Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.gal] | ݢاݢل

Definisi : tidak berhasil atau berjaya, tidak (dapat) mencapai matlamat (cita-cita dsb yg dikehendaki) tidak jadi, kecewa: usaha-usaha utk menamatkan konfrontasi ~ belaka; ~ dlm peperiksaan;menggagalkan menjadikan tidak berhasil, mengecewakan: rundingan-rundingan ke arah perdamaian digagalkan;tergagal tidak berhasil atau berjaya: kalau tidak tahu tempatnya, perjalanan kita mungkin ~;kegagalan perihal gagal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.gal] | ݢاݢل

Definisi : tidak berjaya mencapai tujuannya; tidak berhasil; tidak jadi: Serangan Belanda ke atas Riau itu ~. menggagalkan menjadikan tidak berhasil; menjadikan gagal: Ada pihak-pihak tertentu yg berusaha utk ~ rundingan itu. kegagalan keadaan atau hal gagal; kekecewaan: ~nya utk mendapatkan ijazah itu sangat-sangat merisaukan fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagal

Peribahasa

Rosak tapai kerana ragi.

Bermaksud :

Pekerjaan gagal kerana kurang hati-hati waktu melakukannya. ragi = bahan atau zat untuk membuat tapai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
gagal melampirkan lampiran jpg file untuk kali yang kedua, iaitu pembetulan ejaan untuk pemohonan yang pertama. Cara yang sama seperti yang sama melampirkan jpg untuk kali pertama , tetapi tidak jadi untuk kali ini.Sila rujuk lampiran. Sekiranya tuan menghadapi masalah teknikal, tuan boleh menghubungi En. Shaufi, Pegai Sistem Maklumat melalui sambungan 1860.Lain-lain31.10.2013
Salam sejahtera, Saya ingin mengemukakan soalan tentang ayat majmuk pancangan relatif , "Pelajar yang gagal tidak dibenarkan untuk menyertai lawatan ke Sibu." Bagaimanakah caranya untuk memisahkan ayat majmuk ini kepada dua ayat tunggal ? Saya sukar untuk memisahkan ayat ini kepada dua ayat tunggal kerana ayat ini tidak mengandungi kata penentu belakang "itu" (contohnya: Pelajar yang gagal itu tidak dibenarkan untuk menyertai lawatan ke Sibu.)Ayat 1: Pelajar yang gagal.
 Ayat 2: Pelajar yang gagal tidak dibenarkan untuk menyertai lawatan ke Sibu.
Tatabahasa20.08.2013
Assalamualaikum. saya ingin bertanya mengenai keputusan tawaran pelawaan sebagai penulis pakej buku teks KRRS thn 2. saya telah menghantar bahan bab contoh dan sedang menanti keputusan samada berjaya atau gagal. Bila boleh saya mengetahui keputusannya? atau adakah keputusan telah dibuat dan saya gagal ? terima kasih Dr SakhilahKeputusan pemilihan panel penulis bab contoh buku teks KSSR Tahun 2 masih belum ada. Sdr akan dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan tersebut nanti.Lain-lain11.08.2010
Salam Sejahtera. Saya adalah salah seorang peminat puisi terutama yang diterbitkan oleh pihak DBP. Seringkali juga menyertai pertandingan mencipta lagu-lagu puisi anjuran DBP, walaupun setakat ini gagal keperingkat akhir. Antara puisi-puisi pilihan untuk dilagukan ialah yang ditulis oleh Zurinah Hassan. SOALAN: BOLEHKAH saya memuatkan lagu-lagu puisi ciptaan saya dari puisi Zurinah Hassan yang gagal keakhir dalam pertandingan anjuran DBP kedalam 'BLOG' saya menerusi YOUTUBE? PERLUKAH saya memohon kebenaran bertulis dari pihak DBP? APAKAH ada lain-lain syarat yang perlu dipatuhi.? TIADA tujuan komersil, cuma sekadar memaparkan minat saya dalam bidang seni. SEINGAT saya ada tiga buah puisi Zurinah Hassan yang dipetik dari buku 'Pujangga Tidak Bernama' terbitan DBP telah saya lagukan untuk menyertai pertandingan berkenaan. Mohon penjelasan. Sekian. Terima Kasih.

Salam takzim,

Sumbangan saudara secara berterusan dalam kegiatan penyebaran karya puisi kepada kalangan masyarakat melalui penyertaan dalam Sayembara Mencipta Lagu Puisi amat dihargai.  Dimaklumkan bahawa hanya lagu-lagu puisi yang layak ke peringkat akhir sahaja yang menjadi hak penganjur iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menerbit dan merakam lagu-lagu tersebut. Justeru, karya lagu puisi saudara yang tidak berjaya ke peringkat akhir menjadi hak milik saudara untuk diterbitkan dan disebarkan.  Namun demikian pihak kami menasihati saudara  agar menghubungi penyair Zurinah Hassan (016-2598049) terlebih dahulu sebelum menerbitkannya bagi medapatkan izin terbit naskhah puisi tersebut.

Selamat maju jaya.

Lain-lain29.11.2010
Mereka yang keletihan biasanya didapati gagal memberikan tumpuan ___________ pemanduan. A. kepada B. padaJawapan yang betul ialah B. pada. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 274, Kata sendi nama "pada".  Tatabahasa03.02.2010
apakah faktor-faktor yang menyebabkan bahasa melayu gagal berfungsi sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dewasa ini.Bahasa Melayu atau bahasa apapun untuk berfungsi sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi memerlukan azam politik, perancangan dan penguatkuasaan dalam menangani unsur-unsur yang merosakkan bahasa. Untuk maklumat yang lebih terperinci sila rujuk buku yang berkaitan.Lain-lain15.08.2008
1. Apakah punca-punca yang boleh menyebabkan seseorang murid gagal menguasai kemahiran membina dan mentafsir ayat dalam penulisan Bahasa Melayu. 2. Bagaimanakah cara- cara untuk mengatasi masalah kegagalan murid menguasai kemahiran membina dan mentafsir ayat dalam penulisan Bahasa Melayu.Soalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kami kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Kami mencadangkan saudara merujuk buku atau makalah  yang berkaiatan dengan tajuk untuk memudahkan saudara menyiapkan tugasan tersebut. Sila layari laman web kami, tuliskan tajuk yang berkaitan dengan tugasan dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran.Lain-lain05.04.2013
tuan, 1. pemuda itu begitu gigih untuk menduduki peperiksaan walaupun telah gagal beberapa kali.( apakah kesalahan yang ditemui? saya tak faham kerana buku mengatakan bahawa ayat ini salah) 2. badannya yang gempal menjadi kering setelah mengidap penyakit asma.(saya berasa ayat ini salah tetapi buku pula mengatakan betul?) terima kasihPendapat saudara betul kerana ayat pertama tidak mengandungi kesalahan, manakala dalam ayat kedua terdapat kesalahan penggunaan kata kering. Kering bermaksud tidak berair atau tidak basah dan makna kata kering yang lain juga tidak tepat dari semantiknya untuk ayat berkenaan.Tatabahasa24.07.2011
Saya selongkar dbp.gov.my untuk mencari alamat email editor semua majalah DBP, tetapi gagal ditemui. Sukacita jika tuan / puan dapat emailkan saya alamat semua editor majalah DBP. Terimakasih. Noordin

Tuan boleh menghubungi editor melalui e-mel yang berikut :

1. Dewan Masyarakat - Mohd Shukri Mohd Arif -shukri_m@dbp.gov.my

2.Dewan Budaya -Aninah - aninah@dbp.gov.my

3. Dewan Ekonomi -junaidah Ahmad Ghazali -jun@dbp.gov.my

4.Dewan Kosmik -Norizan Muslim -norizan@dbp.gov.my

5.Dewan Sastera- Rozninah abd.Azib -rozninah@dbp.gov.my

6.Tunas Cipta -Ruslan Abd Raffar -arruslan@dbp.gov.my

7. Dewan Bahasa -Zaidi Ismail -zaidi_i@dbp.gov.my

8. Pelita Bahasa -Armin Azhari saleh -armin@dbp.gov.my

9. Dewan Siswa - abd.Ghani abu- ghanig@dbp.gov.my

10.Dewan pelajar -Haziah che Hussin -haziah@dbp.gov.my

 

 

Lain-lain03.12.2010
Salam hormat, 1-Berapa lamakah sesebuah karya itu boleh diterbitkan ? 2-Adakah karya yang gagal diterbitkan akan dipulangkan atau sekadar pemberitahuan sahaja ? 3-Tiadakah bengkel penulisan kreatif pada waktu terdekat ini ?

Tempoh  sesebuah karya itu boleh diterbitkan adalah berbeza antara setiap penerbit. Mengikut piagam pelanggan DBP, karya akan diterbitkan dalam tempoh kurang sembilan bulan selepas manuskrip lengkap diterima terutamanya bagi karya kreatif. Karya yang tidak diluluskan untuk penerbitan akan dipulangkan kepada penulisnya. Untuk mendapatkan makluman tentang bengkel penulisan kreatif anjuran DBP,  sila hubungi Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Puan Siti Aisah Murad di alamat e-mel  aisah@dbp.gov.my

Lain-lain31.10.2010
1234

Kembali ke atas