Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan penjelesan terperinci perbezaan ciri-ciri antara pantun dengan syair. Sekian, terima kasih | Puan, Pantun dan syair ialah puisi Melayu tradisional yang masing-masing mempuanyai ciri-ciri tertentu. Ciri-ciri pantun antaranya -Struktur pantun mempunyai iaitu pembayang (sebagai kiasan) dan maksud (sebagai inti persoalan). Pembayang biasanya gambaran alam manakala maksud gambaran dan sifat dan sikap manusia. - pantun ada pantun 2 kerat ( 2 baris serangkap), 4 kerat, 6 dan lapan. Tatapi yang popular digunakan 2 dan 4 kerat. -jumlah kata 3 - 5 perkataan dan jumlah suku kata 8 - 12 suku kata. -Skema rima di tengah atau hujung baris adalah berjajar berselangan, ab;ab, terdapat juga skema rima aa;aa. -setiap rangkap mempunyai idea yang lengkap. -penggunaan lambang yang sesuai dengan norma, nilai dan tanggapan masyarakat setempat. syair, - empat baris serangkap - jumlah kata dan suku kata sama dengan suku kata pantun -skema rima hujungnya sama aa;aa -keempat-empat baris dalam rangkap ialah kesatuan idea, namun rangkap tidak dapat berdiri sendir dan diikuti rangkap seterusnya membawa satu kesatuan yang lengkap sebagai satu cerita atau pemerian peristiwa. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang ciri-ciri pantun dan syair puan boleh merujuk buku-buku berkaitan puisi Melayu Tradisional yang ada di pasaran. Contoh buku yang disarankan ialah Puisi Melayu Tradisional karya Dr. Harun Mat Piah, terbitan DBP. Sekian, Zabidah Yahya. | Sastera | 17.04.2012 |
Bolehkah "pembesaran" digunakan untuk orang? Misalnya, "Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang alam pembesaran Ahmad..." Terima kasih. | Kata yang lebih sesuai ialah perkembangan yang meliputi mental dan fizikal. | Lain-lain | 26.03.2007 |
selamat sejahtera, "Tujuan utama buku ini ditulis adalah untuk memberi gambaran makro tentang penterjemahan di mana teks merupakan bahan daripada sumber yang asli". adakah penggunaan "di mana" dalam kenyataan di atas betul? adakah "di mana" boleh digunakan sebagai kata hubung dalam penulisan seperti yang di atas? | Untuk makluman, frasa 'yang mana' dan 'di mana' sebagai kata hubungtidak boleh digunakan dalam ayat kerana merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dan where dalam ayat penyata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Frasa 'Di mana' hanya digunakan dalam ayat tanya, seperti 'Di manadia belajar?. | Tatabahasa | 18.09.2017 |
Selamat pagi. Apakah cara menulis rujukan dalam ayat di bawah adalah betul? Terima kasih. "Melalui karya-karya ini, beliau mendalami jiwa penulis, dan akhirnya melahirkan gambaran personaliti penulis yang hidup dan segar.” (Lihat: Wen Rumin, Qita Jiwen Tese Pipingjia (Pengkritik-pengkritik yang Menonjol’ dalam Zhongguo Xiandai Wenxue Pipingshi (Sejarah Kritikan terhadap Kesusasteraan China Moden), Bab 11, Peking University Press, 1933). | Cara menulis rujukan mengikut Gaya Dewan ialah seperti berikut: "Melalui karya-karya ini, beliau mendalami jiwa penulis, dan akhirnya melahirkan gambaran personaliti penulis yang hidup dan segar.” Wen Rumin, Qita Jiwen Tese Pipingjia, 1933. "Pengkritik-pengkritik yang Menonjol" dalam Zhongguo Xiandai Wenxue Pipingshi (Sejarah Kritikan terhadap Kesusasteraan China Moden. China: Peking University Press. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat perbezaan mengikut gaya penerbitan lain. | Lain-lain | 25.03.2020 |
Apakah perbezaan antara sinopsis dengan ulasan? | Sinopsis bermaksud ringkasan yg memberikan gambaran umum tentang sesuatu perkara (novel, drama, filem, dsb), ikhtisar; manakala ulasan bermaksud huraian atau tafsiran tentang sesuatu. | Makna | 20.07.2010 |
apa maksud tanggapan | Tanggapan bermaksud sesuatu yang ditanggap oleh pancaindera atau gambaran yang diterima dalam hati. Untuk mendapatkan makna perkataan, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tulis kata kunci kata yang diperlukan dalam ruangan "Carian Spesifik". | Tatabahasa | 02.08.2016 |
slm sjtr. apakah perbezaan antara perkataan "tidak" dengan perkataan "tiada". dlm ayat atau gambaran macam mana perkataan ini digunakan. masalah yang sama dengan perkataan "baru" dengan "bharu"...... terima kasih atas pertolongan tuan. | Tidak bermaksud digunakan utk menyatakan bukan (menafikan, menolak, menghalang, dsb), tiada, tak: rumah saya ~ jauh dr sini; cerita itu ~ benar; ~ alang tidak (bukan) sedikit, banyak; ~ apa a) = ~ apa-apa tidak ada sesuatu; b) tidak mengapa; ~ boleh (dapat) ~ pasti, sudah tentu, mesti, tidak boleh diingkari (diabaikan dll); ~ lain dan ~ bukan (ialah, hanyalah) a) tidak lain drpd ...; b) hanya; ~ (tak) main bp tidak pakai, tidak mengamalkan sesuatu; ~ sekali-kali sedikit pun tidak; ~ urung tidak dapat tiada, tidak boleh tidak; baik ~nya baik atau tidak baiknya, baik buruknya; dapat ~nya dapat atau tidak dapatnya; jangan ~ a) tidak boleh tidak, harus; b) tidak dgn sungguh-sungguh; Tiada bermaksud 1. tidak ada: rumah itu berkunci sahaja kerana ~ orang yg mendiaminya; 2. tidak: ~ pernah kudengar; ~ berapa tidak terlalu (banyak, besar, dll); ~ dua hanya satunya, tiada taranya atau bandingannya; dgn ~ tanpa; Baru/Baharu sebagai kata sifat dalam penggunaan kereta baru/baharu;rumah baru/baharu. Baru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini atau saya baru sampai. | Tatabahasa | 20.03.2008 |
Apakah perbezaan istilah "SINOPSIS" dengan " Ringkasan "? | Menurut Kamus Dewan, sinopsis bermaksud ringkasan yang memberikan gambaran umum tentang sesuatu perkara (novel, drama, filem, dsb), ikhtisar. Ringkasan bermaksud 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll); 2. kependekan. Berdasarkan maksud yang diberikan di atas, sinopsis dan ringkasan mempunyai maksud yang sama. | Makna | 30.01.2011 |
apakah perkataan lain bagi ikon dalam bahasa malaysia? | Ikon bermaksud 1. gambar, lukisan, imej, gambaran: puisi Sutardji wujud dlm konteks ritual dan kepercayaan berserta ~ yg seiring bagi dunia magis Melayu-Indonesia yg primitif; 2. lukisan atau gambar yg dianggap sbg keramat (orang yg mulia); 3. (Komp) simbol grafik pd skrin digunakan dlm sistem komputer interaktif bagi menyediakan cara mudah mengenal pasti fungsi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Empat. | Lain-lain | 17.06.2010 |
sila beri maklumat tentang budi bahasa dan aplikasi dalam masyarakat(intraksi masyarakat).berikan contoh-contohnya dalam bentuk gambaran kartun atau pun artikel. | Budi bahasa lazimnya merujuk kepada 'tutur kata, kelakuan, sapon santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia'. Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan selaku penganjur kempen ini atau dapatkan buku Budi Bahasa Budaya Kita yang diterbitkan oleh mereka. | Makna | 19.08.2006 |