| Salam sejahtera, saya ingin tahu adakah istilah berikut betul dalam Bahasa Malaysia: "Hor Fun" = Hor Fun "Fried Wantan" = Wantan Goreng Terima kasih | Padanan bahasa Melayu bagi hor fun ialah kuetiau dan perkataan wantan goreng adalah betul. | Tatabahasa | 12.01.2017 |
| Apakah terjemahan yang sesuai bagi 'fun raising department'? | Assalamualaikum dan salam sejahtera, Mengikut data kami, tiada maklumat untuk terjemahan kata "fun raising department". Mohon penjelasan maksud perkataan "fun". Adakah "fun' yang dimaksudkan ialah keseronokan atau "fund" yang bermaksud dana? Terima kasih. | Makna | 05.01.2018 |
| Tepatkah jika "fun run" diterjemahkan sebagai "larian suka-suka"? | Fun Run = Larian Ria | Makna | 02.10.2018 |
| Assalamualaikum, Boleh tolong terjemahkan ayat berikut kepada bahasa melayu? Terima kasih 1) Malaysia Entertainment Capital: The perfect integration of fun, outlet shopping and food haven with excellent connectivity. 2) Holiday fun meets shopping haven: Malaysian & tourist most sought-after entertainment capital. | Wa alaikumussalam. Mohon maaf, DBP tidak memberikan perkhidmatan penterjemahan. Sila berhubungan dengan ITMB 03-41451800 atau PPM 03-21442506 | Penyemakan dan penterjemahan | 10.09.2014 |
| Adakah terdapat perbezaan antara 'seronok' dengan 'menarik'? Kalau ada, apakah perbezaannya? Adakah kedua-dua perkataan ini sama dengan 'have fun' dalam bahasa Inggeris? Sekian, terima kasih. | Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu untuk "have fun" ialah berseronok-seronok. "Menarik" mempunyai beberapa padanan bahasa Inggeris seperti "attractive, interesting,striking dan lain-lain bergantung pada konteks penggunaan., ".
| Makna | 12.08.2016 |
| semak penggunaan ayat pada lampiran | Ayat yang sesuai ialah: “Gunakan sos Hoi Sin Life untuk menambah perisa masakan, panggangan daging dalam ketuhar atau menggoreng. Sos ini boleh juga dicairkan dengan mencampurkan air panas dan dituangkan ke atas masakan Chee Cheong Fun atau masakan mi.” “Gunakan sos Plum Life sebagai pencecah makanan bergoreng dan boleh juga digunakan untuk memekatkan kuah serta memberikan rasa masam manis. Sos ini sesuai juga dicampurkan dalam masakan sayur-sayuran, sebagai sos salad serta boleh dituangkan ke atas ikan goreng, ayam atau udang untuk kenikmatan sebenar.” | Tatabahasa | 09.01.2024 |