Saya ingin bertanya mengenai susunan ayat ini yang mana satu betul? Gaji dibayar penuh semula mulai ... atau Gaji penuh dibayar semula mulai ... | Sila kemukakan konteks yang puan ingin sampaikan. Gaji dibayar penuh semula mulai… memberikan kita interpretasi bahawa pada bulan terdahulu gajinya ada potongan. Secara konsepnya ada gaji penuh, gaji separuh dan tanpa gaji. Gaji penuh dibayar semula mulai… memberikan kita interpretasi bahawa pada bulan lepas dia tidak ada gaji langsung (tanpa gaji) dan gaji bulan tersebut akan “dibayar semula” pada … | Tatabahasa | 08.04.2014 |
yang mana betul, kadar baru gaji atau kadar gaji baru | KADAR GAJI BARU | Tatabahasa | 04.02.2013 |
untuk tajuk - pelarasan gaji atau penyelarasan gaji | Untuk maksud menyesuaikan dan memadankan, kedua-dua perkataan tersebut betul. Walau bagaimanpun dalam konteks yang dinyatakan bentuk yang lazim digunakan ialah "pelarasan gaji". | Tatabahasa | 31.10.2011 |
Munsyi Gaji seorang guru baru ialah dua ribu atas. atau Gaji seorang guru baru ialah dua ribu ke atas. TK | Gaji seorang guru baru ialah dua ribu ke atas. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
Bagaimana susunan ayat melapor diri dari cuti tanpa gaji atau melapor diri daripada cuti tanpa gaji | Ayat yang betul ialah, melapor diri daripada cuti tanpa gaji. | Tatabahasa | 22.03.2014 |
Assalamualaikum, tuan... boleh tuan jelaskan secara tetperinci makna makan gaji. Terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud makan gaji ialah bekerja untuk mendapat gaji. | Makna | 16.08.2016 |
Saya ingin bertanya sususan ayat di bawah yang mana satu betul: Beliau memohon cuti tanpa gaji adalah untuk mengikut pasangannya menyambung pengajian PhD di London. atau Beliau memohon cuti tanpa gaji ialah untuk mengikut pasangannya menyambung pengajian PhD di London. | Ayat yang betul ialah "Beliau memohon cuti tanpa gaji adalah untuk mengikut pasangannya menyambung pengajian PhD di London".
| Tatabahasa | 23.03.2014 |
sungguhpun gaji ali agak lumayan,namun perbelanjaan bulanannya tidak..........kerana dia banyak berhutang. . a.Berkecukupan atau mencukupi | Sungguhpun gaji ali agak lumayan, namun perbelanjaan bulanannya tidak mencukupi kerana dia banyak berhutang. | Tatabahasa | 19.05.2014 |
Ayat mana yang lebih tepat, 'Dimaklumkan bahawa pihak universiti setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan puan dengan ini tidak meluluskan semakan gaji..... ' 'Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan puan, dimaklumkan bahawa pihak universiti tidak meluluskan semakan gaji......' | Dimaklumkan bahawa setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan puan, pihak universiti dengan ini tidak meluluskan semakan gaji ... | Tatabahasa | 21.06.2012 |
Apakah terjemahan yang paling sesuai bagi istilah "Salary Market Surveys"? Adakah "Tinjauan Pasaran Gaji" atau "Kaji Selidik Pasaran Gaji"? Apakah perbezaan antara perkataan 'tinjauan" dan "kaji selidik"? | Untuk terjemahan yang tepat, mohon saudara hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia 03-21424381. Maksud "tinjauan" ialah "perbuatan meninjau", manakala maksud "kaji selidik" pula ialah "kegiatan atau usaha untuk mengkaji dan menyelidik untuk mengetahui kedudukan disebabkan sesuatu yang nyata. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.09.2014 |