Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (utensil) corong; 2. cylindrical chimney of locomotive, ship, cerobong, serombong; 3. shaft, tube for ventilation, corong; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt cause to move through a funnel, menuangkan [sst] melalui corong: to ~ the oil into the bottle, menuangkan minyak melalui corong ke dlm botol. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata funnel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam dan terima kasih kerana membantu. Soalan-soalan berikut merujuk kepada istilah yang digunakan dalam bidang teknologi maklumat: 1) Istilah "heatmap" merujuk kepada representasi data dalam bentuk peta atau rajah yang dalamnya nilai data digambarkan sebagai warna. Apakah istilah yang sesuai untuk "heatmap" dalam bahasa Melayu - bolehkah "peta haba" diterima? 2) Istilah "funnel analysis" merupakan suatu kaedah untuk memahami langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapai hasil di laman web dan berapa ramainya pengguna yang melalui setiap langkah tersebut. Set langkah-langkah tersebut dirujuk sebagai "funnel" atau "corong" kerana bentuk yang biasa menggambarkan aliran pengguna adalah serupa dengan corong di dapur atau garaj. Apakah istilah yang sesuai untuk "funnel analysis" dalam bahasa Melayu - bolehkah "analisis corong" diterima? 3) Manakah terjemahan "track" yang lebih sesuai dalam konteks bidang teknologi maklumat - "mengesan" atau "menjejaki"? Contohnya "track information" atau "track users". Sekali lagi, terima kasih.1. Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi heat map. Pihak kami telah memanjangkan ke dalam Jawatankuasa Istilah untuk mendapatkan padanan yang betul.

2.  Analisis Corong boleh digunakan.

3. Perkataan yang boleh digunakan ialah jejak pengguna bagi terjemahan tracks users.
Penyemakan dan penterjemahan02.07.2019

Kembali ke atas