| "Peniaga boleh memuat naik gambar-gambar produk untuk diiklankan *pada/dalam* media sosial." Apakah kata sendi nama yang betul bagi ayat ini? | Ayat yang betul ialah "Peniaga boleh memuat naik gambar-gambar produk untuk diiklankan melalui media sosial." | Lain-lain | 09.10.2024 |
| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan. Soalan saya adakah gambar-gambar screenshot dari sesebuah perisian komputer yang saya ambil sendiri dilindungi hak cipta juga dan perlukah saya mendapat izin pemilik perisian untuk menyiarkan gambar-gambar tersebut dalam sesebuah karya? Terima kasih. | Waalaikumsalam, Berkaitan dengan hak cipta karya, tuan boleh hubungi Bahagian Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur melalui talian 03-21479521 atau 03-21479522. Terima kasih. | Lain-lain | 21.08.2014 |
| 1.KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR ITU SUNGGUH MENARIK. AYAT INI BETUL ATAU SALAH? 2.SEMUA KANAK-KANAK DIMINTA BERATUR DI KAKI LIMA. AYAT INI BETUL ATAU SALAH? TERIMA KASIH! | Ayat yang gramatis ialah: 1. Koleksi gambar itu sungguh menarik. 2. Kanak-kanak diminta beratur di kali lima.
| Tatabahasa | 03.06.2015 |
| Shalom, ingin tanya tentang penggunaan yang mana betul? "di kalangan" atau "dalam kalangan. Saya juga menyertakan gambar-gambar tentang penjelasan perkataan ini yang tidak konsisten. Sila rujuk PRPM dalam ruangan KNDBP dan Kamus Dewan Edisi 4 | Jawapan yang betul bagi pertanyaan tersebut ialah "dalam kalangan". | Tatabahasa | 27.03.2018 |
| "Kakak" dalam dialog di bawah perlu dimulakan dengan huruf besar atau kecil?: “Baru sahaja sampai. Hei, mahu tengok gambar-gambar Kakak di Korea?” Kak Edora menunjukkan riak wajah berlagak. | Ditulis dengan huruf kecil. | Sastera | 29.03.2017 |
| Saya ada rangka manuskrip bertajuk MENGENALI: ETNIK KADAYAN DI DAERAH SIPITANG merangkumi Asal-usul kadayan, kehidupan dulu dan kini, kemajuan yang dicapai dari semua segi. Gambar-gambar yang menarik mengenai budaya dan adat istiadat tradisi orang Kadayan Mohon pihak DBP cawangan Sabah dapat menerbitkan manuskrip tersebut untuk rujukan generasi etnik kadayan di masa akan datang dan tatapan semua pembaca berbagai genre. | Pihak tuan/puan boleh menghubungi pihak DBP Cawangan Sabah untuk pertanyaan dan perbincangan lanjut tentang perkara ini. Nombor telefon: 088-439217. Terima kasih. | Lain-lain | 23.11.2017 |
| Tuan, saya difahami bahawa tidak boleh muncul dua perkataan kata ganda dalam satu ayat kerana telah membawa maksud jamak : contoh - berbagai-bagai jenis kuih-muih - salah. kerana berbagai-bagai bermaksud beraneka jenis, kuih-muih bermaksud : banyak kuih. Dalam pada ini, saya ingin bertanya ayat ini: Aminah menggantung gambar-gambar tokoh-tokoh negara pada dinding. Ayat ini adakah betul? Dalam ayat ini, saya ingin mengatakan bahawa Aminah menggantung gambar beberapa orang tokoh negara, dan gambar bagi setiap tokoh negara melebihi satu keping. Oleh itu, frasa ini : gambar-gambar tokoh-tokoh negara, adakah betul? Harap pencerahan. Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu. | Ayat yang betul ialah Aminah menggantung gambar-gambar tokoh negara pada dinding atau Aminah menggantung gambar tokoh-tokoh negara pada dinding. | Tatabahasa | 31.10.2021 |
| Adakah ayat-ayat tersebut betul? a) Doktor gigi menasihati Natasya supaya menggosok gigi setiap kali selepas makan b) Puan Hasnah membekali suaminya nasi lemak untuk dimakan pada waktu rehat. C) Peserta-peserta yang akan menjalani kursus itu perlu sentiasa berpakaian kemas. d) Kami menghiasi gambar-gambar pemandangan pada dinding kelas. | Ayat a, b dan c adalah betul. Ayat "d" adalah salah. Ayat yang betul ialah Kami menghiasi dinding kelas dengan gambar-gambar pemandangan. | Tatabahasa | 04.10.2013 |
| maksud austrik dan filem. | Menurut data kami, perkataan filem ialah 1 benda tipis yang dibuat daripada seluloid dan dimasukkan ke dalam kamera untuk membuat gambar (negatif). 2 wayang gambar; gambar hidup: ~ Melayu. ~ dokumentari filem yang memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara atau peristiwa. memfilemkan menggambarkan atau membuat cerita dalam bentuk filem: Beberapa buah syarikat telah berusaha untuk ~ kisah itu. perfileman segala hal tentang filem: masalah ~. Tiada maklumat berkaitan dengan perkataan austrik dalam data kami. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=filem&d=1 | Makna | 24.12.2015 |
| Salam sejahtera. Frasa-frasa yang berikut betul? Merakam gambar, merakamkan gambar, menangkap gambar, dan mengambil gambar. Terima kasih. | Merakam gambar. Kedua-dua perkataan, iaitu mengambil gambar dan menangkap gambar adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, menangkap gambar tidak boleh digunakan dalam ayat kerana digunakan dalam bahasa percakapan. | Tatabahasa | 13.01.2013 |