Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fu.tu.ris] | فوتوريسمى

Definisi : individu atau golongan yg cenderung melihat impian dan pengertian masa depan melalui ciri-ciri kemajuan: ~ Islam mesti menjadi golongan yg setanding dgn pejuang Islam klasik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata futuris


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera. saya ingin merujuk kepada PRPM, adakah ayat yang saya tulis di bawah ini betul atau salah dari segi nahunya? "fundamental ilmu sangat penting dalam melayari futuris kehidupan."

Salam sejahtera,

Penggunaan perkataan 'futuris' kurang tepat digunakan dalam ayat kerana futuris bermaksud individu atau golongan yang cenderung melihat impian dan pengertian masa depan melalui ciri-ciri kemajuan.

Memadai sekiranya saudari menggunakan ayat seperti yang berikut: Fundamental ilmu sangat penting dalam melayari masa depan kehidupan.

Selain itu, saudari juga boleh menggunakan 'bahtera kehidupan' untuk impak yang lebih puitis.

Tatabahasa23.10.2012

Kembali ke atas