FUSION | LAKURAN | Istilah | 18.01.2011 |
apakah terjemahan untuk fission-fusion society | Salam sejahtera, Tuan, Sila beri maklumat umum berkenaan persatuan ini untuk diberi padanan dalam bahasa Melayu yang sesuai. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 13.09.2017 |
SAYA INGIN MENGETAHUI TERJEMAHAN PERKATAAN INI DALAM BAHASA MELAYU YANG TEPAT BAGI ISTILAH BIOLOGI MAKANAN. 1. CHEMOPORATION 2. MICRO-ENCAPSULATION 3. TAXONOMIC FAMILY 4. LIPOSOME FUSION SEKIAN, TERIMA KASIH. | 1. CHEMOPORATION - Tiada dalam rekod kami 2. MICRO-ENCAPSULATION - Pengkapsulan mikro 3. TAXONOMIC FAMILY - Keluarga taksonomi 4. LIPOSOME - Liposom | Makna | 19.06.2009 |
Adakah ayat ini betul? 1) Anak-anak melambangkan permata buat ibu bapa. 2) Islam melahirkan pemimpin yang adil dan bertanggungjawab. 3) Kucing Adam selamat melahirkan 10 ekor anak yang comel sekali. 4) Jam tangan Ying berfungsi untuk mengawal kuasa manipulasi masa. 5) Boboiboy telah berjaya menguasai kuasa Elemental Fusion sepenuhnya. | Ayat yang betul ialah: 1) Anak-anak merupakan permata buat ibu bapa. 2) Islam melahirkan pemimpin yang adil dan bertanggungjawab. 3) Kucing Adam selamat melahirkan 10 ekor anak yang comel sekali 4) Jam tangan Ying digunakan untuk mengawal kuasa manipulasi masa. 5) Boboiboy telah berjaya menguasai kuasa pelakuran semula jadi sepenuhnya. | Tatabahasa | 07.07.2022 |
Apakah istilah Bahasa Melayu bagi perkataan Bahasa Inggeris berikut: 'frit' yang bermakna "a calcined and pulverized mixture used to make soft-paste porcelain or ceramic glazes"; dan 'fritware' atau juga dikenali sebagai 'stonepaste' yang bermakna "a type of pottery in which frit (ground glass) is added to clay to reduce its fusion temperature"? | Terjemahan yang sesuai bagi frit merujuk bidang geologi, kimia dan perubatan ialah frit yang bermaksud bahan tak organik yang dikisar halus, dicampur dengan fluks dan agen pewarna, yang menjadi kaca atau enamel apabila dipanaskan.
| Makna | 11.09.2020 |