Adakah ayat ini betul? Minta ingatkan kawan kamu untuk bawa kertas warna, gam dan gunting. Terima kasih. | Betulkan ayat itu kepada “Ingatkan kawan kamu untuk membawa kertas warna, gam dan gunting.” | Tatabahasa | 13.09.2018 |
Salam.. Apakah istilah yang betul dalam Bahasa Melayu bagi "glue gun"? Gam pistol elektrik yang biasanya digunakan untuk kerja-kerja kraft. Terima kasih. | Padanan glue gun dalam bahasa Melayu ialah pistol gam. | Istilah | 30.01.2019 |
Salam sejahtera. "Gunakan gam untuk lekatkan/melekatkan kertas ini pada dinding." Dalam ayat ini, perkataan "letatkan" atau "melekatkan" lebih sesuai dari segi tatabahasa. Sila berikan tunjuk ajar dalam konteks ini. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera. Jawapan yang sesuai ialah "melekatkan" | Tatabahasa | 20.10.2014 |
Tuan, Salam sejahtera. 1. "Gunakan gam untuk melekatkan kertas ini pada dinding." Dalam ayat ini, mengapakah imbuhan "me" digunakan dalam perkataan "melekatkan" tetapi perkataan "gunakan" tidak memerlukan imbuhan "meng"? Apakah perbezaannya? Terima kasih. 2. Apakah maksud yang didukung oleh perkataan "terguris'? Adakah perkataan ini wujud dalam bahasa Malaysia kerana sering kali rangkai kata "hati terguris" digunakan dalam penulisan sedangkan perkataan tersebut tidak tercari maknanya dalam kamus? Sila berikan tunjuk ajar. Terima kasih. | 1. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan (seperti gunakan dalam ayat contoh yang diberi) menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Untuk maklumat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 185. 2. Ejaan yang betul bagi perkataan terguris ialah "ergores". Oleh itu ungkapan yang betul ialah tergores hati. | Tatabahasa | 21.10.2014 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk frasa ini "from gellan gum incorporated clay" | Terjemahan yang sesuai untuk "from gellan gum incorporated clay" ialah daripada gam gelan yang disebatikan dengan tanah liat. | Makna | 05.05.2019 |
Saya cuba mencari ejaan jawi untuk perkataan gambar dlm daftar jawi beta..tetapi jwpn yg ditulis adalah مبر...saya rasa kesilapan telah berlaku. Mohon pihak tuan menyemak semula ejaan ini. Terima kasih | Berdasarkan semakan kami, ejaan bagi perkataan gambar adalah betul. Dilampirkan salinan tersebut untuk makluman tuan. Kata | Sebutan | Jawi | gambar | [gam.bar] | ݢمبر | | Ejaan | 11.10.2015 |
Selamat Pagi.. Saya ingin bertanyakan pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. MENYEDIAKAN. me/nye/di/a/kan ATAU men/ye/dia/kan? 2. PAKAIAN. pa/ka/i/an ATAU pa/ka/i/an? 3. JANGAN. jan/gan ATAU ja/ngan? 4. MENDENGAR. men/den/gar ATAU men/de/ngar? 5. TENGAH. te/ngah ATAU ten/gah? 6. MENYEPAK. me/nye/pak ATAU men/ye/pak? 7. DENGAR. den/gar ATAU de/ngar? 8. MENGAMBIL. men/gam/bil ATAU me/ngam/bil? 9. MENYIMPAN. men/yim/pan ATAU me/nyim/pan? 10. PERMAINAN. per/ma/i/nan ATAU per/ma/in/an? 11. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 12. MEMPUNYAI. mem/pun/ya/i ATAU mem/pun/yai? 13. MENYENTUH. men/yen/tuh ATAU me/nyen/tuh? 14.MENANGIS. me/nan/gis ATAU me/na/ngis? Sekian, terima kasih. | Suku kata yang betul bagi perkataan-perkataan berikut ialah: 1. me/nye/dia/kan 2.pa/kaian 3.ja/ngan 4. men/de/ngar 5. te/ngah 6. me/nye/pak 7. de/ngar 8. me/ngam/bil 9. me/nyim/pan 10. per/mai/nan 11.de/ngan 12. mem/pu/nya/i 13. me/nyen/tuh 14. me/na/ngis
Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rum-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk mendapat keterangan lanjut. | Tatabahasa | 28.04.2010 |
Apakah suku kata bagi perkataan "mengambil". Terima kasih. | Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan - Jawi Edisi kedua pemenggalan suku kata bagi perkataan "Mengambil" ialah [me.ngam.bil], iaitu pemenggalan mengikut sebutan bunyi. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bunyi bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemenggalan sebutan bunyi). Kebiasaannya di peringkat prasekolah, pemenggalan dibuat berdasarkan suku kata. Oleh itu, jika berdasarkan suku kata, pemenggalannya ialah (men.gam.bil. ) | Ejaan | 24.05.2018 |
Objek yang dipanggil "sepanduk" (banner) dan "papan tanda" (signboard) dikategorikan sebagai "placard" di dalam bahasa Inggeris, oleh itu adakah perkataan "pelekat" boleh digunakan sebagai padanan kepada perkataan "placard"?
Hal ini kerana kedua-dua "sepanduk" dan "papan tanda" mempunyai persamaan dengan "pelekat" iaitu "sesuatu benda yang mempunyai tulisan atau gambar yang bertujuan memberi maklumat kepada orang yang melihatnya"
Terima kasih. | Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi placard ialah pelekat. Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan pelekat sebagai 1. sesuatu yang digunakan untuk melekatkan (gam, kanji, dsb); 2. helai plastik atau kertas yang mempunyai tulisan atau gambar untuk menandakan sesuatu, biasanya ditampalkan atau dilekatkan pada sesuatu permukaan: ~ kereta. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pelekat. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.10.2014 |