[ga.li] | ݢالي
Definisi : ; bergali Ph = menggali mengorek (kubur);menggali 1. membuat lubang dlm tanah dgn menggunakan alat, mesin, dll (utk mendapat air, menanam, mengambil sesuatu dr dlm tanah, dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dgn menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya utk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dalam, nan digantungkan tinggi prb yg sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan; galian bahan yg dikeluarkan dr tanah dgn menggali: tanah ini tidak mengandungi bijih atau ~ yg lain; bahan ~ hasil lombong; gali-galian bermacam-macam hasil lombong, bermacam-macam hasil tanaman yg digali; penggalian perihal (perbuatan, kerja, dsb) menggali: ~ kesan-kesan lama;penggali 1. orang yg menggali (membuat) lubang; 2. alat utk menggali (spt tembilang dll); diam ~ berkarat prb pengetahuan yg tidak dipakai akan hilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ga.li] | ݢالي
Definisi : sj kapal yg digerakkan oleh dayung atau layar yg digunakan pd zaman dahulu atau pd zaman pertengahan sbg kapal perang atau kapal dagang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ga.li] | ݢالي
Definisi : ; menggali 1 mengorek tanah supaya berlubang utk membuat perigi dll: Sehari suntuk dia ~ perigi di belakang rumahnya. 2 mengambil sesuatu dr dlm tanah dgn membuat lubang: ~ ubi; ~ emas. galian sesuatu yg diperoleh dr bumi dgn digali: Negara kita kaya dgn hasil ~ spt bijih timah dan besi. gali-galian 1 berbagai-bagai hasil bumi yg diperoleh dgn dilombong. 2 berbagai-bagai jenis hasil tanaman yg diambil dgn digali (ubi dll). penggali 1 orang yg kerjanya menggali. 2 alat yg digunakan utk menggali lubang; tembilang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)