wap ais yg spt debu dan berwarna putih (terdapat di kawasan yg iklimnya terlalu sejuk). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fros


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon semak istilah atau frasa dalam bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang telah diterjemahkan. Soalan 1: Suhu Tinggi Risiko Terbakar (High Temperature Risk of Burns) Soalan 2: Suhu Rendah Risiko Radang Dingin (Low Temperature Risk of Frostbite) Soalan 3: Beban Melangkah Maksimum (Maximum Stepping Load)

1.      Cadangan terjemahan frasa yang bersesuaian adalah seperti yang berikut:

 

i.            High temperature risk of burns -  risiko terbakar suhu tinggi

ii.           Low temperature risk of frostbite - risiko reput fros suhu rendah

iii.          Maximum stepping load - beban injakan maksimum

 

Namun, cadangan tersebut boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konsep dan konteks penggunaan dalam bidang yang dimaksudkan.

Penyemakan dan penterjemahan18.09.2024

Kembali ke atas