Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan. Soalan saya adakah gambar-gambar screenshot dari sesebuah perisian komputer yang saya ambil sendiri dilindungi hak cipta juga dan perlukah saya mendapat izin pemilik perisian untuk menyiarkan gambar-gambar tersebut dalam sesebuah karya? Terima kasih. | Waalaikumsalam, Berkaitan dengan hak cipta karya, tuan boleh hubungi Bahagian Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur melalui talian 03-21479521 atau 03-21479522. Terima kasih. | Lain-lain | 21.08.2014 |
Salam sejahtera. Frasa-frasa yang berikut betul? Merakam gambar, merakamkan gambar, menangkap gambar, dan mengambil gambar. Terima kasih. | Merakam gambar. Kedua-dua perkataan, iaitu mengambil gambar dan menangkap gambar adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, menangkap gambar tidak boleh digunakan dalam ayat kerana digunakan dalam bahasa percakapan. | Tatabahasa | 13.01.2013 |
1. menangkap gambar/ mengambil gambar/merakam gambar | Yang betul ialah merakam gambar, walau bagaimanapun menangkap gambar lazim digunakan dalam bahasa percakapan. | Tatabahasa | 20.07.2010 |
1.KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR ITU SUNGGUH MENARIK. AYAT INI BETUL ATAU SALAH? 2.SEMUA KANAK-KANAK DIMINTA BERATUR DI KAKI LIMA. AYAT INI BETUL ATAU SALAH? TERIMA KASIH! | Ayat yang gramatis ialah: 1. Koleksi gambar itu sungguh menarik. 2. Kanak-kanak diminta beratur di kali lima.
| Tatabahasa | 03.06.2015 |
soalan merakam gambar, mengambil gambar dan menangkap gambar. Manakah antara berikut yang paling tepat digunakan apabila hendak membina ayat. apakah perbezaan ketiga-tiga perkataan tersebut | Merakam gambar dan mengambil gambar adalah betul dan boleh digunakan dalam ayat. Walau bagaimanapun, menangkap gambar tidak boleh digunakan dalam ayat kerana digunakan dalam bahasa percakapan. | Tatabahasa | 14.05.2012 |
penggunaan bahasa yang betul bg ayat @ perbuatan berikut: i) "cuci gambar" @ "basuh gambar" di kedai gambar? | Saudara Nur Amalina, Frasa yang lazim digunakan ialah cuci gambar atau memproses gambar | Tatabahasa | 24.03.2010 |
Saya ada kemuskilan mengenai apakah yang sesuai untuk merakam gambar. Adakah merakam gambar itu betul atau tangkap gambar itu betul atau mengambil gambar itu betul? | Istilah yang betul ialah merakam gambar. Kedua-dua perkataan, iaitu mengambil gambar dan menangkap gambar adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, menangkap gambar dan mengambil tidak boleh digunakan dalam ayat kerana digunakan dalam bahasa percakapan. | Tatabahasa | 24.09.2013 |
maksud austrik dan filem. | Menurut data kami, perkataan filem ialah 1 benda tipis yang dibuat daripada seluloid dan dimasukkan ke dalam kamera untuk membuat gambar (negatif). 2 wayang gambar; gambar hidup: ~ Melayu. ~ dokumentari filem yang memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara atau peristiwa. memfilemkan menggambarkan atau membuat cerita dalam bentuk filem: Beberapa buah syarikat telah berusaha untuk ~ kisah itu. perfileman segala hal tentang filem: masalah ~. Tiada maklumat berkaitan dengan perkataan austrik dalam data kami. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=filem&d=1 | Makna | 24.12.2015 |
Shalom, ingin tanya tentang penggunaan yang mana betul? "di kalangan" atau "dalam kalangan. Saya juga menyertakan gambar-gambar tentang penjelasan perkataan ini yang tidak konsisten. Sila rujuk PRPM dalam ruangan KNDBP dan Kamus Dewan Edisi 4 | Jawapan yang betul bagi pertanyaan tersebut ialah "dalam kalangan". | Tatabahasa | 27.03.2018 |
Frasa kerja yang manakah betul? Menangkap gambar atau mengambil gambar? | Istilah yang betul ialah merakam gambar. Kedua-dua perkataan, iaitu mengambil gambar dan menangkap gambar adalah betul dan tidak salah jika digunakan. Walau bagaimanapun, menangkap gambar dan mengambil tidak boleh digunakan dalam ayat kerana digunakan dalam bahasa percakapan sahaja. | Makna | 13.03.2018 |