| Salam. Apakah terjemahan untuk fuel additives dalam bahasa melayu? | Salam. Istilah bagi fuel additives ialah bahan tambahan bahan api iaitu dalam bidang kejuruteraan. | Istilah | 07.06.2017 |
| salam...nak cek maksud PORT FUEL INJECTION dalam bahasa melayu.istilah dalam automotif. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah Port Fuel Injection ialah liang pancitan bahan api. Untuk mendapatkan keterangan lanjut sila rujuk Kamus Kejuruteraan Automotif, terbitan DBP. | Lain-lain | 26.10.2010 |
| Salam sejahtera, Manakah yang sesuai digunakan bagi terjemahan "Fuel stop"? a) Perhentian minyak b) Perhentian bahan api c) Lain-lain (cadangan anda). Mohon bantuan DBP. Terima kasih. | Terjemahan untuk ‘fuel stop’ boleh ‘hentian/perhentian/stesen bahan api’ atau ‘ ‘hentian/perhentian/stesen bahan api’ bergantung pada tempat yang puan maksudkan. Di Malaysia, ‘petrol station’ ialah ‘stesen minyak’ manakala kebanyakan ‘fuel’ merujuk pada bahan api. | Makna | 26.01.2015 |
| Salam tuan/puan, Saya ingin bertanya apakah perkataan bahasa melayu untuk perkataan-perkataan yang berikut: 1) screenshot 2) torque 3) fuel consumption Thanks Hana | Istilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar. Torque pula bermaksud tork atau kilas. Fuel consumption ialah penggunaan minyak | Makna | 28.03.2017 |
| commercialize the Syn-fuel hybrid gas generator for renewable energy application. | Terjemahan yang dicadangkan ialah mengkomersialkan penjana gas hibrid bahan api sintetik untuk penggunaan tenaga diperbaharu | Penyemakan dan penterjemahan | 10.12.2015 |
| bahasa melayu bagi "Commercialization of syn-fuel hybrid gas generator" | Terjemahan yang dicadangkan ialah pengkomersialan penjana gas hibrid bahan api sintetik | Penyemakan dan penterjemahan | 10.12.2015 |
| Salam sejahtera. Saya ingin bertanya ketepatan maksud dan penggunaan bahasa untuk terjemahan berikut: Empower Every Future - Memperkasakan masa depan semua Fuel Every Future - Menyemarakkan masa depan semua Free Your Future - Bebaskan masa depan anda Free to Dream - Impian tanpa batas Ambition in Motion - Rentak impian Passion in Pursuit - Semangat di setiap langkah - konteks adalah penggunaan dalam industri pengiklanan dan menggunakan kaedah localisation. | Cadangan padanan terjemahan bahasa Melayu yang diberikan sesuai digunakan mengikut konteks dengan penambahbaikan seperti yang berikut: 1. Empower Every Future - Memperkasakan masa depan 2. Fuel Every Future - Menyemarakkan masa depan 3. Free Your Future - Serlahkan masa depan anda 4. Free to Dream - Impian tanpa batas 5. Ambition in Motion - Dorongan dalam mencapai aspirasi 6. Passion in Pursuit - Semangat dalam setiap langkah
| Penyemakan dan penterjemahan | 10.07.2025 |
| Contoh ayat: "While speed remains the determining factor in races, fuel efficiency is the game changer this year." Apakah istilah terjemahan Bahasa Melayu yang tepat bagi perkataan "game changer"? | Untuk terjemahkan yang lebih tepat boleh dipanjangkan kepada Institut Terjemahan Malaysia atau Persatuan Penterjemah Negara. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan perkataan "Pengubah Permainan". | Penyemakan dan penterjemahan | 26.04.2014 |
| Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberi terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Truck-in Oven 2.Walk-in Oven 3. Slot Furnace 4. Pulverized Fuel Boiler 5. Stoker Fired Boiler Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah yang diberikan. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Truck-in Oven - Ketuhar Mudah Alih 2.Walk-in Oven - Ketuhar Mudah Alih 3. Slot Furnace - Relau Slot /Relau Lubang Alur 4. Pulverized Fuel Boiler - Dandang Bahan Api mendebu 5. Stoker Fired Boiler - Dandang Bakar Pembubuh | Istilah | 26.04.2016 |
| Bagaimana ayat dibawah dijemah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. 1. Light Oil Burner 2. Gas Burner 3. Heavy Oil Burner 4. Dual Fuel Burner 5. Modulating Gas Burner | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan: 1. Light oil burner: Penunu minyak ringan 2. Gas burner: Penunu gas 3. Heavy oil burner: Penunu minyak berat 4. Dual fuel burner: Penunu bahan api duaan 5. Modulating gas burner: Penunu gas pemodulasian Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Istilah | 14.04.2021 |