Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata future


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya ketepatan maksud dan penggunaan bahasa untuk terjemahan berikut: Empower Every Future - Memperkasakan masa depan semua Fuel Every Future - Menyemarakkan masa depan semua Free Your Future - Bebaskan masa depan anda Free to Dream - Impian tanpa batas Ambition in Motion - Rentak impian Passion in Pursuit - Semangat di setiap langkah - konteks adalah penggunaan dalam industri pengiklanan dan menggunakan kaedah localisation.

Cadangan padanan terjemahan bahasa Melayu yang diberikan sesuai digunakan mengikut konteks dengan penambahbaikan seperti yang berikut:


1.
Empower Every Future - Memperkasakan masa depan
2. Fuel Every Future - Menyemarakkan masa depan
3. Free Your Future - Serlahkan masa depan anda
4. Free to Dream - Impian tanpa batas
5. Ambition in Motion - Dorongan dalam mencapai aspirasi
6. Passion in Pursuit - Semangat dalam setiap langkah
Penyemakan dan penterjemahan10.07.2025
Apakah istilah sasar yang sesuai bagi "future security price" yang digunakan dalam pelaburan?Padnana bahasa Melayu untuk future security price ialah "harga keselamatan masa depan".Istilah16.12.2021
Bantuan untuk menterjemahkan tagline syarikat bagi kegunaan papan iklan: 1. Let's write the future 2. Writing the digital future takes ability. ABB AbilityTMKami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak penggunaan bahasa dalam ayat yang telah diterjemahkan terlebih dahulu.Penyemakan dan penterjemahan03.04.2018
Saya ingin bertanya adakah benar terjemahan saya ini. 'Energizing A Sustainable Future' 'Tenaga Masa Depan yang Mampan'Terjemahan yang sesuai bagi 'Energizing A Sustainable Future' ialah Mentenagakan Masa Depan yang MampanMakna08.06.2017
Istilah DBP bagi empat perkataan berikut sustainable development, corporate sustainability, a sustainable future dan civil corporationPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk perkataan bahasa Inggeris yang diberikan adalah seperti yang berikut:

sustainable development - pembangunan mampan
corporate sustainability - kelestarian korporat 
a sustainable future - masa depan yang mampan
civil corporation - perbadanan awam
Istilah06.01.2016
Selamat pagi. Adakah penterjemahan tajuk berikut betul: "The Future Path of Modern Leadership Worldwide" menjadi "Laluan Kepimpinan Moden Seluruh Dunia pada Masa Depan". Terima kasih.Laluan Kepimpinan Moden Seluruh Dunia pada Masa Hadapan. Terjemahan tersebut adalah betul. Makna27.11.2021
Saya ingin bertanya terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi perkataan Future-proof. Terima kasih.Mohon berikan contoh perkataan dalam ayat, agar pihak kami boleh memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat Makna20.05.2022
World Health Day 2007: .... in health, build a safer futurehari kesihatan sedunia 2007: melebur dalam kesihatan, membina masa depan yang lebih selamatMakna07.05.2007
Organisasi saya dalam proses untuk menganjurkan persidangan antarabangsa. Oleh itu pihak kami ingin membuat semakan terjemahan bagi tema persidangan kami dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia. Future of Work: Preparing for Tomorrow Today Terjemahan ke bahasa malaysia: (Terjemahan DBP) Maklum balas pihak dbp amat dihargai. Sekian terima kasih. Shahrul Halim Penolong Pengurus Jabatan Pengurusan Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja shahrul@epf.gov.my Tel: 03-2616 2237Terjemahan yang sesuai bagi Future of Work: Preparing for Tomorrow Today ialah Masa Depan Kerja: Bersedia Hari Ini untuk Esok. Makna23.05.2017
Salam sejahtera, saya sedang menulis sebuah artikel berkaitan dengan sistem pemilihan tuan rumah Sukan Olimpik. Terdapat beberapa istilah yang saya mengalami kesukaran dalam menterjemahkannya ke bahasa Melayu: - Future Candidate Summer Commission (suruhanjaya yang menyelia proses pemilihan tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Panas) - Preferred host

Padanan bahasa Melayu untuk “Future Candidate Summer Commission” ialah  

Suruhanjaya Pemilihan Tuan Rumah (Olimpik Musim Panas).



Walau bagaimanapun, cadangan padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.

Makna28.07.2021
123

Kembali ke atas