Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Mohon khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang tiga soalan di bawah: 1. Tajuk buku "The complete book of Li Gu" ~ Bolehkah diterjemahkan sebagai "Buku Lengkap tentang Li Gu"? 2. Pre-Qin Dynasty dan Later Qin Dynasty ~ Bolehkah diterjemahkan sebagai Dinasti Pra-Qin dan Dinasti Qin terkemudian? 3. Bolehkah perkataan atau istilah (yang berkaitan dengan keagamaan) seperti "berkhutbah", "fatwa", "pentahbisan", "memakrifatkan", "berdakwah" dan "mazhab" digunakan dalam konteks agama Buddha? Sekian, terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu untuk perkataan di bawah:

1. The Complete Book of Li Gu: Buku Lengkap tentang Li Gu
2. Pre-Qin Dynasty dan Later Qin Dynasty: Pradinasti Qin dan Seterusnya

Istilah seperti berkhutbah, fatwa, mazhab hanya digunakan dalam konteks agama Islam. Tuan perlu mencari perkataan bahasa Melayu yang semakna dan bersesuaian mengikut konteks penggunaan ayat.
Makna17.09.2020
Adakah perkataan "gambar rajah" pangkal hurufnya ditulis dalam huruf besar? Yang manakah yang betul, no 1 atau no 2? 1) Alat Gu ini yang dimainkan dalam orkestra moden berdiameter kira-kira 68 sentimeter dan tingginya kira-kira 78 sentimeter (gambar rajah 4.9b) 2) Alat Gu ini yang dimainkan dalam orkestra moden berdiameter kira-kira 68 sentimeter dan tingginya kira-kira 78 sentimeter (Gambar Rajah 4.9b)Ejaan yang betul ialah: Alat Gu ini yang dimainkan dalam orkestra moden berdiameter kira-kira 68 sentimeter dan tingginya kira-kira 78 sentimeter (Gambar Rajah 4.9b).
Ejaan09.05.2024
Adakah huruf "t" pada perkataan "temubual" itu perlu ditulis menggunakan huruf besar? (sebab dalam kurungan) Semua baluh dram Gu ini berukuran 82 sentimeter tinggi (temubual dengan Chan Kok Hoong, LRCO, April 2022).Ejaan yang betul ialah: Semua baluh dram Gu ini berukuran 82 sentimeter tinggi (Temu bual dengan Chan Kok Hoong, LRCO, April 2022).Ejaan09.05.2024
Salam. Pertanyaan saya adalah berkaitan dengan perkataan "ungu". Saya mempunyai kekeliruan dengan sebutan perkataan "ungu". Adakah ianya disebut u-ngu atau ung-gu ?Sebutan  yang betul ialah u.ngu

Ejaan21.10.2020
Bagaimanakah hendak merangkaikan suku kata untuk perkataan di bawah untuk bacaan suku kata kanak-kanak umur 5 tahun: 1) bau (bau / ba.u) 2) liar (liar / li.ar) 3) saiz (saiz / sa.iz) 4) ais (ais) 5) penguin (pen.guin / pen.gu.in)Pemenggalan suku kata perkataan yang disenaraikan adalah ialah 1) ba.u (2) li.ar (3) sa.iz (4) a.is dan (5) pe.ngu.in
Anda harus membezakan dengan jelas antara pemenggalan suku kata dengan pemenggalan untuk sebutan.
Tatabahasa11.04.2017
Tentang vokal berganding, contoh sering diberikan sebagai satu sebutan "w" jadi: dua (dwa), gua (gwa), kuala (kwa/la), tua (twa). dan Januari (ja/nwa/ri). Apakah betul pecahan bunyi suku kata tersebut? Sedangkan latihan sebutan suku kata hanya menyebut da/di/du/de/do sebagai satu suku kata, dan a/i/u/e/o sebagai satu suku kata juga. Mohon pencerahan untuk perkataan berikut: gua / tua / kuala / Januari sahaja.Contoh yang diberikan ialah vokal berganding. Perkataan seperti [du.a], [gu.a] dan [tu.a] mengandungi dua suku kata. Penggalan bunyi suku kata adalah seperti yang berikut: [dua], [gua] dan [tua].Tatabahasa28.01.2015
Adakah "singgah" dan "minggu" ialah Digraf? "Pelbagai" ialah diftong atau konsonan bergabung? Terima kasih.Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Manakala diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi.

Singgah dan minggu merupakan digraf dan pelbagai merupakan diftong.
Tatabahasa09.02.2015

Kembali ke atas