APAKAH YANG DIKATAKAN TATABAHASA FUNGSIONAL | Tidak ada maklumat terperinci tentang tatabahasa fungsional dalam pangakalan data kami. Untuk makluman awal antara ciri nahu tatabahasa fungsional ialah berdasarkan pandangan pragmatik (praktikal) fungsi bahasa sebagai alat perhubungan sosial berasaskan rumus yang mengawal hubungan manusia. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Tatabahasa | 22.03.2012 |
Saya ingin bertanya, adakah wujud perkataan fungsional (functional) dan formulasi (formulation). Jika tidak ada, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikannya. Terima kasih. | Kata pinjaman fungsional dan formulasi sudah dimasukkan dalam Kamus Dewan edisi empat. Namun, bagi kat formulasi, ada perkataan Melayu yang sepadan, iaitu rumusan. | Makna | 24.01.2007 |
1-Kenapa dalam kamus Tatabahasa Dewan Bahasa tidak menyatakan tentang penggunaan adverbal yang jelas? 2- Adakah Buku tatabahasa dewan menggunakan pendekatan fungsional? | 1. Tatabahasa Dewan memasukkan kata adverba atas keperluannya dalam pelabelan kata dalam kamus baru yang akan diterbitkan oleh DBP, dan kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas. 2. Buku Tatabahasa Dewan menggunakan pendekatan eklektik, iaitu mencampurkan ciri-ciri utama daripada berbagai-bagai teori analisis bahasa. Namun demikian memandangkan alirantransformasi-generatif sudah begitu mempengaruhi dunia ilmu linguistik pada masa ini, maka perbincangan seluruh Bab 10, jilid 1 didekati dari segi aliran linguistik transformasi-generatif. | Lain-lain | 09.09.2008 |