Saya ingin bertanyakan soalan tentang pemenggalan suku kata. Saya difahamkan bahawa pemenggalan suku kata dan pemenggalan sebutan adalah berbeza konsep. Jadi, adakah suku kata bagi "keluarga" adalah ke-lu-ar-ga atau ke-luar-ga. Saya difahamkan jika terdapat palatalisasi (y) dan labialisasi (w) pada perkataan tersebut, ia akan digabungkan pemenggalan sebutan tersebut, contohnya, keluarga, yang mana terdapat labialisasi padanya, iaitu (keluwarga) dan pemenggalan bagi sebutannya adalah (ke-luar-ga). Adakah pemenggalan suku katanya sama atau berbeza dengan sebutan kerana saya selalu mendapat jawapan yang berlainan. Namun, saya berpendapat bahawa pemenggalan suku kata bagi keluarga ialah ke-lu-ar-ga apabila dibaca satu satu. | Pemenggalan suku kata bagi keluarga ialah [ke.lu.ar.ga]. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk maklumat yang terkini. | Lain-lain | 19.08.2024 |
Bagaimana saya asingkan suku kata berikut? 1. buah >> bu-ah atau buah (satu suku kata) 2. kemudian >> ke-mu-di-an atau ke-mu-dian 3. ruang>> ru-ang atau ruang 4. keluarga >> ke-lu-ar-ga atau ke-luar-ga 5. dua >> du-a atau dua 6. tiap >> ti-ap atau tiap 7. bahagia >> ba-ha-gi-a atau ba-ha-gia | 1. buah = bu.ah (dua suku kata) 2. kemudian = ke.mu.di.an (empat suku kata) 3. ruang = ru.ang (dua suku kata 4. keluarga = ke.lu.ar.ga (empat suku kata) 5. dua = du.a (dua suku kata) 6. tiap = ti.ap (dua suku kata) 7. bahagia = ba,ha,gi.a (empat suku kata)
| Tatabahasa | 19.12.2016 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan bagi nama-nama bahasa Afrika berikut: AKAN EWE GA HAUSA DAGBANI KASEM NZEMA Adakah ia sesuai diterjemahkan seperti berikut: Bahasa AKAN Bahasa EWE Bahasa GA Bahasa HAUSA Bahasa DAGBANI Bahasa KASEM Bahasa NZEMA Jika terdapat terjemahan yang lebih sesuai, sila cadangkan. Mohon bantuan DBP. Terima kasih. | Salam, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan DBP. Walau bagaimanapun, kami memohon maaf kerana tiada kepakaran dalam bidang ini (terjemahan bahasa Asing), mohon tuan/puan dapat majukan soalan ini kepada Persatuan Penterjemah Negara. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.04.2014 |
Untuk perkataan seperti daun, keluarga seluar, durian. setengah pencetak buku menceraikan suku kata di atas seperti 1.du ri an/ da un/ke lu ar ga/ se lu ar 2. du rian /daun/ke luar ga/se luar Soalan: Dalam kontek suku kata, mana yang betul atau kedua-duanya boleh digunakan.Terma kasih | Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Edisi Kedua, pemenggalan suku kata yang betul bagi perkataan yang diajukan ialah 1. du.rian 2. daun 3. ke.luar.ga 4. se.luar. | Lain-lain | 20.02.2022 |
Salam sejahtera, saya ingin tahu apakah pemenggalan kata untuk perkataan blaus, dan gaun yang betul? Adakah blaus dipenggal bla-us atau blaus? dan ga-un atau gaun? Juga, adakah kedua-dua perkataan ini dikategorikan sbgai vokal berganding? Harap pihak dbp dapat menyelesaikan kekeliruan ini. Terima kasih | Pemenggalan kata untuk blaus ialah bla.us dan gaun pula ga.un. Kedua-dua perkataan tersebut merupakan vokal berganding. | Tatabahasa | 23.09.2020 |
Bagaimana eja "keluarganya" dalam tulisan Jawi? Adakah suku kata "ga" pada akhir perkataan keluarga dikekalkan tiada alif apabila ditambah -nya atau perlu ditulis alif? | Ejaan Jawi yang betul untuk perkataan “keluarganya” ialah کلوارݢڽ. | Tatabahasa | 09.05.2024 |
Salam sejahtera, Minta batangkan suku kata bagi "bagai". Sama ada "ba.ga.i" atau "ba.gai"? Terima kasih atas bantuan. | Pembatangan yang betul ialah ba.gai. | Tatabahasa | 05.08.2016 |
Salam sejahtera, saya pernah bertanyakan soalan sama namun tiada respons. Saya ingin tahu apakah pemenggalan kata untuk perkataan blaus, dan gaun yang betul? Adakah blaus dipenggal bla-us atau blaus? dan ga-un atau gaun? Juga, adakah kedua-dua perkataan ini dikategorikan sbgai vokal berganding? Harap pihak dbp dapat menyelesaikan kekeliruan ini. Terima kasih | Pemenggalan kata adalah seperti yang berikut: bla.us dan ga.un. Kedua-dua contoh perkataan tersebut ialah vokal berganding. | Tatabahasa | 05.10.2020 |
Salam, saya ingin bertanya bolehkah sukukata dijadikan perkataan yang tidak membawa maksud seperti bi..ba = biba, ga..gi=gagi. Sekian terima kasih | Boleh tetapi lazimnya untuk tujuan pengajaran contoh suku kata diambil daripada perkataan yang betul bagi memudahkan kefahaman pembaca. | Tatabahasa | 21.02.2012 |
Adakah pemisahan sebutan yang berikut betul? 1. awalan (a.wa.lan) 2. seruan (se.ruan) 3. perniagaan (per.nia.ga.an) | Ketiga-tiganya betul. | Lain-lain | 06.03.2013 |