Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sl kayu ringan dan lembut drpd pokok Alstonia scholaris (digunakan sbg pengilir pisau, pengesat kaki, pelampung, dll); 2. penyumbat yg dibuat drpd gabus; topi ~ topi yg berlapis dgn gabus; menggabus menggosok (mengilir dll) dgn kayu gabus: ~ taji; penggabus penggosok, pengasah, pengilir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj ikan haruan, Ophiocephalus striatus; telur ~ sj penganan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = kayu ~ kayu yg ringan dan lembut biasanya digunakan utk mengasah pisau dsb. 2 kayu atau hati kayu yg lembut dan digunakan sbg sumbat botol. 3 lapisan sel pelindung yg menggantikan lapisan epidermis pd tumbuh-tumbuhan yg telah matang. menggabus mengasah atau menggosok dgn kayu gabus: ~ pisau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gabus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ada tak peribahasa yang berkaitan dengan menimba atau mencari ilmu? Terima kasih.

Peribahasa yang berkaitan dengan kepentingan ilmu adalah seperti yang berikut:

1. Melentur biarlah dari rebung
2. Bolehkah gabus sebelum diasah?
3. Biduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju
4. Supaya tahu akan pedas lada, supaya tahu akan masin garam.

Lain-lain03.10.2016
Salam perpaduan dan salam sejahtera DBP, izinkan saya tanya sekiranya soalan PT3 bahagian peribahasa bertanya tentang situasi yang bertemakan "kepentingan ilmu", apakah 2 peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan tema tersebut? (Kami sebagai pelajar hanya boleh tulis jawapan sama ada perumpamaan, bidalan atau pepatah, kami dilarang sama sekali untuk menulis simpulan bahasa dan cogan kata)Peribahasa yang berkaitan dengan kepentingan ilmu adalah seperti yang berikut:

1. Melentur biarlah dari rebung
2. Bolehkah gabus sebelum diasah?
3. Biduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju
.4. Supaya tahu akan pedas lada, supaya tahu akan masin garam.
Lain-lain02.10.2016

Kembali ke atas