Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : huruf ketujuh abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf ketujuh abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata g

Peribahasa

Dua badan senyawa.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Satu nyawa dua badan, b. Sejiwa dua tubuh, c. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(gTiada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula dan jelaskan pertanyaan saudara.Lain-lain27.11.2011
Soalan : (gTiada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula.Lain-lain29.11.2011
Harap perbetulkan persepsi perbezaan penggunaan meN--i dengan meN--kan. 1. (Orang) menghiaskan (benda) e.g. (Saya) menghiaskan (meja) itu dengan bunga-bungaan. 2. (Orang) menghiasi (benda) e.g. (Saya) menghiasi (meja) itu dengan bunga-bungaan. 3. (Benda) menghiasi (benda) e.g. (Bunga-bungaan) menghiasi (meja) itu. Jika saudara/i ada logik-logik mudah untuk merungkai penggunaan imbuhan ini, harap berkongsi dengan saya.

Untuk membezakan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, seperti dalam ayat contoh yang diberi sila lihat fungsi antara kedua-dua apitan tersebut, iaitu:

i.  Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif. Contohnya: Ali menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad dan Ali menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

ii. Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa, manakala apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Lihat contoh di atas.

iii. Bagi sebilangan kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: Ali sedang membaiki kereta yang rosak dan Ali sedang membaikkan kereta yang rosak.

Tatabahasa18.09.2011
Apakah perkataan Bahasa Malaysia untuk 1. Flagship ( e.g. Flagship Restaurant) 2. Tour ( e.g. factory tour) Manakah perkataan yang betul untuk "new" . Adakah "Baharu" atau "Baru"? Sejak bila ia bertukar? Terimakasih.

1. Flagship diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai kapal laksamana, atau kemegahan, namun tidak ada padanan yang sesuai untu flagship restaurant dalam sumber rujukan kami.

2. Terjemahan tour ialah melancong, lawatan, kunjungan,berkhidmat, bertugas, namun tidak ada padanan tour factory dalam bahasa Melayu.

3. Dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan terjemahan new ialah baru, baharu (kedua-duanya sekali). 

Makna27.11.2008
Apakah penjodoh bilangan untuk kata nama 'pekeliling'? Adakah 'buah' (e.g. 2 buah pekeliling) atau tidak perlu ada penjodoh bilangan (e.g. 2 pekeliling)? Terima kasih.Tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Oleh yang demikian bagi perkataan perkeliling sudah memadai menggunakan ungkapan  satu atau dua pekeliling. Tatabahasa05.05.2008
Adakah perkataan menggalakkan mempunyai dua huruf "g"?Perkataan galak apabila menerima imbuhan meN menjadi menggalakkan (meng + galak + kan). Oleh yang demikian perkataan tersebut mempunyai dua huruf g.   Ejaan26.03.2009
nombor dengan simbol perlu ditulis dekat atau jauh? contoh: 500 g atau 500g RM 1 atau RM1 25 cm atau 25cmLazimnya simbol yang terletak di hadapan angka dirapatkan seperti RM1 tetapi jika hadir dibelakang angka maka perlulah dijarakkan 500 g atau 25 cmLain-lain14.11.2006
salam...saya ingin bertanya berkenaan tulisan jawi... bagaimana nak jawikan 1)PA Sistem?.....2)Bilik makan VIP?...3)jawikan kod G-D 4, contohnya......tk...1. في اي سيستم
2. بيليق ماكن وي.اي.في (VIP - va ya . alif ya . pa ya) 
3. 4 G-D كود
Ejaan28.05.2012
saya ingin bertanyakan bagaimana cara untuk saya memastikan ejaan bagi perkataan seperti diperbanyakkan, atau sebarang perkataan yang ada kata imbuhan, sama ada dua 'k' atau dua 'g' untuk ejaan perkataan menggunakan terima kasih diatas bantuan tuan.Kesilapan penggunaan k atau kk kerana kita tidak dapat membezakan antara imbuhan ...-kan dan meN-...-kan dengan imbuhan ...-an, peN-...-an dan ke-...-an akibat pengaruh sebutan. Imbuhan ...-kan dan ...-an tidak akan berubah apabila diimbuhkan pada kata dasar yang berakhir dengan konsonan k.
Perbezaan penggunaan k dan g dengan kk dan gg jug aboleh dikesan melalui sebutan. Lazimnya penggunaan perkataan satu k dan g, sebutannya lebih lembut dan bersahaja jika dibandingkan dengan kk atau gg seperti per.ge.ra.kan dan meng.ge.rak.kan.
Ejaan22.02.2012
membajak padi betul ke ayat tu? emel ada dash ke tak de? generasi Y , G tu kena huruf besar ke?

Salam sejahtera,

Membajak berasal daripada kata dasar 'bajak' yang bermaksud alat untuk menghancurkan serta menggemburkan tanah; tenggala. Membajak menggemburkan tanah dgn bajak; menenggala. Penggunaan 'membajak padi' adalah salah dan yang sebetulnya ialah membajak sawah.

Ejaan yang betul bagi emel ialah e-mel.

Generasi Y - istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001. Generasi Y juga dikenali sebagai Generasi Milenium. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains politik, dan pemasaran. Cara penulisan yang tepat ialah 'Generasi Y' dan 'Generasi G'. (Kedua-dua permulaannya perlu ditulis dengan huruf besar)

Ejaan04.11.2012
123456

Kembali ke atas