| Salam, 1. Saya ingin memohon istilah terjemahan yang betul bagi perkataan berikut bagi tujuan penyediaan abstrak tesis PhD saya. i) learning gains ii) bite-sized lessons iii) class average normalized gain iv) flipped classroom 2) Adakah pihak DBP menyediakan perkhidmatan menyemak manuskrip yang telah diterjemah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu? Sekian, terima kasih. T | Untuk makluman tuan, tidak ada padanan bagi perkataan yang disenaraikan dalam pangkalan data kami, kecuali perkataan flipped classroom yang pernah dibincangkan dan diputuskan padanannya, iaitu pembelajaran flip. Perkataan learning gains boleh diterjemahkan kepada manfaat pembelajaran jika bersesuaian dengan konsepnya. Walau bagaimanapun tiada maklumat untuk istilah kedua dan ketiga. Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen dengan kadar dan tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.10.2017 |